Thursday, February 16, 2012

Mohd Safee Mohd Sali aka safee sali

update 2012


selepas menjuarai piala AFF suzuki 2010 nama safee sali terus melonjak. Selangor adalah kelab terakhir beliau dalam kancah bola sepak negara sebelum berpindah ke ISL dan bermain untuk Pelita jaya. Tahniah sebab dah bergelar jutawan dalam arean bola sepak. gajinya dikhabarkan lebih kurang rm 100k sebulan..peh mak aih..main bole je kot. klu la ada gaji main facebook hari2 dapat gaji gak kan best huhu..



ni statistik mat safee ni..

yg terbaru cite pasal mamat ni





PENYERANG kebangsaan Mohd Safee Sali sentiasa bersedia untuk pulang ke pangkuan skuad Harimau Malaya jika khidmatnya masih diperlukan jurulatih K Rajagobal.

Biarpun kini sibuk memberi tumpuan bersama pasukan baru, Pelita Jaya FC yang bersaing dalam Liga Super Indonesia (ISL), Safee mengakui semangatnya tidak pernah luntur malah semakin memuncak untuk membantu skuad kebangsaan mengharungi pusingan pertama kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 Jun depan menentang Taiwan jika diberi peluang.

“Saya memang nak sangat mewakili skuad kebangsaan dan saya sentiasa bersedia jika dipanggil oleh jurulatih. Sebagai pemain Malaysia saya perlu memikul tanggung jawab itu apabila diperlukan,” katanya yang dihubungi Arena Metro semalam.

Bagaimanapun, Safee, 27, berkata dalam tempoh saingan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia itu nanti, kempen ISL sudah berakhir namun kemungkinan kelabnya masih menagih sentuhannya bagi mengharungi Piala Indonesia.

“Kalau ikut jadual liga sudah tamat 19 Jun tapi mungkin akan ada kejohanan lain. Kalau Pelita Jaya terbabit dalam perlawanan penting jadi kena ada perbincangan antara kedua-dua pihak (FAM dan Pelita Jaya) untuk membolehkan saya menyertai skuad kebangsaan,” jelasnya.

Malaysia akan berkunjung ke Taiwan pada perlawanan pertama pada 29 Jun ini sebelum beraksi di arena sendiri empat hari selepas itu manakala saingan kalah mati Piala Indonesia akan bermula pertengahan Mei depan dan final pada 30 Jun.
Safee mengakui, pernah dihubungi Rajagobal yang memberikan kata-kata semangat kepadanya sebelum perlawanan pertama menentang Sri Wijaya awal bulan lalu.
Pemain kelahiran Kajang itu antara tonggak utama skuad kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF Disember lalu dengan menghasilkan lima gol untuk muncul penjaring terbanyak kejohanan.
Kali terakhir Safee yang memiliki 27 caps di peringkat antarabangsa menyarung jersi kebangsaan ketika Malaysia menewaskan Hong Kong 2-0 pada perlawanan persahabatan 9 Februari lalu namun tidak dipanggil ketika seri 1-1 dengan kelab Liga Singapura, Etoile FC bulan lalu.
Dan setakat ini Safee berpuas hati dengan prestasinya bersama kelab baru yang berpangkalan di Karawang Jawa Barat itu apabila mengumpul empat gol dalam lima perlawanan.

“Prestasi saya bertambah baik dan amat gembira dapat menyumbang sesuatu kepada pasukan. Apa yang diharapkan agar pasukan ini dapat meneruskan rentak kemenangan,” katanya.

sumber berita harian 16/2/2012

No comments: