Tuesday, March 24, 2009
::.isnin,23/3.::
"Hmmm skang pon sempat lagi aku ngadap pc hahaha..pakaian suma xsiap lg..duhh..peta lengkap xde lg..camana la sok ni..lantak ko la kekura.."
"camni la, aku tinggal bape ari je xlama..(peh padal lama gak)nak menetap sana trus la aku..huhuh"
"aktiviti aku terencat sket la wat masa ni k..so klu de papehal emel r aku..bereh kot"
"td aku da hantar resume yg en rosli mintak..katanya nk amek aku jd anak buah die...tp kena intebiu dulu..lalala..harap2 dapat kot..ada big boss"
"semalam aku tido je...smpai tgh ari xmo bangun bai..letih bangat.."
"semalam punya semalam aku g jejalan..hmmmmg memandi manda kat sunway..bole tahan la..tp xpuas..kejap je aku pegi"
"aih..da lewat aku nak g packin dulu naa..."
Monday, March 23, 2009
::.10 fakta menarik.::
1) Makanan yg pling digemari oleh lipas ialah gam yg berada di belakang setem..
2) Otak Burung Unta lebih kecil dari matanya.(astro hahahhaaha)
3) Di Amerika Syarikat, purata berlakunya kadar jenayah adalah setiap 22 saat..
4) Beethoven iaitu seorang penggubah beberapa susunan muzik klasik terbaik di dunia sebenarnya adalah seorang yang pekak..
5) Apa yang disebut sebagai "mata" planet Musytari - Bintik Merah Besar - adalah sebenarnya ribut gergasi di dalam atmosfera planet itu. Saiz ribut itu adalah dua kali ganda planet bumi!
Ribut ini telah berterusan sejak Musytari dapat dilihat melalui teleskop. Ia mungkin merupakan ribut paling lama bertahan di seluruh Sistem Suria. Meskipun Musytari adalah planet terbesar di dalam sistem ini, ia tidak mempunyai permukaan pejal. Musytari adalah sebuah bebola gas gergasi.
6) Siri drama televisyen yang paling panjang adalah "Guiding Light" yang telah (dan masih) ditayangkan selama lebih 66 tahun! Ia mula ke udara melalui radio dalam bulan Januari 1937, dan memasuki rangkaian televisyen pada 30 Jun 1952.
7) Sekiranya separuh bahagian barat Pelantar Ais Antartika mencair akibat kesan pemanasan dunia, itu saja sudah cukup untuk meninggikan paras laut sebanyak 60 kaki, dan menenggelamkan banyak bandar besar di pinggir laut.
8) Sistem monarki berperlembagaan di Malaysia adalah unik di mana Yang Dipertuan Agong, yang merupakan ketua negara simbolik, dipilih untuk tempoh selama lima tahun dari kalangan sultan-sultan pemerintah sembilan buah negeri Melayu.
9) ENIAC, salah sebuah komputer terawal, memerlukan keluasan lantai 15,000 kaki persegi dan seberat 30 tan. Walau bagaimanapun, keupayaannya hanya satu pecahan berbanding komputer desktop biasa hari ini.
ENIAC, atau nama penuhnya Electronic Numerical Integrator And Computer, dibina oleh Dr. John W. Mauchley dan J. Presper Eckert, Jr. pada tahun 1946. Pada asalnya ia bertujuan untuk kegunaan sewaktu Perang Dunia Kedua, tetapi oleh kerana ia disiapkan selepas tamat perang, ENIAC tidak pernah digunakan untuk tujuan tersebut.
10) Ubat gigi jenama Colgate mula
diperkenalkan di Perancis dengan nama
Cue, mengambil sempena nama sebuah
majalah lucah.
p/s - ni br 10..ada lg 90 fakta aku nak post..hahhaaha..
Saturday, March 21, 2009
::.rumah pelik.::
::.malaysiaku.::
Friday, March 20, 2009
::.Ulasan Buku: Dedah muslihat sebenar Freemasonry.::
TAJUK: Gerakan Freemasonry - Musuh Dalam Menghancurkan Islam
PENULIS: Nik Azran Muhamed dan Mohd Mahadi Isa
FREEMASONRY secara umum diterjemahkan sebagai pertubuhan persaudaraan dan dalam kamus dwibahasa ia memberi erti semangat persaudaraan sesama ahli pertubuhan.
Jika dilihat pada zahir pengertian itu, tiada apa yang tidak kena padanya.
Tetapi sedar atau tidak, ia suatu pertubuhan yang sangat bahaya kepada umat Islam kerana agendanya untuk melenyapkan ketaatan beragama, sekali gus menimbulkan kecelaruan di kalangan masyarakat dunia.
Buku Gerakan Freemasonry - Musuh Dalam Menghancurkan Islam membongkar pergerakan organisasi Yahudi antarabangsa itu yang bekerja untuk menghancurkan kesejahteraan manusia serta merosakkan kehidupan politik, ekonomi dan sosial.
Gerakan itu dipelopori orang Yahudi yang ingin mengambil tanah Palestin dan membina Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjidil Aqsa, seterusnya melebarkan kuasa ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir dan Madinah.
Ia ditubuh serta dirancang oleh Yahudi untuk memusuhi semua agama secara umum dan Katolik khususnya, namun kemudian mereka mengalih perhatian kepada agama Islam sebagai musuh utama.
Buku ini membincangkan secara terperinci agenda dan dakyah yang cuba dimajukan Freemasonry serta sekutunya yang berantaian di seluruh dunia dalam usaha memberikan kesedaran kepada umat Islam.
Antara misi Freemasonry seperti dilaporkan ialah menyebarkan ideologi ilhadiyah iaitu suatu fahaman tidak mempercayai kewujudan tuhan dan tidak menganuti sebarang agama.
Buktinya sebagaimana kata seorang Freemasonry, Proudon: "Freemasonry adalah suatu penyangkalan terhadap kepentingan agama. Apabila ada seseorang anggota Freemasonry yang berkata-kata mengenai kewujudan tuhan, maka yang dimaksudkan adalah alam dan kekuatan material atau mereka menganggap tuhan dan manusia sebagai suatu benda."
Menurut penulis muda ini, kedua-duanya berkelulusan dari Universiti al-Azhar, gerakan terbabit juga menubuhkan pelbagai pertubuhan bersifat kemanusiaan dan kebajikan seperti pertubuhan Bahaiyah, Kesaksian Yehova dan pertubuhan yoga.
Pertubuhan Bahaiyah misalnya, timbul di Iran pada 1844, diasaskan seorang Yahudi yang menyamar sebagai orang Islam menggunakan nama Mirza Muhammad Ali Syirazi yang meninggal dunia pada 1853.
Ia dikatakan timbul di kalangan Syiah Imamiyah di sebuah kawasan bernama Syirazi di wilayah Iran.
Mirza Ali dikatakan mendakwa dirinya 'albab' yang bermaksud pintu.
Beliau mendakwa dirinya menjadi pintu bagi kaum Syiah atau seluruh umat Islam yang akan mentadbir mereka bersama imam yang ditunggu-tunggu kedatangannya pada akhir zaman.
Perkataan albab diambil daripada sabda Nabi yang bermaksud: "Aku kota ilmu dan Ali adalah pintunya."
Menurut fahaman Syiah, Saidina Ali adalah pintu yang dimaksudkan itu, tetapi Mirza Ali mendakwa dirinya seperti dimaksudkan hadis terbabit dan menamakan ajarannya sebagai Babiyah atau Bahaiyah.
Fasa awal penubuhannya, pergerakan ini mendapat sambutan menggalakkan kerana pada zahirnya cenderung kepada amalan Islam tulen, tetapi kemudian ia jelas menyeleweng daripada kehendak Islam.
Mirza Ali merumuskan agama Islam, Yahudi dan Kristian adalah agama yang datang dari Tuhan dengan mengajak semua penganut agama terbabit membubarkan agama mereka dan membentuk agama yang satu dipanggil dinullah atau agama antarabangsa.
Sekiranya dikaji fahaman itu lebih mendalam, kesannya boleh mengakibatkan manusia meninggalkan semua agama mereka seterusnya membawa mereka kepada ilhadiyah sebagaimana matlamat dikehendaki Freemasonry.
Mereka yang mengikuti ideologi Bahaiyah menganut fahaman wahdatul wujud iaitu penyatuan antara makhluk dan tuhan.
Fahaman ini sudah tentu ternyata sesat dan syirik kepada Allah yang Maha Esa.
Pergerakan Illumanity (cahaya), ditubuhkan Adam Weishaupt pada 1776. Beliau seorang anggota Freemasonry yang murtad daripada Kristian serta meninggal dunia pada 1830.
Illumanity dinisbahkan kepada satu daripada kumpulan Yahudi. Mereka menamakan Illumanity sempena nama iblis, selaku pemerintah tunggal alam ini dengan pusat pentadbirannya di Segitiga Bermuda, tempat tinggal Dajjal.
Lambang pertubuhan terbabit dikatakan terdapat pada mata wang Amerika Syarikat, menunjukkan negara itu dikuasai bangsa Yahudi. Pereka mata wang itu seorang anggota Freemasonry daripada pergerakan Illumanity, Pat Robertson.
Antara matlamatnya ialah menghapuskan sistem warisan harta pusaka, semangat cintakan tanah air dan semua agama sedia ada di dunia supaya manusia dapat dipaksa menganuti ideologi bersifat antarabangsa.
p/s-have been copied..mana aku copy da xingat.
Thursday, March 19, 2009
::.ahli fikir Hindu menyeru penganutnya memeluk Islam.::
(Artikel ini dipetik dari majalah Haluan yang memetik dari RISALAH-IKHWAN bil 79 Jumaat 9 Syawal 1418 bersamaan 6 Feb 1998)
Seorang pakar bahasa
Pengarang yang dikenali sebagai Ved Prakash buat masa ini menyandang jawatan paderi Hindu dari golongan Brahmin dan buku karangannnya telah dikemukakan kepada lapan orang tokoh paderi agama Hindu. Semuanya menyokong pendapat Ved Prakash. Penyelidikan beliau membuktikan ciri-ciri Kalki Utar yang terdapat dalam kitab suci Hindu Vidas menepati dengan sifat-sifat yang ada pada Rasulullah s.a.w.
Ved Prakash menegaskan di dalam ramalan Prophecy Hindus bahawa Kalki Utar akan muncul di sebuah pulau (di dalam mana-mana kitab sejarah Arab/Islam dikenali sebagai Al-Jazirah Al Arabia, bermaksud Pulau Arab), bapanya bernama Vishnu Yehkat ibunya bernama Surmanab.
Perkataan Vishnu dalam bahasa Sanskrit membawa erti Tuhan dan Yehkat bermaksud hamba jadi Vishnu Yehkat bererti Hamba Tuhan dalam bahasa Arab Abdullah.
Adapun Sumanab dalam bahasa Sanskrit membawa erti aman dan terjemahannya dalam bahasa Arab Aminah. Semua dunia tahu bapa Nabi Muhammad Abdullah dan ibunya Aminah.
Tambah beliau lagi di dalam kitab suci Vidas juga menyebut bahawa Tuhan telah mengutus UtusanNya ke dalam gua untuk mengajar Kalki Utar. Peristiwa ini memang berlaku kepada Rasulullah s.a.w., Nabi Muhammad s.a.w. telah didatangi Jibril a.s. di Gua Hirak yang bertugas mengajar agama Islam kepadanya.
::.mimpi.::
Kandungan dan tujuan biologi mimpi tidak dapat difahami sepenuhnya, walaupun topik ini mendapat perhatian umum sejak berabad lamanya. Kajian saintifik mengenai mimpi dipanggil sebagai oneirologi.
Kajian menunjukkan terdapat sekumpulan tema yang kerap berlegar dalam mimpi. Antaranya ialah situasi membabitkan sekolah, dikejar, berlari dengan perlahan, seakan-akan terjatuh, datang lambat, seseorang yang masih hidup tiba-tiba mati, gigi tercabut dan saat memalukan.
Menariknya, hanya 12 peratus daripada kita yang pernah bermimpi dalam hitam putih. Ada orang berpendapat mimpi itu mainan tidur semata-mata, namun ada juga yang mengambil perhatian serius terhadap mimpi mereka. Katanya, mimpi memberikan semacam satu petunjuk dalam meneruskan kehidupan.
