Showing posts with label Melayu. Show all posts
Showing posts with label Melayu. Show all posts

Tuesday, September 14, 2010

:: 109 ::

Parameswara

Jika Kerajaan Tanah Melayu Bertahan Cuma 109 Tahun..Adakah sejarah berulang kembali pada tahun 2066..Nobody know

Sedikit fakta dan myth disebalik hari ini dalam sejarah.

1. Kesultanan Melaka diasas oleh Parameswara seorang putera Srivijaya yg suatu hari telah melarikan diri dari negeri palembang apabila gerakan memburu dan destroy kerajaan Majapahit keatas kerajaan Palembang akibat perang untuk meluaskan tanah jajahan.

2. Akhirnya nasib menyebelahi sultan bila beliau selamat dari kena panah dan tombak pahlawan majapahit seterusnya dapat setup Melaka pada tahun 1402 dan tak lama sangat harapkan panas hingga kepetang rupanya hujan ditengahari tak disangka 109 tahun kemudian berakhirlah pada suatu petang pada 24 ogos 1511 apabila Viceroy Alfonso d'Albuquerque ( Portugis) attack menawan dan menakluk melaka sehinggalah 446 tahun kemudian barulah Tanah Melayu dapat dikembalikan kepada orang Melayu.

3. Dalam tempoh 109 tahun Melayu dapat membina sebuah tamadun berasaskan foundation nya tamadun Islam kerana 12 tahun membina Melaka Parameswara dah masuk islam pada 1414 bersama dengan rakyat dia sekali.

4. Dalam tempoh 109 tahun ni Melaka sangat kuat jugak bila 3 kali serangan large army dari Siam selamba pahlawan Melaka patahkan serangan mereka. Dari selatan kerajaan Majapahit (orang jawa) pulak menyerang tanpa belas kasihan selamba jugak pahlawan Melaka musnahkan mereka..Lebih memalukan bila pahlawan Majapahit yg terkuat Taming Sari berjaya Hang Tuah jinakkan dihadapan keraton Majapahit.

5. Kedatangan large fleet army diketuai Guang zhe ke Melaka membawa satu salam perdamaian dan juga menimbulkan ketakutan maksima pada musuh mereka bila puteri Hang Lipo kahwin dengan sultan Melaka waktu itu.

6. Begitulah hebatnya Tamadun Melayu selama 109 tahun dan ramai penulis dari pelusuk dunia, timur dan barat menulis tentang Empayar Melaka ini termasuklah Duart Barbarosa (portugis) who once wrote "He who is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice".

7. Apapun hari ini dalam sejarah tak bermakna apa2 untuk sesiapa yang reply "Ada aku kisah.."

p/s - aku xsuka sejarah. tapi aku suka sejarah<---gilos

Tuesday, August 31, 2010

::: reality & Merdeka::

Demmm....aku xleh nk tido...bongok tol. pejam mata xmau lena lak....pejam celik ejam celik da nak pukui 2...aaargggghhhh.....

eh lupa lak... "SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA"...... merdeka tang mana xtau.

Rakyat Malaysia da kena tipu bulat², bujuq²....kita mana penah kena jajah. haram btui bangsa Eropah ni. depa mai wat kacau. declare kita kena jajah. bakaq manuskrip pastu putaq belit sejarah. kita hat buta hurup ni pon angguk2 geleng ja. pastu sejarah2 melayu tu suma diolah dijadi kan teks ntuk dibrainwash dari kecik. gud jub*q.

tun sri lanang(sejarah melayu) & Abdullah Abdul Kadir Munsh. merupakan sasterawan melayu. tpi penulisan depa banyak bcampor ngan sumber2 inggeris yg da diputar belit. karya2 dorang dibawa balik ke eropah dulu baru diserahkan balik ke mesia(da photoshop r tu). nak tau lebih lanjut. kaji la sumber2 manuskrip yg maseh ada kat universiti oversea sana.


hehehe...gammba ni xde kena mengena ngan merdeka. ske hati aku la nak post natang pa pon. blog aku. banyak mulot lak. keterangan gamba: reality kehidupan. believe it!......

Friday, April 23, 2010

:::melayu dahulukala::::

:::Haaa ni gambaq org2 melayu dulu2....dah lama dalam simpanan..meh kita tgk ramai2...sebenarnya ada banyak lagi tapi kebanyakkan ada kat luar negara. gamba ni dlm tahun 1860 an klu xsilap....area melaka mungkin.






p/s - satu kampung tu begambaq...time ni xpandai nak hunga2 lagi...xpandai peace2 lagi...huhuhu

Thursday, March 25, 2010

:::Who am I? #3:::

sambungan dari episod#2



2) Berasal dari Nusantara

1. J. Crawfurd : kajian perbandingan bahasa yang ada di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia. Beliau berpendapat bahawa asal bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal daripada bahasa di Pulau Jawa (bahasa Jawa) dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera (bahasa Melayu). Bahasa Jawa dan bahasa Melayulah yang merupakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara ini.

J. Crawfurd menambah hujahnya dengan bukti bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaan yang tinggi dalam abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah mengalami perkembangan budaya beberapa abad lamanya. Beliau sampai pada satu kesimpulan bahawa:

(a) Orang Melayu itu tidak berasal dari mana-mana, tetapi malah merupakan induk
yang menyebar ke tempat lain.
(b) Bahasa Jawa ialah bahasa tertua dan bahasa induk daripada bahasa yang lain.

2. K. Himly : kajiannya terhadap perbandingan bunyi dan bentuk kata bahasa Campa dan pelbagai bahasa di Asia Tenggara menyangkal pendapat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu Polinesia serumpun dengan bahasa Campa.

3. P.W. Schmidt : kajiannya berdasarkan struktur ayat dan perbendaharaan kata bahasa Campa dan Mon-Khmer. Beliau mendapati bahawa bahasa Melayu yang terdapat dalam kedua-dua bahasa di atas merupakan bahasa ambilan sahaja.


4. Sutan Takdir Alisjahbana: ketika menyampaikan Syarahan Umum di Universiti Sains Malaysia (Julai 1987) menggelar bangsa yang berkulit coklat yang hidup di Asia Tenggara, iaitu Thailand Selatan, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, dan Filipina Selatan sebagai bangsa Melayu yang berasal daripada rumpun bangsa yang satu. Mereka bukan sahaja mempunyai persamaan kulit bahkan persamaan bentuk dan anggota badan yang berbeza daripada bangsa Cina di sebelah timur dan bangsa India di sebelah barat.


5. Gorys Keraf : di dalam bukunya Linguistik bandingan historis (1984) mengemukakan teori Leksikostatistik dan teori Migrasi bagi mengkaji asal usul bangsa dan bahasa Melayu. Setelah mengemukakan hujah tentang kelemahan pendapat terdahulu seperti: Reinhold Foster (1776), William Marsden (1843), John Crawfurd (1848), J.R. Logan (1848), A.H. Keane (1880), H.K. Kern (1889), Slametmuljana (1964), dan Dyen (1965) beliau mengambil kesimpulan bahawa "...negeri asal (tanahair, homeland) nenek moyang bangsa Austronesia haruslah daerah Indonesia dan Filipina (termasuk daerah-daerah yang sekarang merupakan laut dan selat), yang dulunya merupakan kesatuan geografis".

Pendapat lain yang tidak mengakui bahawa orang Melayu ini berasal dari daratan Asia mengatakan bahawa pada Zaman Kuarter atau Kala Wurn bermula dengan Zaman Ais Besar sekitar dua juta sehingga lima ratus ribu tahun yang lalu. Zaman ini berakhir dengan mencairnya ais secara perlahan-lahan dan air laut menggenangi dataran rendah. Dataran tinggi menjadi pulau. Ada pulau yang besar dan ada pulau yang kecil. Pemisahan di antara satu daratan dengan daratan yang lain berlaku juga kerana berlakunya letusan gunung berapi atau gempa bumi. Pada masa inilah Semenanjung Tanah Melayu berpisah dengan yang lain sehingga kemudian dikenali sebagai Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Pulau Kalimantan, dan pulau lain di Indonesia.


p/s - Bacalah ia sebagai mitos atau cerita lagenda yg diceritakan, yg kesahihan nya masih boleh dipertikaikan walau betapa tinggi classifcation rahsia seperti mana yg diwar-warkan.

- ASOBIYYAH yang sebenar ialah di negara-negara Arab.Rakyat Palestin kebuluran semasa serangan Gaza dan mengharapkan bekalan makanan dihantar melalui sempadan Mesir,tetapi Mesir bukan nak menghantar bekalan makanan malah menutup laluan bawah tanah yang selalu digunakan untuk menyalurkan bantuan.Mengapa nagara-negara Arab berpecah belah?Mereka Islam,jubah dan serban mereka lebih hebat dari orang Melayu TETAPI MEREKA TIDAK FAHAM ISLAM.Itu sahaja.

Katakan ini bukan asobiyyah,asobiyyah menjurus kepada perpecahan.INI MOTIVASI UNTUK MENAIKKAN SEMANGAT MELAYU.

- Copyright dari blog M.O.

Monday, March 8, 2010

:::Who am I? #2:::

:::MELAYU & NUSANTARA:::

Episode #2





"But while he was still living, he gave
gifts to the sons of his wife (Keturah)..."
(Genesis 25:6 New International Version)

Hari ini para cendekiawan,pengkaji sejarah,pakar antropologi dan ahli geneologi mencari-cari dari manakah datangnya satu bangsa yang dipanggil MELAYU ini.Sejarah kewujudan bangsa ini masih misteri. Pengkaji menemui bukti dan penemuan dari pelbagai bangsa,negara mahupun budaya yang mempunyai kaitan dengan bangsa Melayu.


Banyak pencanggahan dalam meriwayatkan Bangsa ini kerana bukti yang tersebar merata tempat dan budaya. Tidak seperti bangsa Inggeris yang diketahui berasal dari tiga suku-suku purba Jerman iaitu Angles (dari sini terbit kata Anglo dan seterusnya English),Saxon dan Jutes.Juga bangsa Iran yang berasal dari bangsa Madyan Purba (Medea Empire) sebelum kehadiran Empayar Acheamenid dan Sassanid dan kelahiran Emperor-emperor agung seperti Cyrus,Xerxes dan Darius.


  1. Para pengkaji menemui tanda-tanda di beberapa kawasan di dunia yang sama dengan apa yang ditemui di Kepulauan Melayu.Antara yang paling terkenal adalah penemuan kapak tua dari Asia Tengah oleh R.H. Geldern dan gendang Dongson di Vietnam Utara. Kajian tentang sosio-budaya di tempat-tempat lain dikatakan mirip bangsa Melayu seperti etnik-etnik Tibet,kaum asli di Taiwan dan Kepulauan Jepun dan bukti-bukti transformasi budaya di beberapa kawasan pedalaman China,Indochina (MOn,Khmer,Campa) dan Kepulauan Asia Pasifik.





    Terdapat dua perbandingan asal usul orang Melayu.

    1. Daripada utara (Asia Tengah)
    2. Berasal daripada Nusantara.


    1) Berasal dari Asia Tengah

    1. R.H. Geldern : seorang ahli prasejarah dan menjadi guru besar di Iranian Institute and School for Asiatic Studies telah membuat kajian tentang asal usul bangsa Melayu. Sarjana yang berasal dari Wien, Austria.

      Kajian : kapak tua (beliung batu). Beliau menemui kapak yang diperbuat daripada batu itu di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang. Bentuk dan jenis kapak yang sama, beliau temui juga di beberapa tempat di kawasan Nusantara.

      Kesimpulan : tentulah kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu ini.

    2. J.H.C. Kern ; seorang ahli filologi Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan pelbagai bahasa Austronesia.

      Kajian : berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan nama perahu. Beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik .Perkataan tersebut di antara lain ialah: padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan, dan ubi.

      Kesimpulan : Bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di Asia.


    3. W. Marsden : kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu dan bahasa Polinesia (bahasa yang digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik) merupakan bahasa yang serumpun.
    4. E. Aymonier dan A. Cabaton : mendapati bahasa Campa
      serumpun dengan bahasa Polinesia,


    5. Hamy : berpendapat bahawa bahasa Melayu dan bahasa Campa merupakan warisan daripada bahasa Melayu Kontinental. Di samping keserumpunan bahasa,


    1. W. Humboldt : kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu (terutama bahasa Jawa) telah banyak menyerap
      bahasa Sanskrit yang berasal dari India.


    1. J.R. Foster : kajiannya berdasarkan pembentukan kata berpendapat bahawa terdapat kesamaan pembentukan kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Polinesia. Beliau berpendapat bahawa kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa yang lebih tua yang dinamainya Melayu Polinesia Purba.


    1. Ahli filologi, A.H. Keane : berkesimpulan bahawa struktur
      bahasa Melayu
      serupa dengan bahasa yang terdapat di Kampuchea.


    1. J.R. Logan : kajiannya berdasarkan adat resam suku bangsa mendapati bahawa ada persamaan adat resam kaum Melayu dengan adat resam suku Naga di Assam (di daerah Burma dan Tibet). Persamaan adat resam ini berkait rapat dengan bahasa yang mereka gunakan. Beliau mengambil kesimpulan bahawa bahasa Melayu tentulah berasal dari Asia.



    1. G.K. Nieman dan R.M. Clark : kajian mereka berdasarkan adat resam dan bahasa mendapati bahawa daratan Asia merupakan tanah asal nenek moyang bangsa Melayu.

      Dua orang sarjana Melayu, iaitu
      Slametmuljana dan Asmah Haji Omar juga menyokong pendapat di atas.


    1. Slametmuljana : penyelidikannya berdasarkan perbandingan bahasa, sampai pada suatu kesimpulan bahawa bahasa Austronesia yang dalamnya termasuk bahasa Melayu, berasal dari Asia.


Asmah Haji Omar membuat huraian yang lebih terperinci lagi. Beliau berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara ini tidaklah sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui daratan, iaitu Tanah Semenanjung, melalui Lautan Hindi dan ada pula yang melalui Lautan China. Namun, beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya asal bahasa mereka satu dan perbezaan yang berlaku kemudian adalah kerana faktor geografi dan komunikasi. Dengan demikian, anggapan bahawa bahasa Melayu Moden merupakan perkembangan daripada bahasa Melayu Klasik, bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Kuno itu asalnya daripada bahasa Melayu Purba merupakan anggapan yang keliru.

Kajian mendapati bahawa bahasa Melayu Moden berasal daripada bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Induk. Bahasa Melayu Induk berasal daripada bahasa Melayu Purba yang juga merupakan asal daripada bahasa Melayu Kuno. Kajian ini juga memperlihatkan bahawa bahasa Melayu Moden bukanlah merupakan pengembangan daripada dialek Johor-Riau dan bahasa Melayu Moden tidak begitu rapat hubungannya dengan dialek yang lain (Da, Db, dan Dn). Dialek yang lain berasal daripada Melayu Induk manakala dialek Johor-Riau berasal daripada Melayu Klasik.
Berikut ini akan diperlihatkan cara perpindahan orang Melayu dari Asia Tengah tersebut.

(a) Orang Negrito

Menurut pendapat Asmah Haji Omar sebelum perpindahan penduduk dari Asia berlaku, Kepulauan Melayu (Nusantara) ini
telah ada penghuninya yang kemudian dinamai sebagai penduduk asli. Ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa mereka yang tinggal di Semenanjung Tanah Melayu ini dikenali sebagai orang Negrito. Orang Negrito ini diperkirakan telah ada sejak tahun 8000 SM (Sebelum Masihi). Mereka tinggal di dalam gua dan mata pencarian mereka memburu binatang. Alat perburuan mereka diperbuat daripada batu dan zaman ini disebut sebagai Zaman Batu Pertengahan. Di Kedah sebagai contoh, pada tahun 5000 SM, iaitu pada Zaman Paleolit dan Mesolit, telah didiami oleh orang Austronesia yang menurunkan orang Negrito, Sakai, Semai, dan sebagainya.

(b) Melayu-Proto

Berdasarkan pendapat yang mengatakan bahawa orang Melayu ini berasal dari Asia Tengah, perpindahan tersebut (yang pertama) diperkirakan pada tahun 2500 SM. Mereka ini kemudian dinamai sebagai Melayu-Proto. Peradaban orang Melayu-Proto ini lebih maju sedikit daripada orang Negrito. Orang Melayu-Proto telah pandai membuat alat bercucuk tanam, membuat barang pecah belah, dan alat perhiasan. Kehidupan mereka berpindah-randah. Zaman mereka ini dinamai Zaman Neolitik atau Zaman Batu Baru.

(c) Melayu-Deutro

Perpindahan penduduk yang kedua dari Asia yang dikatakan dari daerah Yunan diperkirakan berlaku pada tahun 1500 SM. Mereka dinamai Melayu-Deutro dan telah mempunyai peradaban yang lebih maju daripada Melayu-Proto. Melayu-Deutro telah mengenal kebudayaan logam. Mereka telah menggunakan alat perburuan dan pertanian daripada besi. Zaman mereka ini dinamai Zaman Logam. Mereka hidup di tepi pantai dan menyebar hampir di seluruh Kepulauan Melayu ini.

Kedatangan orang Melayu-Deutro ini dengan sendirinya telah mengakibatkan perpindahan orang Melayu-Proto ke pedalaman sesuai dengan cara hidup mereka yang berpindah-randah. Berlainan dengan Melayu-Proto, Melayu-Deutro ini hidup secara berkelompok dan tinggal menetap di sesuatu tempat. Mereka yang tinggal di tepi pantai hidup sebagai nelayan dan sebahagian lagi mendirikan kampung berhampiran sungai dan lembah yang subur. Hidup mereka sebagai petani dan berburu binatang. Orang Melayu-Deutro ini telah pandai bermasyarakat. Mereka biasanya memilih seorang ketua yang tugasnya sebagai ketua pemerintahan dan sekaligus ketua agama. Agama yang mereka anuti ketika itu ialah animisme.


p/s - Bacalah ia sebagai mitos atau cerita lagenda yg diceritakan, yg kesahihan nya masih boleh dipertikaikan walau betapa tinggi classifcation rahsia seperti mana yg diwar-warkan.

- ASOBIYYAH yang sebenar ialah di negara-negara Arab.Rakyat Palestin kebuluran semasa serangan Gaza dan mengharapkan bekalan makanan dihantar melalui sempadan Mesir,tetapi Mesir bukan nak menghantar bekalan makanan malah menutup laluan bawah tanah yang selalu digunakan untuk menyalurkan bantuan.Mengapa nagara-negara Arab berpecah belah?Mereka Islam,jubah dan serban mereka lebih hebat dari orang Melayu TETAPI MEREKA TIDAK FAHAM ISLAM.Itu sahaja.


Katakan ini bukan asobiyyah,asobiyyah menjurus kepada perpecahan.INI MOTIVASI UNTUK MENAIKKAN SEMANGAT MELAYU.

- Copyright dari blog M.O.


Friday, March 5, 2010

:::Who am I? #1:::


:::MELAYU & NUSANTARA:::


Episode #1


1. Sejarah melayu nusantara terpahat pada monument- monument bangsa lain.
2. Identity melayu(keris) terpahat & dijumpai pada kuil2 lama dan berusia ribuan tahun.
3. Kisah melayu dalam kitab2 kuno & menjadi cerita rakyat bangsa lain
4. DNA melayu 28% DNA mediteranian.

"...sent them away from his son Isaac to the land of the east."

(Genesis 25:6 New International Version)

Merupakan petikan daripada Kitab Injil yang menyimpan satu kunci rahsia berkenaan bangsa misteri yang bergerak dari wilayah Kanaan dan Sumeria (Mesopotamia)ke Timur (the promise land)bagi mengembangkan keturunan manusia seperti yang diperintahkan Tuhan.

