Nama Spesies: Capriconis sumatraensis
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Subfilum: Vertebrata
Kelas: Mamalia
Order: Artiodactyla
Famili: Bovidae
Subfamili: Caprinae
Ketinggian kambing gurun boleh menjangkau sehingga 4 kaki (1.4 m hingga 1.5 m) pada paras bahu. Kambing jenis ini biasanya memiliki berbadan lebar dan gempal serta leher yang tebal. Kakinya pendek dan kepala serta telinganya besar. Purata berat seekor kambing gurun ialah dalam lingkungan 50 hingga 300 paun. Kedua-dua jantina kambing gurun, jantan dan betina memiliki sepasang tanduk yang tajam dan menghala ke belakang, biasanya digunakan untuk melindungi diri masing-masing daripada anjing pemburu dan pemangsa lain. Tanduk kambing gurun jantan boleh mencecah sehingga 28 cm panjang dan tanduk kambing gurun betina lebih pendek daripada yang jantan. Perbezaan kambing gurun dengan kambing-kambing yang lain terletak pada tanduknya di mana kambing gurun memiliki tanduk yang lebih panjang dan pada ekornya yang lebih pendek berbanding kambing-kambing lain. Selain itu, kambing gurun juga memiliki kantung air mata yang dapat diperhatikan dengan jelas di bawah matanya. Bahagian depan tengkoraknya agak rata dan hanya bahagian atas hidung sahaja yang terbonjol keluar. Warna bulu kambing gurun pula biasanya cerah pada bahagian belakangnya dan beransur gelap hingga ke bawah. Kakinya pula lazimnya berwarna kemerah-merahan.








p/s - aku xpenah lagi tgk kambing gurun ni depan2...cuma jumpak kesan je..taek bertingkat....