Wednesday, March 3, 2010

:::::MELAYU & NUSANTARA::::

Entry ni aku nak tulis secara serius sket. Mungkin berat nak terima. Apa yang aku nak tuls nanti jangan terima bulat-bulat. Fikir , fikir & bagi pandangan hehehe…aku ada beberapa persoalan dalam pala otak aku ni. So aku cari cari jupe la sket…so aku nak share sket.

1. Melaka. Kerajaan melayu yang sangat besar, tempat perdagangan yang terkenal boleh jatuh ke tangan Portugis di kawasan Nusantara sendiri.

2. Betul ke Orang Melayu dulu berperang dengan keris & tombak je?

3. Betul ke org Melayu dulu mundur? Xde teknologi?xde tulisan sendiri? Xde peradaban?

4. Asal usul org melayu dari mana?

Ada banyak blog @ forum yang bincang pasal ni. Tapi maseh ramai yang tak peka.

1. Empayar Melaka jatuh ke tangan Portugis sebab DURI DALAM DAGING! GUNTING DALAM SELIMUT! Klu nak tau search la sendiri. Nnt ckp aku rasis lak. Cuma bayangkan. Pusat perdagangan yang terbesar & terkenal, pasti ada pertukaran ilmu, budaya dan sebagainya. Sebelum 1511 China, Arab sudah ada teknologi bahan letupan. Hubungan sultan Melaka dengan China & Arab kan baik. Mustahil xde pertukaran ilmu perang! Pernah dengar pemuras?,istinggar? Itu la senjata api melayu zaman dulu selain keris yang diisisip di pinggang. Sebab keris adalah lambang Melayu! Keris adalah identiti Melayu! Pernah tgk cite Queen of Langkasuka? Cuba tgk dlm cite tu ada penggunaan meriam dan sebagainya. Percaya la cite tu bukan sekadar hiburan. Senjata, kapal mmg pernah wujud zaman dulu. Melayu dulu mmg sudah ada teknlogi tu. Bukan hanya duduk kat kampung dan tanam ubi.

2. Setiap tamadun ada tulisan sendiri. Melayu? Tulisan jawi tu sebenarnya diolah zaman Munsyi Abdullah. Sanskrit? Sanskrit digunapakai semasa kerajaan Srivijaya memerintah. Penggunaan tulisan sebelum tu tak digunapakai meluas sangat sebab tu xbnyak rekod & ramai yang buta huruf. Pernah direkodkan tulisan Melayu di jumpai di kampung Rencong dan dinamakan tulisan Rencong. Kenapa tulisan rencong? Bukan sanskrit? Sebab tulisan rencong lagi tua dari tulisan sanskrit. Peggunaan sanskrit lebih meluas masa tu. Macam skang ni. Nape xpakai tulisan jawi? Bentuk tulisan rencong ni lebih macam tulisan pepaku, sanskrit macam cacing hehehe…xsama.

3. Kewujudan Melayu ni dah lama. Cuba tgk kat candi Borobodur, angkor wat & monumen lain. Ukiran kat dinding yang menceritakan tamadun melayu dulu kala. Ukiran yang menunjukkan pahlawan dengan keris tersisip dipinggang siap bersampin. Dulu gempar, bila org jepun jumpa keris yang berusia ribuan tahun dalam laut. Itu tandanya melayu dulu pelayar yang handal.dah sampai jepun pon. Pastu salah satu kuil @ tokong yang lama ada ukiran keris. Kitab- kitab keagamaan hindu cam veda tu suma pon ada menyebut pasal melayu, kerajaan melayu, raja2 dari org melayu, kepulauan melayu.

4. Kaum Aztec, kaum Maya yang boleh bina piramid, yang boleh pandai astronomi, tapi kalah pada Sepanyol! Satu penjajah singgah terus lenyap dari muka bumi. Tapi Nusantara 4 penjajah datang. Melayu maseh wujud. Kenapa? Belanda, Portugis, british, sepanyol. Dorang bahagikan nusantara ni beberapa bahagian. Untuk melemahkan melayu ni. Nape dorang bersusah payah? Nape dorang xhapusan je macam yang dorang wat kat kaum Aztec & Kaum Maya, hapuskan terus. Monumen2 dimusnahkan(memusnahkan bukti peradaban bangsa lain lebih maju dari bangsa dorang) yang tinggal hanya piramid dan kalender Maya yang terkenal tu(tu pon sebab terpahat kat bongkah batu, klu tak xde dah). Rupanya nusantara ni ada satu RAHSIA!.

5. Sebenarnya aku pon xpasti. Ssh gak nak pecaya. Yela bila sekor cacing yang selalu berangan nak jadi naga tetiba dapat tau yang darah dia memang ada darah naga!. Tapi cacing tu pon xpasti betul ke tidak. Tapi bukti2 yang cacing tu jumpa menunjukkan yang dia mungkin keturunan naga.

6. Pelikkan bila bukti2 kewujudan bangsa melayu terpahat pada monumen2 bangsa2 lain, Tertulis dalam kitab agama, menjadi cerita rakyat kaitan sejarah yang bangsa melayu dulu kala sangat hebat.

7. Dulu seorang pengkaji mengatakan org melayu berasal dari Yunnan yang berhijrah. Mungkin betul. Kemudian seorang pengkaji lain membuat kajian DNA dan sangat mengejutkan dia mengatakan DNA org melayu sama 28% dengan DNA org Meditteranian. Makna nya org melayu bukan setakat berasal dari Yunnan saja. Malah lebih jauh lagi.

p/s - Bacalah ia sebagai mitos atau cerita lagenda yg diceritakan, yg kesahihan nya masih boleh dipertikaikan walau betapa tinggi classifcation rahsia seperti mana yg diwar-warkan.

- ASOBIYYAH yang sebenar ialah di negara-negara Arab.Rakyat Palestin kebuluran semasa serangan Gaza dan mengharapkan bekalan makanan dihantar melalui sempadan Mesir,tetapi Mesir bukan nak menghantar bekalan makanan malah menutup laluan bawah tanah yang selalu digunakan untuk menyalurkan bantuan.Mengapa nagara-negara Arab berpecah belah?Mereka Islam,jubah dan serban mereka lebih hebat dari orang Melayu TETAPI MEREKA TIDAK FAHAM ISLAM.Itu sahaja.

Katakan ini bukan asobiyyah,asobiyyah menjurus kepada perpecahan.INI MOTIVASI UNTUK MENAIKKAN SEMANGAT MELAYU.

No comments: