Sunday, June 7, 2009

::.amek corner cecah telinga.::

# Benerapa gamba yang terlepas kat tangan aku..susah dapat ni..suma team2 undeground...kaki amek corner cecah ubun2 pon ada ..layan....











p/s-ada bran?wat cam atas?

Saturday, June 6, 2009

::.perfume.::

Apakah bezanya antara EDT,EDP dan Esprit de Parfum?



EDT (Eau de Toilette), EDP (Eau de Parfum) dan Esprit de Parfum ialah kategori haruman mengikut peratusan (%) patian haruman (perfume essence) yang terkandung didalam setiap botol.

Lebih tinggi peratusan patian ini, lebih tinggi kualiti haruman tersebut. Dan lebih lama haruman mampu bertahan bila anda memakainya. Lazimnya, Esprit de parfum (20%~30%) mengandungai lebih tinggi peratusan patian haruman berbanding EDT(8%~12%), ataupun EDP (15%~20%).

So dah tentu la yang Esprit de parfum ni lagi mahal, sebab peratusan pati lebih tinggi.


p/s-aku skang pakai Dunhill Pure tu..huhuh.bole la tahan..tapi nnt nak try dunhill london..bau dia bes gak..b4 ni aku pakai Dunhill desire blue pon ok...

huhu pakai minyak dunhill xpe bukan hisap rokok dunhil k..

Friday, June 5, 2009

::.interview as a Geologist.::

Jumaat,05/06,22:26



"Semalam (Khamis,04/06) aku ada interview kat Shah Alam(CoreLab)."

Petang selasa tu aku dapat call dari corelab,yg aku ade interview kul 1.30 kat shah alam.."alamak jauhnya..camna aku nak g?jalan pon xtau.."
disebabkan ni masa depan aku pon ok jela...

sibuk la aku cari peta kat google ni..hafal jalan suma..hafal soklan2 yg mungkin nak tnya..hafal jawapan....pastu g jumpa bos..

"bos!! sok saya nak mintak cuti,tgh ari"
"watpe!!"
"interview bos"
"INTERVIEW? kat mana?"
"Shah Alam"
"interview pe?"
"Post Geologist bos"
"hah...ok g r"
"errr...bukan hari bos..esok kul 1.00"
"haaaaa...ok2..g r"

huhuhu..bos yg spoting..huhu..esok tu g opis jap..main Fb...kul 11 balik umah sebb ttinggl hp..huhu ingat nak g trus je...sempat lagi bedal nasi lemak depan komuter tu 2 bungkus...

"kul 11.35 tu aku gerak la...peh...baru je pegi da sesat..binawe tul...boleh aku termasuk highway pegi seremban..hahaha...makngok tul la...cepat aku cari U turn g KL...."

"time nak masuk highway Shah Alam tu alahai.......ada laluan khas lak ntuk moto....time tu aku dah lost dah..yela..aku g hafal jalan besar tu..tp ikut jalan moto....kelam mata aku dok cari sighboard...pusing sana,pusing sini....tanya sana sini...jumpa gak la..."

"peh...aku sampai dlm 1.35..lebeh sket ja xpe..huhu...nasib bek yg nak interview aku tu ade jupe client.."

"pastu ada la sorang apek ni kuar..dia soh ikut dia..dia pon show la environment kawsan tu..dia cite habes..dari sampel baru smapai ujian2 yg dorang wat...mmg tunjuk habes..dalam hati aku fikir..ish..aku da kompom keje ke ni????..dah habes je tunjuk..dia bawak aku g interview..la dia gak yg interview ngan sorang madam ni..."

"kaw2 gak la aku kena..dah la english aku cam hape tah...yg laki tu banyak tepuk dahi..tutup mulut gelak...dengar english aku ..hahaha..malu siot..yg pompuan tu ok sket..dia cam memahami la...huhu..siap cakap "interesting" lagi kat aku..."

SOALAN INTERVIEW
"aku xbape ingat..tapi apa yang aku hafal xde yg kuar..huhuh..."
"dia banyak tanya keje aku skang,pengalaman keje aku camna,pasal tesis aku,pastu apa yang aku belajar n test2 yang aku da wat...yang lain2 tu sket2 je"

"kalau dia tanya pasal engineering geologi aku bole la goreng kaw2..ni dia tnya pasal sediment..aku kureng sket..klu nak describe granit boleh la...huhuhu kalau yang lain aku cakap dah lama mana ingat..kena rujuk notes..dibantainya gelak kat aku..huuhuhu"

pukul 2 aku masuk..3.15 baru habes..lama giler....pastu trus balik..pusing2 gak..pastu jumpa signboard seremban ape lagi trus redah je...tah highway mana tah aku masuk2....sedar2 nampak signboard NIlai x km....aiyakkkk....hahaha..pastu ada satu exit Bangi 15 KM..huhuhu..nasib bek..."

"balik trus tido"

p/s-hmm..keje dalam lab....nak ke xnak???? xpe aku tunggu 2nd interview kat KL...yai...

::.gamba menarik.::

# beberapa gamba yang cambest aku amek dlm intenet....




a) skang da beli kat kedai..xmain la g hisap2 darah org.


b) eerrrmm aku copy ke...aku xtau pape..huhuhu


c) terlampau sehat nih...

d) nak amek lap camna la gamaknya...mamposs..


e) jgn tego dia nih..sharpshooter ni..


f) ok2 line clear jom masuk...


g) time2 hibernasi ni best tido lelama....


h) uiks..


i) real photoshop..


j) babtu la sayur import ni sedap..fresh beb...

::.komik sekotak.::

#entry kali ni aku post katun mesia...layan la ye....ada maksud tersirat...

















p/s-teringat masa skolah2 dulu....

Monday, June 1, 2009

::.photoshop.::

Salah satu teknik photoshop yang agak sempoi....








p/s-aku nk blaja la wat photoshop ni...

Saturday, May 23, 2009

::.co0l da xco0l.::

Bongok btul org mesia ni....sebab pe ayat aku indah camtu ni...ni la cara aku nak lepas geram...HUargggghhhh..

#penah tak klu kat depan traffic light, time tu da hijau..tlambat bape saat je..da ade hon keta kat blakang?
-aku da banyak kali dah kena camtu...baru je ijau da bunyik hon..mangkuk ayun btul..tau la nek keta..aku nek moto je...xyah la nak blagak sangat...bongok punya orang...
~penah sekali kat petronas seksyen bape tah..baru je ijau keta camry kat blakang da hon..mangkok btul..xsempat tekan gear lg..tkejut aku..MARAH aku..aku benti tepi jalan aku tgk dia...ngan mata yg penuh KEBENCIAN~~...
~pastu..HAHHA...klu depan trafiic light je aku benti depan keta..bila hijau aku wat2 slow..bawak slow..klu dorang hon pon wat xkesah..muhahha..DENDAM...

#penah tak time nak kuar kat simpang 3 yg xde traffic light..keta dari kanan ngan kiri laju gila kucing?
-kerap sangat la...time nk balik keje..tp yg tu xlaju sangt..tp still tensen gak la klu kena tggu lama..klu time ujan ke panas ke..fadeup giler la..

#penah tak kat simpang 3 ke 4 ke mana2 la...keta ke moto ke nak belok xbagi signal...ni lagi mangkok jamban tandas awam...
-org yg camni mmg mkn sumpah la ngan kura-kura sakti..."makngok btul la hangpa ni..bg la signal"

p/s-cerita diatas bdasrkan pengalaman sebenar...segala ayat telah diolah supaya sesuai dterima oleh semua lapisan rakyat..
"perasan co0l padahal xco0l langsung,sebenarnya ego?"

Friday, May 22, 2009

Wednesday, May 20, 2009

::.gamba sengal 2.::


Beberapa gamba sengal...layannn....


1)peh...kantoi camni mmg azab r...

2)ni kot kura-kura sakti..ada bran...

3)muke xbley blah.....

4)kreatif...

5)lepak jap..letih plak..huhuhu

6) Digi bukak lip[utan dlm laut lak...

7)maksud tersirat ni...

8) sambey meneran tu..bole la try...

9)pesyen baru nih.....sengal tol..

Tuesday, May 19, 2009

::.ki kinum dulu.::

menatang nak minum..meh kita tgk ragam dorang minum.....








p/s-manusia mudah je..g mapley..."cha teh tarek satu..huhuh....

Friday, May 15, 2009

::.SOALAN DARI BUKAN ISLAM UNTUK ORANG ISLAM, TENTANG AGAMA ISLAM.::

Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?

Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan?
Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.
Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.

6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami' Kenapa?
'Kami' kan lambang 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)' ?
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, 'aku' kata jamaknya 'kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'.


7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?


8) Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?
Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa manusia.

9) Sami Budha menjawab " Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar"
Kita jawab seperti ini, habis tu, kita Cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?


10) Sami Budha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"
Kita jawab lagi "habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus"


11) Sami Budha berkata lagi "makan binatang akan dapat banyak penyakit"
Kita jawab "Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran.. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan? Lagi besar penyakitnya kan? Lembu yang ragut rumput hari2 pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.


12) Kan **** itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan ****?
Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari2 sembah Kaabah.
Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari2 pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah... Bukan sembah Kaabah!

14) Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kan betul2 juga?
Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.

p/s-Soalan2 yg nyatakan di atas, sebenarnya memang benar2 di tanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam... mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yg ilmu hanya ala kadar berasa was2 dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was2 dengan agama yang dianutinya. Jadi jawapan yg disampaikanpun tak perlu panjang2 cukup sekadar ringkas dan padat.