Berikut serba sedikit mengenai makna mimpi (ini hanya tafsiran dan ketepatannya tidak diyakini seratus peratus):
Labah-labah - Melihat labah-labah bermakna anda akan menjadi lebih berhati-hati, bekerja dengan rajin dan mendapat kejayaan.
Labah-labah yang besar bermakna kejayaan akan cepat tiba. Tetapi, jika dikejar atau digigit labah-labah, bermakna akan timbul masalah atau kesukaran dengan kejayaan anda.
Tingkap - Jika bermimpi melihat sesuatu dari tingkap, ini bermakna anda akan murah rezeki. Mimpi membuka tingkap memberikan khabar yang baik manakala mimpi tingkap pecah bererti anda bakal mendapat kesukaran dalam perniagaan dan cinta.
Air - Air melambangkan emosi dan perasaan anda. Dalam mimpi, ia menggambarkan hidup dan kelahiran. Menyeberang sebuah sungai bermakna perubahan dan sungai kecil yang mengalir dengan cepat menunjukkan emosi yang tidak dapat dikuasai.
Ular - Jika anda seorang jejaka atau gadis yang bermimpi melihat atau dipatuk ular, bermakna anda bakal menamatkan zaman bujang.
Sekiranya anda sudah pun berkahwin, ia bermakna anda akan memperoleh kemakmuran hidup. Mimpi melihat ular berwarna-warni, bererti kebahagiaan akan menjelma.
Mimpi melihat ular yang banyak sekali, bermakna akan panjang umur. Namun awas, jika anda bermimpi dikelilingi banyak ular, bermakna ramai yang memusuhi anda.
Wang - Jika anda bermimpi kehilangan wang, bermakna akan memperoleh rezeki yang halal. Mimpi mendapat wang saja bermakna anda akan jatuh sakit.
Mimpi menyebar wang, bermakna akan menderita kerugian kerana melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang. Mimpi menabung wang bermakna akan dibenci atau diperdaya orang.
Topi - Jika anda bermimpi memakai topi, bermakna kedudukan anda akan semakin lebih baik. Mimpi kehilangan topi bermakna ada sesuatu yang akan hilang di rumah anda.
Terbang - Jika anda bermimpi terbang dengan pesawat, bermakna akan datang tawaran istimewa kerana anda yang mempunyai kelebihan yang sangat berharga.
Kalau diri anda yang terbang, ertinya anda akan memperoleh satu pengalaman atau ilmu yang bermanfaat dan berguna dalam hidup atau kerjaya anda.
Salji - Jika anda bermimpi melihat hamparan salji yang memutih, bermakna ada berita gembira menanti anda.
Itu antara maksud tertentu dalam mimpi, sama ada ingin mempercayainya atau tidak, terpulang. Tetapi, jangan pula terlalu taksub dengan mimpi kerana dikhuatiri akan memudaratkan diri.
Wednesday, March 18, 2009
::.menguap.::
Perasan tak kalau satu orang menguap, orang lain pun ikut menguap juga ?
Penyelidik menyatakan dalam 40-60% orang yang tengok gambar orang menguap akan turut menguap. Kalau baca perkataan "Menguap" pun kadang2 boleh buat orang ikut menguap.
Bukan manusia saja yang menguap. Binatang pun menguap juga.
Kalau korang tengok kucing yang korang pelihara tu, boleh nampak kucing tu pun menguap.
Kenapa kita menguap ?
Penerangan saintifik menyatakan yang kita menguap disebabkan oleh keperluan fizikal kita. Selain daripada kepenatan, kita juga menguap kalau darah kita kekurangan oxygen. Ada juga teori yang menyatakan menguap dapat melaraskan suhu badan kita. Sesetengah orang berpikiran yang kita menguap kalau kita rasa bosan.
Kepercayaan orang dahulu kala
Ada juga terdapat kepercayaan yang berasal dari Greeks yang menyatakan kita mesti tutup mulut bila menguap untuk elakkan roh kita dari terlepas melalui mulut. Sesetengah orang pada zaman dahulu percaya bila seseorang tu menguap, dia akan ditimpa bahaya.
So kenapa menguap boleh berjangkit ?
Bila kita lihat orang menguap, otak kita proses informasi dan informasi itu disalurkan ke brain circuitry yang menganalisis dan meniru gaya yang dilakukan oleh orang lain. Circuitry ini dipanggil “mirror-neuron system” kerana ia mengandungi sel otak yang special yang menjadi aktif bila kita membuat sesuatu atau bila kita melihat orang lain membuat sesuatu lalu meniru aksi orang lain.
Selain daripada pengajian itu, penyelidik membuat teori bahawa kejangkitan menguap ini dapat menolong kita berkomunisai kita punya level of alertness kepada orang lain. Dengan itu, kita dapat coordinate masa tidur kita dengan orang lain.
p/s - thanks to aku-sempoi.
::.teka - teki.::
1)Buah apa, kita kena makan dulu, baru boleh ambil?
2)Goreng pisang ada dua puluh, diambil sebelas , tinggal berapa?
3)Dalam banyak-banyak buah, buah apakah bila ditanya menimbulkan persoalan..
4)Jika kapal terbang masuk gua, apa yang keluar???
5)Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?
p/s - jawapannya sok la..aku kasi dlm komen..daaaaa..
Tuesday, March 17, 2009
::.teknik photo.::

1) mamt tu ade tanduk..bijak gak..

2)yg ni cam die edit sket..tp bole jadi gak klu btul pon.

3)ni lg la..nyusahkan diri nak g cari background gitu..

4)ni kompom edit gak sket..

5)yg cam besa je..kain dia besar nak wat gane..
p/s- sori bai aku copy paste je gamba ni..jagan marah aaaa
Monday, March 16, 2009
;;gamba sempoi.::
::.iklan sempoi.::
Saturday, March 14, 2009
::.5 tempat terkotor didunia.::
No 2 - Dzerzinsk mempunyai populasi 300 000 orang dan ianya hasil dari pencemaran Senjata Kimia Perang Dingin antara US dan USSR, Bandar ini merupakan tempat Pengilangan & simpanan terbesar Senjata Kimia Tentera USSR. Toxic kimia merebak keseluruh system pengairan menyebabkan kadar kematian yang tinggi dihadapi penduduk Dzerzinsk.
No 3 - Linfen China bukanlah satu-satunya Bandar yang terkotor di China, Perlombogan Arang Batu adalah aktiviti utama di Bandar ini. menyebabkan sulfur dioksida & Carbon Monoxide tersebar diudara, kabus perang adalah permandangn biasa bg Linfen. Ianya juga banyak memberi efek terhadap pencemaran Air di bandar ini.
No 4 - Bandar Mailuu-Suu, Kyrgyzstan sering dilanda mala-petaka. Ianya merupakan salah satu tempat pemprosesan Uranium terbeasr di dunia. Pembuatan Bom Atom adalah Tujuan kepada perlombongan Uranium ini, setiap tahun hamper 1.96 juta cubic meter hasil perlombongan sisa radioaktif.
No 5 - Bandar Norlisk, Russia pusat perlombongan bijih besi terbesar di dunia, Bandar yang didiami puluhan ribu buruh ini hanya untuk satu tujuan iaitu bekerja melombong bijih besi. Mengikut Pertubuhan Kawalan pencemaran PBB bahan aktif yang tersebar di udara Norlisk adalah Strontium-90, Cesium-137 and lesser evils, including hydrogen sulfide.
p/s-aku ase tempat paling kotor adalah tandas..cuci la ngan klorox pon tempat tu kotor gak..
Friday, March 13, 2009
::.Kakiku.::
.jpg)
Kaki adalah struktur biologikal yang dijumpai dalam banyak haiwan yang digunakan untuk daya bergerak.-wikipedia.
“Walaupun xsemua org dianugerahkan kaki. Tapi kita patut bersyukur dapat hidup dan berjalan dimuka bumi tuhan ini. Bagi yang dianugerahkan kaki yang sihat haruslah dijaga dengan baik. Ertinya bukan saja dijaga dari kecederaan(cam lan patah kaki wak moto laju2..aiyoo) tapi juga dijaga kaki dari berjalan dijalan yang bengkok”
Kutbah jumaat harini berkisarkan pasal murtad yakni keluar dari agama islam. Barang sesiapa yang mati ketika ia murtad maka neraka lah tempatnya. Hmm…org yang murtad ni nabi kata hukum bunuh. Sahabat nabi pula bagi masa 3 hari untuk bertaubat. Tapi sekarang……lu piker la sendiri..
