Monday, February 27, 2012

Ular Guni Buruk atau Ular karung Guni atau ular Garib/magrib


Ular Guni Buruk atau Ular karung Guni.

aku xsure spesies apa ular ni dan aku xsure jugak apa nama lain bagi ular ni. Info xdketahui...tapi hasil temubual beberapa penduduk kota info2 adalah seperti dbawah..

1. Spesies ular air tawar. Bukan dok kat laut.

2. Makan ikan.

3. xde bisa. dan xmematuk sebab mata buta or xde mata.

4. tapi buleh menggigit










p/s - hati2 menggagau ikan..jgn tgagau kepala ular sudah..ular dalam seluar xpe...


update



Sungai Siput: Beberapa pekerja binaan yang sedang menggali longkang berhampiran kawasan perindustrian di Kampung Muhibbah, di sini, bertempiaran melarikan diri sejurus terserempak haiwan aneh seperti ‘lintah gergasi’, pagi semalam.

Haiwan bertubuh lembik seberat 25 kilogram dan panjang hampir dua meter itu menggerunkan penduduk berikutan turut mempunyai bentuk muka menyerupai anjing.


Pekerja yang enggan namanya disiarkan berkata, haiwan itu ditemui di dalam longkang yang digali mereka pada jam 10.15 pagi.

Menurutnya, dia yang terkejut dengan penemuan haiwan itu menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Sungai Siput untuk menangkap haiwan itu.


“Saya tidak pasti sama ada ia ular berikutan tubuhnya lembik seperti lintah. Malah, kulit haiwan itu agak kasar seperti kulit biawak.


“Ini kali pertama saya melihat haiwan pelik seumpama itu. Saya memang terkejut dan hairan bagaimana haiwan itu berada di dalam lubang yang digali,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Angkatan dan Latihan Operasi JPAM Leftenan A Balasubramaniam berkata, tiga anggotanya dihantar ke lokasi kejadian untuk menangkap haiwan aneh itu.


Menurutnya, petugas JPAM turut terkejut berikutan tidak pernah berjumpa haiwan seumpama itu sebelum menangkap dan membawanya pulang ke pejabat JPAM, di sini.

“Kami sendiri pelik dengan haiwan itu berikutan ia tidak agresif sebaliknya mempunyai tubuh lembik dan menggerutu.


“Namun, akhirnya kami dimaklumkan ia sejenis ular air dipanggil ular guni buruk atau ular karung guni yang dikategorikan sebagai ular air tawar,” katanya.


Tuesday, February 21, 2012

Alert panggilan palsu dari Bank Negara


Pengalaman dari aku sendiri -

Kalau terima panggilan dari nombor CALL 1 @ no number @ 0060321677722 memperkenalkan diri mereka sabagai pegawai bank (macam-macam bank cimb,maybank @ MBF malaysian borneo finance ) mereka akan sebut nama dan i/c kita dengan betul dan memberitahu mengenai permohonan kad kredit @ permohonan penambahan kredit limit kita dari 10k kepada 20k,

kata mereka macam ni " selamat pagi Encik, semalam pihak bank ada terima pangilan dari pihak encik untuk membuat permohonan penambahan kredit limit utk kad encik yang bernombor 54407400 bla..blaa...blaa..."

sedangkan kita tidak memiliki sebarang kad kredit atau tidak pernah membuat sebarang permohonan penambahan kredit limit di mana-mana bank.
(AWAS INI HANYA PERANGKAP!!!!) supaya kita panic!!!!! gabra sekejapp.

sudah tentu kita sudah terfikir yg maklumat kita telah dicuri utk permohonan kad kredit palsu !!!!
“habis laa aku, mesti org tu dah gunakan kad kredit tu kaw-kaw, beli macam-macam , betul tak?

Kita pun cakap kat pegawai bank palsu tu “ saya TIDAK PERNAH ada kad kredit atau membuat sebarang permohonan”

dalam kepala otak aku terfikir “ aku black list dah hampir 10 tahun pun masih boleh buat kad kredit??? Bira betulll hehehehe
Nanti dia akan balas semula percakapan kita tadi dengan ayat

“ BETUL KE ENCIK TIADA SEBARANG KAD @ MEMBUAT SEBARANG PERMOHONAN ? TETAPI ENCIK, KAD ENCIK NI MASIH AKTIV DAN ADA MEMBUAT PEMBELIAN DAN PENGELUARAN WANG SEBANYAK RM 9,740.00 DI SENTOSA SINGAPURA CASINO PADA 11/2/12 DAN PIHAK KAMI ADA MENERIMA PERMOHONAN DARI ENCIK UTK MENAMBAHKAN KREDIT SEBANYAK 10K LAGI KE DALAM AKAUN MBF MASTER GOLD CARD ENCIK.


Termenung sekejappppp……..Lagi lerrrr haru biruuuuu kepala kita bila dengar CASINOOOOO!!!! RM 9 ribuuuuuuuuuu sudah keluar……kekekekeke
bila kita menafikan yg kita tidak pernah membuat permohonan atau mempunyai sebarang kad kredit , pihak sendikit terus MASUK JARUM dengan memberi nasihat yang amat dasyat kalah nasihat seorang ibu kepada anak nya

(take care sungguh ) tak pernah aku jumpa bank baik macam ni ) mengatakan yang maklumat kita telah dipalsukan . sendikit akan mencadangkan kita agar membuat aduan terus kepada BANK NEGARA MALAYSIA – KE PUSAT ADUAN KAD PALSU-

sendikit akan berkali-kali MENASIHATKAN KITA supaya cepat-menghubungi BANK NEGARA supaya bank Negara dapat MELAKUKAN SIASATAN ADA TAK PERMOHONAN KAD KREDIT UNTUK AKAUN BANK YANG LAIN . (ni lagi perangkap paling bahaya)

dan diakhir perbualan pihak sendikit akan bertanya “ Encik ada no BANK NEGARA MALAYSIA???? “
berapa kerat jer org awam akan simpan no tel BNM, betul tak??? kita pun cakap ” Tiada !!” dan sekali lagi jarum akan dicucuk pada kita.

Ok ENCIK… INI NO TELEFON BANK NEGARA MALAYSIA , ENCIK BOLEH TERUS MENGHUBUNGI PEGAWAI PENYIASAT DI UNIT PEMALSUAN KAD KREDIT DI NOMBOR – 03- 27884722 EXT 1109. (sebenarnya ini no sedikit dia org yang berada di KL )

Hehehe saper yang tengah panic sudah tentu ler lepas ni terus call no BANK NEGARA yang diberikan siap dengan ext lagi
tuuuu………….dan bila korang call akan ada sekor pegawai bank palsu akan angkat dan melakukan penyiasatan dan paling best sekali akan dia akan MEMINTA SEMUA NOMBOR AKAUN BANK YANG KITA ADA (MAYBANK,CIMB, BSN, MANGKUK BANK SEMUA LERRR BANK YG KITA ADA) DENGAN ALASAN UTK MELIHAT ADA ATAU TIDAK PERMOHONAN KAD KREDIT UTK AKAUN TERSEBUT, DAN YANG SEBENARNYA AKAN MENGAKIBATKAN DUIT KITA YG ADA DIDALAM AKAUN TU AKAN HILANG HABIS DISEDUTTTT OLEH SENDIKIT INI………..

Kalau korang dapat call dan jln cerita dia lebih kurang macam citer aku ni , aku nasihatkan korang call terus no bank Negara yang sebenar ni dulu untuk menyelamatkan korang kehilangan beribu-ribu duit dalam akaun,

nahhh ni no tel yang senenarnya BANK NEGARA MALAYSIA Telefon 60(3) 2698-8044 lepas tu korang cepat-cepat ler buat laporan polis , sbb sendikit tu dah ada maklumat diri kita nama penuh dan no i/c yang betul , bimbang nanti dia akan buat projek lain pulak. Jadi pengundi hantu kekekeke




pada mulanya aku hampir-hampir terrrr pedaya jugak lerr lya, bila dengar rm 9k sudah keluar kat casino, last-last aku terfikir pasal no bank yg dia beri tu, 03-27884722 ext 1109 ,
aku cuba call dan masukkan ext no lain 1104 hingga ler ker ext 1108 dan aku cuba tekan 0 utk operator, tetapi tak der. bila aku masuk ext 1109 terus jerrr masuk line . hehehehe sudah kantoiii bank negara mana ada satu saja ext no betul tak ?

DAN LAGI SATU, bila aku call no bank palsu tu terus masuk mesin " SELAMAT DATANG KE BANK NEGARA MALAYSIA, SILA MASUKKAN NOMBOR SAMBUNGAN . itu jerrrrr.....kalau yg original akan cakap " selamat datang ke bank negara malaysia , sila masukkan no sambungan atau TEKAN 0 UNTUK BANTUAN OPERATOR.....
hehehe bank negara cakap ini sendikit dari PENDATANG TANAH BESAR CHINA dgn bantuan dan maklumat dari rakyat tempatan. meraka siap ada skrip lagi . kalau korang tanya lebih-lebih sure berbelit lidah china tu nak menjawab sebab diluar skrip heheheh

aku ada tanya pada sorang polis tu, kenapa x dapat cari no tel dengan alamat sekali, dia cakap sindikit ni x berdaftar dgn telekom, mereka mendaftar di syarikat lain dan no tel tu jenis wireles boleh dibawa kemana-mana. bukan talian kabel macam telekom tapi jenis mobil boleh pindah-pindah.

dan juga kalau dapat alamat pun bila serbu dalam rumah cuma ada set mesin menjawab talifon, dan talian sambungan 1109 tu akan disambung semula keluar negara. bagi mengelirukan pihak polis. dia org tidak beroperasi di dalam malaysia , hanya sewa primis kosong di KL dan letak server atau mesin auto divert. bijak kan?????

no tel BANK NEGARA MALAYSIA yg benar-benar asli 60(3) 2698-8044

p/s - copy 4 alert.

Thursday, February 16, 2012

replika rumah nabi Muhammad S.A.W

kesahihan gambar2 ni xpasti lak sumbernya. tapi dimaklumkan tinggalan runtuhan rumah tu dah dirobohkan oleh kerajaan arab saudi yg mengamalkan ajaran wahabi.

replika yg dibina semula.

Di atas ini adalah Gambar runtuhan tempat Sayyidah Fatimah as, puteri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan

Di atas ini adalah gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat.


Gambar di atas ini adalah runtuhan pintu masuk ke kamar Rasul Saw di rumah Sayyidah Khadijah as


Di atas ini gambar sisa runtuhan rumah Nabi Saw & Sayyidah Khadijah as yang dilihat lebih dekat.

Gambar di atas adalah sisa runtuhan kamar Rasul Saw dan Sayyidah Khadijah as.



Mohd Safee Mohd Sali aka safee sali

update 2012


selepas menjuarai piala AFF suzuki 2010 nama safee sali terus melonjak. Selangor adalah kelab terakhir beliau dalam kancah bola sepak negara sebelum berpindah ke ISL dan bermain untuk Pelita jaya. Tahniah sebab dah bergelar jutawan dalam arean bola sepak. gajinya dikhabarkan lebih kurang rm 100k sebulan..peh mak aih..main bole je kot. klu la ada gaji main facebook hari2 dapat gaji gak kan best huhu..



ni statistik mat safee ni..

yg terbaru cite pasal mamat ni





PENYERANG kebangsaan Mohd Safee Sali sentiasa bersedia untuk pulang ke pangkuan skuad Harimau Malaya jika khidmatnya masih diperlukan jurulatih K Rajagobal.

Biarpun kini sibuk memberi tumpuan bersama pasukan baru, Pelita Jaya FC yang bersaing dalam Liga Super Indonesia (ISL), Safee mengakui semangatnya tidak pernah luntur malah semakin memuncak untuk membantu skuad kebangsaan mengharungi pusingan pertama kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 Jun depan menentang Taiwan jika diberi peluang.

“Saya memang nak sangat mewakili skuad kebangsaan dan saya sentiasa bersedia jika dipanggil oleh jurulatih. Sebagai pemain Malaysia saya perlu memikul tanggung jawab itu apabila diperlukan,” katanya yang dihubungi Arena Metro semalam.

Bagaimanapun, Safee, 27, berkata dalam tempoh saingan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia itu nanti, kempen ISL sudah berakhir namun kemungkinan kelabnya masih menagih sentuhannya bagi mengharungi Piala Indonesia.

“Kalau ikut jadual liga sudah tamat 19 Jun tapi mungkin akan ada kejohanan lain. Kalau Pelita Jaya terbabit dalam perlawanan penting jadi kena ada perbincangan antara kedua-dua pihak (FAM dan Pelita Jaya) untuk membolehkan saya menyertai skuad kebangsaan,” jelasnya.

Malaysia akan berkunjung ke Taiwan pada perlawanan pertama pada 29 Jun ini sebelum beraksi di arena sendiri empat hari selepas itu manakala saingan kalah mati Piala Indonesia akan bermula pertengahan Mei depan dan final pada 30 Jun.
Safee mengakui, pernah dihubungi Rajagobal yang memberikan kata-kata semangat kepadanya sebelum perlawanan pertama menentang Sri Wijaya awal bulan lalu.
Pemain kelahiran Kajang itu antara tonggak utama skuad kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF Disember lalu dengan menghasilkan lima gol untuk muncul penjaring terbanyak kejohanan.
Kali terakhir Safee yang memiliki 27 caps di peringkat antarabangsa menyarung jersi kebangsaan ketika Malaysia menewaskan Hong Kong 2-0 pada perlawanan persahabatan 9 Februari lalu namun tidak dipanggil ketika seri 1-1 dengan kelab Liga Singapura, Etoile FC bulan lalu.
Dan setakat ini Safee berpuas hati dengan prestasinya bersama kelab baru yang berpangkalan di Karawang Jawa Barat itu apabila mengumpul empat gol dalam lima perlawanan.

“Prestasi saya bertambah baik dan amat gembira dapat menyumbang sesuatu kepada pasukan. Apa yang diharapkan agar pasukan ini dapat meneruskan rentak kemenangan,” katanya.

sumber berita harian 16/2/2012

Monday, February 13, 2012

solat sunat sebelum dan selepas nikah.


Solat sunat SEBELUM nikah ini dilakukan sebelum majlis akad nikah dan Solat sunat SELEPAS nikah ini boleh dikerjakan bagi pasangan yang baru selesai diakad nikahkan dan kedua-duanya disunatkan untuk mendirikan solat sunat ini, terutamanya lelaki. Bilangan rakaatnya ialah 2 rakaat, dan bolehlah diikuti dengan sujud syukur.

Cara untuk mengerjakannya ialah:(SEBELUM)
• berniat dengan lafaz niatnya:
- “Usolli sunnatal ‘ursi rak’ataini lillahi Ta’ala.AllahuAkbar”
• rakaat pertama:
- Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun
• rakaat kedua:
- Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas


Cara untuk mengerjakannya ialah:(SELEPAS)
• berniat dengan lafaz niatnya:
- “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”“
- sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”
• Rakaat pertama:
- Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun
• Rakaat kedua
- Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas

- membaca doa berikut selepas salam:
Contoh doa yang boleh disebut di dalam bahasa Melayu: “YA Allah,Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,segala puji-pujian bagi-Mu,seru sekalian alam.Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu,telah selesai pernikahanku ini,kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini.Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh.Ya Allah, Ya Rahman,Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan.Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami.Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai.Engkau mesrakanlah kami,bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad sae dan Siti Khadijah,Nabi Yusuf dengan Zulaikha,Nabi Adam dan Hawa.Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh.Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka.Engakau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagian rumahtangga kami”
“Ya Allah,Ya Rahman, Ya Rahim,Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik,lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram.Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa.Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, ister/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai.Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami.Engkau peliharalah kami,isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”
“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami,isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka.Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah,kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”
“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),
Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”


Sunday, February 5, 2012

malam yang sejuk

hari ahad jam 2:12 aku terjaga sambil tulis blog pakai iphone. pergh gilo ke hape xpernah terjadi lagi ni. usha luar jap, dgn lampu xtutup pintu terbuka tv terpasang. patut r bil tinggi je. hari ni maulidurrasul. cuti sampai selasa fuhh heaven tul. ok der sAmbung tudi balik.