Bangsa misteri inilah yang dikatakan menurunkan pelbagai bangsa Asia dari tempat asal mereka iaitu Asia Barat dan Asia Tengah di mana dari situlah bermulanya peradaban manusia.

1. Bangsa dalam perjalanan ke timur telah melalui pelbagai kisah dan asimilasi. Membina kota-kota purba, menyertai peperangan dan membina empayar. Proses tersebut mengalami ribuan tahun yang mewujudkan kepelbagaian bahasa,personality dan wajah bangsa ini.

2. “Apakah yang dimaksudkan dengan alter?Alter dalam bahasa mudah adalah personaliti tambahan atau pun personaliti lain yang selalunya akan muncul apabila di'suis' dalam keadaan tertentu.Istilah alter sebenarnya berasal dari istilah mindcontrol di mana alter ini muncul setelah seseorang individu mengalami teknik mindcontrol tertentu contohnya teknik berasaskan-trauma.

Contoh yang paling mudah ialah apabila seseorang dikejar oleh anjing yang garang.Secara tiba-tiba orang tadi akan berlari sepantas-pantasnya sehingga dia sendiri merasa hairan dengan kemampuan dirinya yang luarbiasa itu.Padahal setiap kali pertandingan larian 100 meter,dialah yang tercorot (misalnya).

Juga jika seseorang yang dianggap lemah dalam sesuatu perkara,secara tiba-tiba menjadi begitu bersemangat dan gagah bila menyentuh perkara yang lain.”(M.O)

3. Alter ini juga yang tersebunyi dalam setiap bangsa misteri ini. Menunggu masa untuk keluar.

4. “Menurut kajian geneologi setakat ini,Nabi Ibrahim (Abram,Abraham) mempunyai tiga orang isteri,iaitu Sarah,Hajar dan yang terakhir Keturah.Sarah telah melahirkan Ishak (Isaac) manakala Hajar (Hagar) pula melahirkan Ismail (Ishmael).Keturah pula melahirkan enam orang anak iaitu Zimran,Jokshan,Medan,Midian,Ishbak dan Shuah.Nabi Ishak menurunkan bangsa Yahudi manakala Nabi Ismail menurunkan bangsa Arab.Kebanyakan teks-teks Judeo-Kristian mahupun Islam banyak menceritakan riwayat kedua-dua orang isteri Nabi Ibrahim ini tetapi lain pula dengan Keturah,isteri bongsu Nabi Ibrahim.Sarah,iaitu mempunyai pertalian keluarga dengan Nabi Ibrahim diketahui jelas berasal dari Tanah Kanaan iaitu tempat Nabi Ibrahim tinggal,manakala Hajar pula berasal dari keluarga diraja Firaun Mesir.Namun majoriti teks-teks Yahudi dan Kristian mendefinisikan Keturah sebagai 'unknown nationality'”(M.O).Persoalannya,

"Siapakah Keturah ini?"

5. Berdasarkan teks Yahudi kuno. Telah ditakdirkan keturunan dari Keturah ini lahirnya bangsa-bangsa penakluk seperti Chaldea,Media dan Parsi yang mewarisi bangsa Sumeria,Akkadia,Assyria,Babylon ,cucu cicit Nabi Nuh dari jurai keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s.

6. Dalam teks Yahudi Kuno mengatakan kelak akan lahir bangsa-bangsa penakluk yang menjadi musuh orang Israel dari saudara mereka sebelah Keturah.Selama beribu-ribu tahun bangsa Yahudi diperangi,dibuli dan dikacau oleh bangsa-bangsa ganas dan kejam yang teramat gagah ini sehingga dibayangkan di dalam hikayat-hikayat mereka sebagai 'raksasa','orang gasar(barbarian)','kaum yang ganas' dan sebagainya.Jika kita lihat kisah Nabi Musa yang ingin kaumnya memasuki Tanah Palestin,di mana kaum Yahudi berkeras tidak mahu memasukinya kerana terdapat 'kaum yang ganas' di dalam Palestin dan sanggup mengeluarkan kata-kata,

"Biarlah engkau saja yang pergi berperang dengan mereka bersama Allah,dan kami menunggu di sini" (Kisah Nabi Musa)

7. Bangsa Yahudi diturunkan dari jurai keturunan Nabi Ishak di mana anaknya Yaakub telah digelar sebagai isra' yang bermaksud suka berjalan malam akibat dari kegemaran Nabi Yaakub yang berjalan malam.Dari Nabi Yaakub ini turunlah anak-anaknya termasuk Levi,Yusuf,Bunyamin dan Yahudza.Di sini kita dapat mengesan perkataan yang memaparkan karakter Yahudi seperti Levi dan Yahudza.Bunyamin (Benjamin) pula adalah adik kesayangan Nabi Yusuf.

8. Sebelum bangsa Yahudi dijarah kembali dengan bangsa-bangsa keturunan Keturah seperti Media (Madyan) dan Babilon (Babil) serta Chaldea (Kaldan) yang mula merampas tanah-tanah mereka dan mula mengganas memusnahkan kediaman mereka bangsa Yahudi hidup bermalas-malasan sambil mengharap belas ihsan bangsa-bangsa yang lebih gagah dari mereka.

9. Bangsa Yahudi menjadi bangsa hamba di bawah pemerintahan bangsa-bangsa hebat yang menjajah mereka berkurun lamanya secara bersilih ganti.Bangsa ini pernah dibawa beramai-ramai ke kota Babilon untuk dijadikan hamba,pencacai,buruh kasar,kuli dan orang gaji dibawah kekuasaan Emperor Nebuchadnezzar (Buktanassar) dalam keadaan hina dengan dirantai kaki dan tangan mereka.Pada masa ini semua suhuf-suhuf dan Taurat telah dibakar oleh pemerintah dan hanya segelintir dari mereka berjaya menyimpan dan menghafal isi kitab itu secara sembunyi-sembunyi.

10. Diwaktu pemerintahan Babilon inilah bangsa Yahudi telah banyak tersesat jauh dengan mengamalkan sihir dan penyembahan syaitan akibat kekurangan ajaran agama dan tekanan hidup yang tinggi.Mereka mula mengabdikan diri kepada amalan spiritual yang pelik-pelik dengan harapan syaitan akan membantu mereka melepaskan mereka dari penderitaan di bawah penjajahan bangsa Babilon.Disinilah bermulanya amalan 'Babilonian Magic' yang menjadi asas Sihir Gematria,Necronomicon,Kultus Pentagram,Ramalan Tarot dan Persaudaraan Ular Iblis menyebabkan terjadinya insiden Harut dan Marut seperti yang dikisahkan dalam AlQuran.


Kegilaan bangsa Yahudi ini dalam mempelajari sihir telah menjauhkan mereka dari hidayah Tuhan dan menyebabkan ramai nabi diutus kepada mereka bagi membetulkan akhlak mereka.

11. Keturah bermaksud kemenyan atau pun wangi-wangian yang kadangkala digunakan dalam upacara ritual.Dari sini kita dapat menyelusuri susurgalur bangsa Melayu sebagai bangsa spiritual.

*Keturah di khemah sebelah kanan bersama-sama 6 anaknya.Diambil dari teks Yahudi kuno.

p/s - Bacalah ia sebagai mitos atau cerita lagenda yg diceritakan, yg kesahihan nya masih boleh dipertikaikan walau betapa tinggi classifcation rahsia seperti mana yg diwar-warkan.

- ASOBIYYAH yang sebenar ialah di negara-negara Arab.Rakyat Palestin kebuluran semasa serangan Gaza dan mengharapkan bekalan makanan dihantar melalui sempadan Mesir,tetapi Mesir bukan nak menghantar bekalan makanan malah menutup laluan bawah tanah yang selalu digunakan untuk menyalurkan bantuan.Mengapa nagara-negara Arab berpecah belah?Mereka Islam,jubah dan serban mereka lebih hebat dari orang Melayu TETAPI MEREKA TIDAK FAHAM ISLAM.Itu sahaja.