“Kakiku da lama sakit. Sian die da 2 tahun da sakit, xelok2 lg. bila nak sembuh je sakit balik. Hmmm…saba eh kakiku lambat laun kau akan sembuh jua, rajin2 la makan ubat ..k.”
“Pagi tadi ujan lebat giler, malas benar aku nak g keje. Aku g pon kul 9 lebeh. G bakery ngan tonoh sarapan dulu. Tu la 1st time aku makan kat bakery pusanika. Selama 3 taun aku kat ukm singgah pon tak. Huhuhu. Pas mkn aku jmpa prof jap. Tanya pasal projek mega tu. Kalau tak Tanya kang menyusahkan aku lak. Pastu baru aku balik opis kat ukmp tu.”
“agggghhhh..12.20 dak2 carita kol aku mintak tolong. Katanya xde org kat geo. Memana la, org suma da balik kot. Harini kan jumaat. Aku g la singgah kejap pastu soh dorang dtg balik kol 3. Hmm.. cepat2 balik nak kena masak lagi. Aiyoo0 1.15 baru siap masak. Alamtnya pas jumaat la aku makan.”
“peh..malas lak aku nak tulih panjang2…banyak lagi ni..aku nak cite yg aku kuat bjalan je..sampai letih aku..balik keje tido0…”
Thursday, March 12, 2009
silat seni gayong
Pada April 1978, Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia ditubuhkan dengan no. pendaftaran 1756. Pada mulanya hanya 6 cawangan ditubuhkan iaitu 5 di Kedah dan 1 di Perlis dengan ahli seramai 200 orang. Pertubuhan ini bergerak dengan baik pada mulanya, Ia dapat menyusun mesyuarat agong selama 10 tahun, tetapi akhirnya tidak dapat bergerak kerana banyak cawangan dibubarkan pendaftarannya.Pada tahun 1994, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia berpecah menjadi dua, maka lahirlah Silat Seni Gayong Warisan Serantau yang dipimpin oleh Encik Badekrulzaman(dia ni PIBG skolah aku dulu-teknik alorsetar)
Pada 31 Disember 1994, Pertubuhan Gayong Malaysia telah mengadakan Perdana Gayong kali ke2 dan dirasmikan oleh DYMM Sultan Kedah.
Cawangan-cawangan yang didaftarkan 6 cawangan di Kedah, 1 di Perlis, 7 di Pulau Pinang, 1 di Selangor, 1 di Johor, 1 di Melaka, 2 di Trengganu, 5 di Pahang, dan 10 di Kelantan. Ahli-ahlinya lebih kurang 10, 000 orang.
Perrtubuhan Seni Silat Pusaka Gayong masih berjalan dengan baik dan dapat mengadakan kursus-kursus pelajaran, persembahan silat serta menyertai pertandingan-pertandingan silat seni dan menjuarainya setiap tahun.
Walaupun Dato' Meor Abd Rahman dan Pak Lang Yusuff telah meninggal dunia, usaha untuk menyatukan gayong masih tidak berjaya. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan mengembelingkan usaha memajukan pertubuhan ini. Walaupun apa terjadi kita akan terus berusaha menyatukan kembali gayong kita melaui Adat Istiadat Gayong agar tercapai perpaduan bangsa Melayu. Insyaallah kita akan berjaya dengan berkat kesabaran dan keimanan, Allah akan memberi pertolongan akan niat baik kita ini.
crita kita pasal dajjal n setan
ikut sejarah..(ni dgr citer org2 je laa..bukti? No..)
-bumi sebelum manusia dulu di huni oleh jin2..dan pada suatu ketika, jin2 ada great wars dan sampai satu tahap, malaikat di suruh untuk hapuskan terus penduduk jin..maka, habis jin2 semua kecuali yg di kehendaki..
di suatu tempat, semua penduduknya musnah tapi ada sorg budak jin masih hidup dan malaikat took him dan bawak ke langit..maka, dia trained well dan jadilah seorang warak dan abid..
dan nama dia azazil..
doanya sgt mustajab dan ilmunya bertingkat2..tapi, bila adam hawa di cipta, dia ingkar dan lupa siapa yg menjaganya dan telah menjadi musuh sepanjang hayat pada manusia..
