Monday, March 5, 2012

:: Kampung Lindungan Matahari ::



Viganella adalah sebuah perkampungan kecil di Itali, ketika musim sejuk iaitu dari pertengahan bulan November hingga awal Februari, kampung ini akan jadi gelap gelita kerana cahaya matahari tidak sampai ke kampung mereka. Ini kerana kedudukannya yang terletak betul-betul di bawah sebuah lembah yang dikelilingi bukit bukau dan gunung ganang yang tinggi.


Pandangan atas kampung Viganella

Pantulan cermin

Google earth Kampung Viganella

Ini merupakan masalah utama penduduk kampung tersebut kerana hanya selepas waktu tersebut, barulah penduduknya akan menikmati cahaya matahari dan selalunya kehadiran sinaran itu akan disambut meriah, mereka akan berpesta!. Pening dengan masalah tersebut, pelbagai usaha dicari bagi mengatasi keadaan ini.


100 000 euro kos pembinaan alat ni.

Akhirnya datang seorang arkitek, Giacomo Bonzani ke kampung itu. Beliau mencadangkan satu idea yang pelik. Bonzani telah meletakkan sebuah cermin gergasi di satu sudut dekat pergunungan itu. Tujuannya bagi membolehkan cahaya matahari yang terkena pada cermin tersebut, memantul semula ke kampung berkenaan!





Bagi menambahkan lagi keberkesanan cermin itu, ia dikawal dengan satu perisian. Perisian itu boleh mengesan matahari dan ‘memberi arahan’ kepada panel cermin itu agar sentiasa menghalakan cahayanya ke bawah kampung berkenaan.

0 komen: