Pengalaman dari aku sendiri -
Kalau terima panggilan dari nombor CALL 1 @ no number @
0060321677722 memperkenalkan diri mereka sabagai pegawai bank (macam-macam bank
cimb,maybank @ MBF malaysian borneo finance ) mereka akan sebut nama dan i/c
kita dengan betul dan memberitahu mengenai permohonan kad kredit @ permohonan
penambahan kredit limit kita dari 10k kepada 20k,
kata mereka macam ni " selamat pagi Encik, semalam
pihak bank ada terima pangilan dari pihak encik untuk membuat permohonan
penambahan kredit limit utk kad encik yang bernombor 54407400
bla..blaa...blaa..."
sedangkan kita tidak memiliki sebarang kad kredit atau tidak
pernah membuat sebarang permohonan penambahan kredit limit di mana-mana bank.
(AWAS INI HANYA PERANGKAP!!!!) supaya kita panic!!!!! gabra
sekejapp.
sudah tentu kita sudah terfikir yg maklumat kita telah
dicuri utk permohonan kad kredit palsu !!!!
“habis laa aku, mesti org tu dah gunakan kad kredit tu
kaw-kaw, beli macam-macam , betul tak?
Kita pun cakap kat pegawai bank palsu tu “ saya TIDAK PERNAH
ada kad kredit atau membuat sebarang permohonan”
dalam kepala otak aku terfikir “ aku black list dah hampir
10 tahun pun masih boleh buat kad kredit??? Bira betulll hehehehe
Nanti dia akan balas semula percakapan kita tadi dengan ayat
“ BETUL KE ENCIK TIADA SEBARANG KAD @ MEMBUAT SEBARANG
PERMOHONAN ? TETAPI ENCIK, KAD ENCIK NI MASIH AKTIV DAN ADA MEMBUAT PEMBELIAN
DAN PENGELUARAN WANG SEBANYAK RM 9,740.00 DI SENTOSA SINGAPURA CASINO PADA
11/2/12 DAN PIHAK KAMI ADA MENERIMA PERMOHONAN DARI ENCIK UTK MENAMBAHKAN
KREDIT SEBANYAK 10K LAGI KE DALAM AKAUN MBF MASTER GOLD CARD ENCIK.
Termenung sekejappppp……..Lagi lerrrr haru biruuuuu kepala
kita bila dengar CASINOOOOO!!!! RM 9 ribuuuuuuuuuu sudah keluar……kekekekeke
bila kita menafikan yg kita tidak pernah membuat permohonan
atau mempunyai sebarang kad kredit , pihak sendikit terus MASUK JARUM dengan
memberi nasihat yang amat dasyat kalah nasihat seorang ibu kepada anak nya
(take care sungguh ) tak pernah aku jumpa bank baik macam ni
) mengatakan yang maklumat kita telah dipalsukan . sendikit akan mencadangkan
kita agar membuat aduan terus kepada BANK NEGARA MALAYSIA – KE PUSAT ADUAN KAD
PALSU-
sendikit akan berkali-kali MENASIHATKAN KITA supaya
cepat-menghubungi BANK NEGARA supaya bank Negara dapat MELAKUKAN SIASATAN ADA
TAK PERMOHONAN KAD KREDIT UNTUK AKAUN BANK YANG LAIN . (ni lagi perangkap
paling bahaya)
dan diakhir perbualan pihak sendikit akan bertanya “ Encik
ada no BANK NEGARA MALAYSIA???? “
berapa kerat jer org awam akan simpan no tel BNM, betul
tak??? kita pun cakap ” Tiada !!” dan sekali lagi jarum akan dicucuk pada kita.
Ok ENCIK… INI NO TELEFON BANK NEGARA MALAYSIA , ENCIK BOLEH
TERUS MENGHUBUNGI PEGAWAI PENYIASAT DI UNIT PEMALSUAN KAD KREDIT DI NOMBOR –
03- 27884722 EXT 1109. (sebenarnya ini no sedikit dia org yang berada di KL )
Hehehe saper yang tengah panic sudah tentu ler lepas ni
terus call no BANK NEGARA yang diberikan siap dengan ext lagi
tuuuu………….dan bila korang call akan ada sekor pegawai bank
palsu akan angkat dan melakukan penyiasatan dan paling best sekali akan dia
akan MEMINTA SEMUA NOMBOR AKAUN BANK YANG KITA ADA (MAYBANK,CIMB, BSN, MANGKUK
BANK SEMUA LERRR BANK YG KITA ADA) DENGAN ALASAN UTK MELIHAT ADA ATAU TIDAK
PERMOHONAN KAD KREDIT UTK AKAUN TERSEBUT, DAN YANG SEBENARNYA AKAN
MENGAKIBATKAN DUIT KITA YG ADA DIDALAM AKAUN TU AKAN HILANG HABIS DISEDUTTTT
OLEH SENDIKIT INI………..
Kalau korang dapat call dan jln cerita dia lebih kurang
macam citer aku ni , aku nasihatkan korang call terus no bank Negara yang
sebenar ni dulu untuk menyelamatkan korang kehilangan beribu-ribu duit dalam
akaun,
nahhh ni no tel yang senenarnya BANK NEGARA MALAYSIA Telefon
60(3) 2698-8044 lepas tu korang cepat-cepat ler buat laporan polis , sbb
sendikit tu dah ada maklumat diri kita nama penuh dan no i/c yang betul ,
bimbang nanti dia akan buat projek lain pulak. Jadi pengundi hantu kekekeke
pada mulanya aku hampir-hampir terrrr pedaya jugak lerr lya,
bila dengar rm 9k sudah keluar kat casino, last-last aku terfikir pasal no bank
yg dia beri tu, 03-27884722 ext 1109 ,
aku cuba call dan masukkan ext no lain 1104 hingga ler ker
ext 1108 dan aku cuba tekan 0 utk operator, tetapi tak der. bila aku masuk ext
1109 terus jerrr masuk line . hehehehe sudah kantoiii bank negara mana ada satu
saja ext no betul tak ?
DAN LAGI SATU, bila aku call no bank palsu tu terus masuk
mesin " SELAMAT DATANG KE BANK NEGARA MALAYSIA, SILA MASUKKAN NOMBOR
SAMBUNGAN . itu jerrrrr.....kalau yg original akan cakap " selamat datang
ke bank negara malaysia , sila masukkan no sambungan atau TEKAN 0 UNTUK BANTUAN
OPERATOR.....
hehehe bank negara cakap ini sendikit dari PENDATANG TANAH
BESAR CHINA dgn bantuan dan maklumat dari rakyat tempatan. meraka siap ada
skrip lagi . kalau korang tanya lebih-lebih sure berbelit lidah china tu nak
menjawab sebab diluar skrip heheheh
aku ada tanya pada sorang polis tu, kenapa x dapat cari no
tel dengan alamat sekali, dia cakap sindikit ni x berdaftar dgn telekom, mereka
mendaftar di syarikat lain dan no tel tu jenis wireles boleh dibawa
kemana-mana. bukan talian kabel macam telekom tapi jenis mobil boleh
pindah-pindah.
dan juga kalau dapat alamat pun bila serbu dalam rumah cuma
ada set mesin menjawab talifon, dan talian sambungan 1109 tu akan disambung
semula keluar negara. bagi mengelirukan pihak polis. dia org tidak beroperasi
di dalam malaysia , hanya sewa primis kosong di KL dan letak server atau mesin
auto divert. bijak kan?????
no tel BANK NEGARA MALAYSIA yg benar-benar asli 60(3)
2698-8044
p/s - copy 4 alert.
1 komen:
macam ni pun ader ker....bahaya nih...kena sebar....
Post a Comment