-satu lagi citer, di suatu tempat, ada seorang bayi di tinggalkan di kuil dan di jaga oleh paderi2..tapi, bila paderi tu jaga, negaranya mendapat masalah dan bala..lalu bayi tu di hanyutkan ke laut..
malaikat amik dan jaganya..di pualu tu dia di temani oleh jasasah seekor binatang berbulu..
dia mendapat ilmu bertingkat2 dan mulai keluar dari pulau tu. tapi bila di kuar dari pulau tu, dia jadi lupa diri sebab di dunia luar, tak de sapa yg lebih pandai dan bijak darinya..maka, dia nak kuasai dunia..
so, jadilah dia mastermind dunia ni dan kita kenali sebagai dajjal..
…………..persamaan cerita ini ialah, mereka berdua ada ilmu yang kow2 tinggi..
satu ilmu tinggi tapi di langit, dan satu lagi ilmu tinggi di bumi..maka, bergabung lah mereka supaya menjadi satu lagi ilmu yang di panggil (pendapat saja)..beyond nothingness…
mereka manipulasi manusia dari ilmu..tapi mereka lupa, ilmu tu dari ALLAh yang menjaga mereka dlm pengwasan malaikat..
kehadiran dua benda ni tidak lain tidak bukan sebagai test untuk kita supaya jadi more than them..
sebab first and final amanah kita dimuka bumi ini ialah:-
-jadi hamba ALLAH
-jadi khalifah ALLAH
camne nak jadi khalifah sedangkan ada ‘benda’ yang lebih bijak dan teratur sedang mengkucar-kacirkan dunia..
camne nak jadi hamba ALLAh jika iblis yang lagi bijak sedang mengawasi kita..
so..it simple enough..ilmu versus ilmu..
that first things mention dlm quran..IQRA..
well..kesimpulannya, biarpun ilmu tu dtg dari seketul batu, take that sebab positive/negative ilmu tu tetap dari ALLAH tapi at the end, the choices is in us..be ADAM or IBLIS…
B)

biar berbakul2 kita bincang hal depa ni yakni pak dee dan mr. ib ni..
rasanya, kita harus start dlm diri kita..kita akan berjuang untuk menjadi khalifah terbaik dan hamba ALLAH…
semua senang je kata..kita dah pun KHALIFAH dan dah pun HAMBANYA..hu3
kalu berani kata cam tu.memang hebat laa orgnya..sedangkan ISLAM pun bukan senang kak2 abg2 oii..
mana confirmationnya kita ISLAM..kata di mulut senang..tapi hakikatnya susah..
jalan ke neraka lagi banyak dari syurga..
so, kalu nak kalahkan iblis dan dajjal..
caranya senang je..
ISLAMkan diri anda..ha3
bagaimana?
ISLAM bererti selamat dari segala2nya even manipulasi..
cara?
awal agama mengenal ALLAH..
bagaimana kenal ALLAH?
caranya, bawa 4 serangkai dlm setiap kehidupan kita yakni syariat, tariqat, hakikat dan makrifat..
syariat tempat wujudnya kehidupan..
tariqat jalan menyaksikan 2 kalimah syahadah/ cuci diri
hakikat ketika dah mengenal dan menyaksikan rahsiaNYA
makrifat kembali pada asalnya insan yakni HAMBA ALLAH
nak jadi hamba ALLAH yang bagaimana?
mesti lah yang IKHLAS..
ikhlas bagaimana?
just do it tanpa harapkan apa2…
lagi detail…surah al-iklhas.. mari kita mengkaji…
jangan tanya saya, saya pun nak tanya anda..
senangkan senjata hadapi dajjal dan iblis
tapi, actually bunyi senang tapi amat2 lah sukar nak membuatnya..
usaha tu penting
dan segalanya atas izinNYA
jalan nabi muhammad dah molek..
nak tambah apa lagi…hu3
tu je perisai benteng dari fitnah dajjal
p/s: saya ni sembang lebat je..buatnya tidak..kalu sapa nak marah, marah lah, saya open jer..kalu nak pelekuk saya pun, silakan je..saya cuma nak belajar jek..tak mau jadi guru…..ha3…sama2lah kita saling lengkap melengkapi….tak de sapa pun yang sempurna..
