Pengarah Projek Taman Negara Pulong Tau, Pertubuhan Kayu-Kayan Tropika Antarabangsa (ITTO), Dr. Paul Chai Pang Kiong berkata, tiga imej kucing berkenaan berjaya dirakamkan oleh Jabatan Hutan Sarawak dan Sarawak Forestry Corporation (SFC) melalui perangkap kamera yang ditaja oleh Persatuan Kayu-Kayan Sarawak (STA).
"Kehadiran Kucing Merah itu membuktikan kepentingan Taman Negara Pulong Tau sebagai kawasan yang menjadi habitat spesies terancam dan jarang ditemui.
"Kali terakhir imej Kucing Merah berjaya dirakam ialah pada 2003 oleh perangkap kamera di Santuari Hidupan Liar Lanjak Entimau melalui satu penyelidikan bersama yang dipelopori Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pada 2003," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Memperincikan mengenai spesies Kucing Merah itu, Pang Kiong berkata, haiwan berkenaan berada dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semulajadi (IUCN).
Katanya, ia juga tersenarai dalam Apendiks II Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Flora dan Fauna Terancam (CITES) sekali gus merupakan spesies dilindungi di Sarawak.
"Saiz Kucing Merah yang matang biasanya menyamai kucing domestik yang besar, cuma ekornya amat panjang.
"Badannya mempunyai dua adunan warna iaitu merah lebih banyak berbanding kelabu," katanya.


Kucing Merah (bahasa Inggeris: Bay Cat) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia Nama sainsnya Felis badia.
Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara yang telah diiktiraf sebagai kepelbagaian raya "mega diversity" dari segi bilangan dan kepelbagaian flora dan fauna dengan 15,000 spesies pokok berbunga yang diketahui, 286 spesies mamalia, lebih 1,500 vertebratdarat, lebih 150,000 spesies invertebrat, lebih 1000 spesies rama-rama dan 12,000 spesies kupu-kupu, dan lebih 4,000 spesies ikan laut.
Taburan
Kucing Merah boleh didapati di Malaysia.
ciri - ciri
Kucing Merah adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrat), kelas Mamalia. Dalam aturan : , tergolong dalam keluarga : .Kucing Merah adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.
Jantung Kucing Merah terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.
Pembiakkan
Sebagai mamalia, Kucing Merah berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Kucing Merah akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari.
p/s - ceewahh tetiba post entry aku bersifat serius lak... muhahaha...
No comments:
Post a Comment