Wednesday, May 11, 2011

:: mimpi ::


Aku bermimpi, matahari terbit di arah bertentangan. ketika itu, manusia masih alpa dengan keduniaan, dan bumi tetiba jadi semakin panas, dan aku nampak jin2 terbang di atas cari lautan, tapi habis kering. dan aku berada dalam ketakutan dan matahari betul2 makin dekat dgn bumi. Bumi mengalami keretakan, lava pancut keluar, kemudian boom2, aku bangun dari tidur. Dan sedar ini hanya lah mimpi. astaghfirullahalazim...




p/s- Nauzubillah min zalik

Sunday, March 20, 2011

Blog Baru


Aku dah buat blog baru dengan hobi baru

Kalau xsegan lawat la kat sini. zul.ink @photo

Thursday, February 24, 2011

:: Tips Buang FB photo viewer yang baru ::

Terkejut juga bila buka Facebook tadi, nampaknya pihak Facebook menambah satu aplikasi terbaru iaitu Facebook Photo Viewer atau juga dikenali Theater Box baru. Tapi sesetengah pengguna tak suka benda ni.

Ramai juga yang comment mengatakan aplikasi terbaru dari Facebook ni tak berguna. Ni antara comment yang diorang hantar kat Mark Zuckberang Lihat Comment Di Sini

So macam mana nak padam/disable/remove Facebook Photo Viewer ni.

CARA-CARA :

1)

2) ataupun kalau anda buka Photo Viewer tu, keluar juga benda menyemak tu, terus tekan je button F5 kat keyboard tu


3) ataupun anda boleh memakai plugins yang ditawarkan oleh browser anda, kelebihan memakai plugins ini adalah, automaticaly disable Photo Viewer tu :

Mozilla Firefox Add-on:
* Facebook Lightbox Killer

Google Chrome Extensions:
* No Thanks, Theaterbox
* Facebook Lightbox Killer

Monday, February 14, 2011

:: Unusual and Creative Handbag ::




Zipper Handbag

Banyak zip=banyak spare part.

Boot Bag

bot getah boleh bawak pi menoreh link

Rubik’s Cube Handbag

Rekaan Jean-Charles de Castelbaja. Penin pale nak siapkan kubik. link


Gun Handbags

Rekaan Ted Noten. link


LEGO Brick Bag

buat beg mancing ok la.


Xposed Handbag

nak bagi kastam konfius.link


Boombox Handbag

mat hiphop ngan rapper patut ada satu. link


Heel Shoe Handbag

kretip gak yg gini. link


Head Handbag

peh ngeri. cam kanibal lak. design yael mer. link


Keyboard Handbag

yg dok depan pc 24 jam bole beli 1.


Cassette Tape Handbag

besarrrr punya tape.


Watermelon Handbag

bulan posa xleh pakai beg ni.


Pursuader Handbag

geng mafia je pakai yg ni. link


PeaceKeeper Handbag

untuk keselamatan. link


Tinkerbell Handbag

peh..kejam2..xleh pakai yg ni. link


p/s - handbag? aku ada hipbag je..haha

Saturday, February 12, 2011

Raja Lawak 5 minggu 7


Apasal la aku nk wat entry pasal raja lawak 5 minggu 7 ni??

1. aku xtengok pon raja lawak 5 ni? cite bersiri ke?

2. Aku xde idea pon nak tulis pasal raja lawak ni.

3. Aku nak buat entry pasal ranking.. ahh malas dohh..aku bukan ada bnyak masa lapang..hahaha..

4. aku nk buat pasal peserta..aku mana kenal..sebab aku xtengok..aku aku rasa peserta yang pakai trademark aku lupeeee...tu cambest je..

5. ni semua pengaruh kid la ni soh aku wat entry pasal ni.. hahah..

6. sapa kid?? tah aku pon xkenal..blogger cam ko gak...


p/s - Ni testing je..klu jadi kang aku wat yang seriusss..

Monday, February 7, 2011

:: Backpack Creatif Design ::

kreatif design bagpack yang aku kutip seluruh dunia. Nak boh semua xmuat. sket2 dah la.

Dragon Back pack
Naga sakti


Guitar Backpack
gitar kapok


Gremlins Backpack
Gizmo.

Cycle Backpack
Bike saddle jadi bagpack

Boombox Backpack
bagpack ada speaker yg berintegrasi ngan amplifier.


Slim Laptop Backpack
bagpack laptop. bahan dari neoprene ringan.


Pet at Work Backpack
Bagpack rumah anjing. Kucing pon boleeee..



Vacuum Backpack
Ni vacuum daaa... bukan Bag..



Chewbacca Backpack
Gendong Wookiee



Darth Vader Backpack
Orang jahat!



R2-D2 Backpack
Droid R2-D2..



Yoda Backpack

Pakcik tua.

p/s - bagpack ka backpack? hahah... xpenting..aku pakai beg time nk balik kg je..nak pegi opis bawak beg gak. tapi kosong la. janggal kot pi keja tangan kosong..

Wednesday, February 2, 2011

:: Iklan Bangunan yang Kreatif ::

Company yang pandai menggunakan bangunan sebagai iklan yg kreatif.


Anando Milk Building
1. Iklan susu. Ni imaginasi budak la..bole susun bangunan. "Minum susu anda jadi sehat dan kuat" hehe

Vodafone Building Advertisement
2. BBH London telah mencipta iklan ini di luar Heathrow Terminal 1. Iklan tersebut sesuai dengan strategi Vodafone tentang “Make the most of now”

Pantene Shampoo Building Ad
3. Nak menunjukkan rambut jadi kuat. Orang bole panjat bangunan guna rambut. Kat Toronto ni.

GTA IV Building Advertisement
4. Iklan gergasi promosi Rockstar’s Grand Theft Auto IV.

Allstate Building
5. Untuk mempromosikan insurans kereta Allstate, sebuah kereta yang sebenarnya tergantung di tepi tempat letak kereta di Marina Towers, mercu tanda terkenal ditengah pusat bandar Chicago.


MBC ACTION TV Channel Building Ad
6. Pelekat yang diletakkan pada bangunan pejabat, memberikan ilusi seseorang yang melarikan diri sebab bosan ngan kerja.

Gigantic advertisement promoting RocLEGO Building Advertisement
7. Iklan LEGO kat Chile

Nike Building Advertisement
8. Bangunan pertama mengandungi gambar retak dalam bentuk orang berjalan,bangunan kedua
mempunyai iklan Nike yang sebenarnya, mencipta ilusi bahawa pelari berlari menerusi bangunan.


Coops Paint Building Advertisement
9.cat Kuning menitis dari sisi utara Gedung pusat bandar Atlas di Columbus,
Ohiomempromosikan cat Coop.

Powerhouse Gym Building Advertisement
10. iklan kempen Kreatif oleh Powerhouse Gym. badan ketak



Nike Building Advertisement
11. Bola gergasi sempena World Cup.


Powerful Fan Building Advertisement
12. iklan ditempatkan di belakang bangunan Haitong Shanghai untukmempromosikan kipas
angin elektrik baru yang kuat oleh Midea.

p/s - modal besar ni..

Sunday, January 30, 2011

:: Aku Kena pukul ::

29/01/2011-SABTU

1. Aku ada dinner company kat Marriot Hotel Putrajaya. Makan sedap bole tahan. Standard hotel la. kang ckp xsedap ckp demand lak. Acara sampai pukul 12 mlm. eh. 12 mlm tu aku da sampai rumah.

2. Kepala aku sakit gila kura. denyut2. ni mesti kes makan sup sirip monyet.

3. Nak tido mmg xdpt la. dah la sejuk gila kura sekali lg. tido atas lantai simen. peh...azab tulang sum2 aku.

30/01/2011-Ahad

1. jam 1.00 pagi. Bos call " Report ntuk Geology mesti ada atas meja saya sebelum pukul 9 pagi esok(isnin)! Kalau tak kamu akan saya ambil tindakan " tuttt tuttt tuttt..trus mati.

2. Peh...aku garu kepala yg botak licin ni...hmmm..Mmg masak la aku. mana sempat nk siapkan. dah la printer macam kekura. lambat...haih.

3. kepala aku yg tadi sakit gila kura dah jadi serabut gila kura. Aku btenggek depan rumah setinggan aku ni, tgk dinding rumah tinggal kat depan tu.

4. aku amek sweater housemate, pakai adidas sport shoes pinjam aku kuar jalan2 kat sungai tangkas ni. Mmg cara la jalan kat kampung ni kol 1-2 pagi.

5. Aku jalan sampi kat kedai runcit tu. tetiba dengar anjing menyalak. aku yg tkejut kura trus lari la... ble lak dai keja..harem tol. Dah penat aku lari. aku stop sergah anjing tu balik...mencicit lari...ceh kalu aku tau aku sergah awal2 je td.

6. Jam dah nk pukul 3 pagi. Mmber aku kol ajak tgk bola. " wei Chelsea lawan Everton.. dah 5-1 ni. jom la tgk.."...aku pon jalan balik.

7. Tetiba ada lebih 10 org kepung aku. nak pau duet aku.



gang fight malam tadi

8. aku kena pukul! 10 lawan 1 mana tahan. pakai kayu lak tu. Mula2 melawan gak. abeh klu dah libas kayu macam nk pukul bola golf, aku yg tepis aku la yg sakit.

9. Jam 7 pagi. Pastu aku da xsedar apa yg jadi pastu. sedar2 je dah de kat rumah. kepala aku rasa lain macam. xmampu nak angkat. Nak bangun pon xleh. setiap kali nk bangun mesti jatuh balik.

10. peh kepala rasa nak pitam. pastu trus pitam semula. dunia gelap.

11. jam 9 pagi. bagun siap2 nak wat report polis.

p/s - terasa perit tol nak menulis ni. Jari dah tgeliat.



p/s - cite kat atas tu suma xbetul. yg betul no 1. atas skali je.

Friday, January 28, 2011

:: Kenapa Doktor Pakai Baju Kaler Hijau dalam Bilik Bedah?


DALAM bilik bedah seringkali kelihatan doktor memakai baju hijau semasa bertugas.
Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan.

Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk.

Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau memang sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah.
Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan.
Melihat warna merah terus menerus menyebabkan sinyal warna merah di otak memudar sensiviti terhadap variasi warna merah.

Alasan lainnya adalah, terus-menerus berfokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor.
Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor.

[sumber :cyberita]


p/s - iskh..apa bedah2 ni... ngeri r aku...

Sunday, January 23, 2011

:: 12 Jenis Jam Loceng Yang Kreatif ::

Susah sangat nak bangun yee... Setiap kali jam bunyik (aku pakai hp je) pastu tutup balik. Golek sana sini baru bngun.. hehe.. klu mmbe aku ni lagi la...bunyik sampai kesut xbangun2. alih2 aku gak pi kejut.

Kat bawah ni ada beberapa jam yang kreatif. klu xbngun gak xtau la. Nak beli? Cari kat ebay je la... xmasuk Malaysia ni.


Clocky Alarm Clock
1. Jam ni akan melompat-lompat 3 meter tinggi. sampai korang bangun kejar nak tutup. boleh tido balik pastu? haha.. trus g mandi lerr bepeluh.

iSleep Alarm Clock
2. Bantal akan diisi ngan udara panas pas tutup laptop. ada muzik lepas tu alarm akan bunyik. tah aku xpaham..haha..

Pull Handle Alarm Clock

3. Yang ni kena tarik. Jam akan bunyik ble tarik tu dah sampai kat atas balik.

Shape Up Alarm Clock
4. Yang ni kena wat sampai 30 kali baru alarm stop... hahaha..gila.

Smash Alarm Clock

5. Kena ketuk baru alarm stop.

Directors Edition Alarm Clock
6. Ni bentuk je cam direktor clapper-board. so kena clap dulu la.

Carpet Alarm Clock
7. kena pijak tonyoh2 sket baru alarm stop.

Bacon Alarm Clock
8. Daging salai woi... alarm xbunyik...tapi bau daging..wow..trus sarap...

Paper Alarm Clock
9. Kena renyut jam tu baru xbunyik.

Gun Operated Alarm Clock
10. Pistol tu pakai laser je... nak tutup tembak pakai laser. Polis bole beli.

Silent Alarm Clock
11. Yg bulat2 tu cincin. so pakai kat jari. Dia cuma bgetar je ble nak bngun.

Pillow Alarm Clock

12. Bantal ni ada lampu LED. so korang akan bangun ble lampu ni menyala ..


p/s - klu dah tido mati tu bagi la jam gajah pon. xbngun jgak.