Wednesday, March 11, 2009
aku tak suka tauge kenape?
campur dlm char kuey teow.......hmmm rangup...... ......tapi nak beli
taugeh tu kene buat eksperimen dulula...... ....
beli sket, jgn makan dulu........ .sebaliknya simpan dulu utk 3
hari........ ..pastu cuba bau taugeh tu lepas 3 hari
camane...... .....dan kalau boleh jgn beli taugeh yg kaler putih
berseri tu.......... ..
keputusan yg mungkin boleh didapati.... ......lepas 3 hari bau taugeh
tu hanching semacam..... ....bermakna taugeh tu disiram dgn urine aka
air kencing..... ......dan air urine tu la jugak menyebabkan kaler
putih berseri..... ........kalau nak tau taugeh keluaran bumiputera
senang jer, kaler dia mcm kekuningan sket dan cepat layu serta kurang
rangup, sebabnya langsung tak guna urine sebagai baja........
nih info dari pegawai opis aku yg pernah buat lawatan ke pusat2
penanaman taugeh dibeberapa negeri tertentu yg diusahakan oleh cha ya
nun alip........ ....siap terjumpa satu bilik khas simpan air kencing
utk disiram pada pokok2 taugeh tu.......... ..
dan kenapa taugeh jodik mangsa?..... ....sebabnya taugeh ni jenis pokok
menyimpan air siraman bulat2 terus dlm batangnya... .....tak spt
sayuran lain iaitu sayuran2 berdaun hijau yg mengalami fotosintesis
semasa proses penyerapan baja atau dgn erti kata lainnya air siraman
masuk ketanah dulu barulah akar menyerap dan proses fotosintesis
berjalan utk penyerapan zat2 dari baja........ ......
tak mcm taugeh dia serap terus ape yg kita siram sebab pertumbuhan
tumbesaran bukan secara fotosintesis. ......... ....tu sbbnya kalau
simpan dlm masa 3 hari bau dia wangiiiiiii semacham.... ......... .
so bagitaula kat sedara mara, kengkawan pasal nak mengenal taugeh2
hanching dgn taugeh2 bumiputera.. ......... ...
spesies-spesies moto
Motor yang paling moden … … MODENas
Motor yang ada hon … … … .. HONda
Motor yang paling best … … . Suzuki Best
Motor yang paling bahaya … .. Hurricane (honda)
Motor untuk ahli sukan … … . Yamaha Sport
Motor yang paling elegen … .. Modenas Elegen
Motor yang paling ego … … .. Yamaha Egos
Motor yang asyik menang jer .. Modenas Jaguh
Motor yang paling tajam … … Modenas Kriss
Motor yang lagi tajam … … .. Modenas Kriss II
Motor untuk menteri … … … . Yamaha Pasola
Motor untuk VVIP … … … … . Modenas Elit
motor paling tajam -> Blade, bukan kriss
motor paling seronok -> Excite
Motor tak guna pistol -> shogun
Motor paling cute -> Comel
Motor paling berahi -> passion
Motor paling jahat -> Bandit
Motor raksasa -> Ducatti monster
Motor paling best -> suzuki best?
Motor pandai karate -> kawasaki ninja
Motor red indian -> tomahawk
Motor cam terminator -> Eliminator
Motor yg lagi tajam dan ganaz dari Blade / Kriss -> FireBlade
Motor paling kaya -> goldwing
Motor kartun -> Yamaha YZF-600R Thundercat <- polis pakai ke motor ni? motor yang paling lama … … Yamaha Lagenda motor yang antivirus … … . Norton (motor lama) - symantec Motor yang ader kelas … … . EX5 Class motor yang satu kelas … … . EX5 Class 1 motor yang x stabil … … … Honda wave Motor yang paling laju di atas air ============> Motobot
Motor yang paling lama boleh bercakap==========> Motorola




