Katakan ini bukan asobiyyah,asobiyyah menjurus kepada perpecahan.INI MOTIVASI UNTUK MENAIKKAN SEMANGAT MELAYU.

Wednesday, March 3, 2010

:::Who am I?:::

:::::MELAYU & NUSANTARA::::


Entry ni aku nak tulis secara serius sket. Mungkin berat nak terima. Apa yang aku nak tuls nanti jangan terima bulat-bulat. Fikir , fikir & bagi pandangan hehehe…aku ada beberapa persoalan dalam pala otak aku ni. So aku cari cari jupe la sket…so aku nak share sket.

1. Melaka. Kerajaan melayu yang sangat besar, tempat perdagangan yang terkenal boleh jatuh ke tangan Portugis di kawasan Nusantara sendiri.

2. Betul ke Orang Melayu dulu berperang dengan keris & tombak je?

3. Betul ke org Melayu dulu mundur? Xde teknologi?xde tulisan sendiri? Xde peradaban?

4. Asal usul org melayu dari mana?

Ada banyak blog @ forum yang bincang pasal ni. Tapi maseh ramai yang tak peka.

1. Empayar Melaka jatuh ke tangan Portugis sebab DURI DALAM DAGING! GUNTING DALAM SELIMUT! Klu nak tau search la sendiri. Nnt ckp aku rasis lak. Cuma bayangkan. Pusat perdagangan yang terbesar & terkenal, pasti ada pertukaran ilmu, budaya dan sebagainya. Sebelum 1511 China, Arab sudah ada teknologi bahan letupan. Hubungan sultan Melaka dengan China & Arab kan baik. Mustahil xde pertukaran ilmu perang! Pernah dengar pemuras?,istinggar? Itu la senjata api melayu zaman dulu selain keris yang diisisip di pinggang. Sebab keris adalah lambang Melayu! Keris adalah identiti Melayu! Pernah tgk cite Queen of Langkasuka? Cuba tgk dlm cite tu ada penggunaan meriam dan sebagainya. Percaya la cite tu bukan sekadar hiburan. Senjata, kapal mmg pernah wujud zaman dulu. Melayu dulu mmg sudah ada teknlogi tu. Bukan hanya duduk kat kampung dan tanam ubi.

2. Setiap tamadun ada tulisan sendiri. Melayu? Tulisan jawi tu sebenarnya diolah zaman Munsyi Abdullah. Sanskrit? Sanskrit digunapakai semasa kerajaan Srivijaya memerintah. Penggunaan tulisan sebelum tu tak digunapakai meluas sangat sebab tu xbnyak rekod & ramai yang buta huruf. Pernah direkodkan tulisan Melayu di jumpai di kampung Rencong dan dinamakantulisan Rencong. Kenapa tulisan rencong? Bukan sanskrit? Sebab tulisan rencong lagi tua dari tulisan sanskrit. Peggunaan sanskrit lebih meluas masa tu. Macam skang ni. Nape xpakai tulisan jawi? Bentuk tulisan rencong ni lebih macam tulisan pepaku, sanskrit macam cacing hehehe…xsama.

3. Kewujudan Melayu ni dah lama. Cuba tgk kat candi Borobodur, angkor wat & monumen lain. Ukiran kat dinding yang menceritakan tamadun melayu dulu kala. Ukiran yang menunjukkan pahlawan dengan keris tersisip dipinggang siap bersampin. Dulu gempar, bila org jepun jumpa keris yang berusia ribuan tahun dalam laut. Itu tandanya melayu dulu pelayar yang handal.dah sampai jepun pon. Pastu salah satu kuil @ tokong yang lama ada ukiran keris. Kitab- kitab keagamaan hindu cam veda tu suma pon ada menyebut pasal melayu, kerajaan melayu, raja2 dari org melayu, kepulauan melayu.

4. Kaum Aztec, kaum Maya yang boleh bina piramid, yang boleh pandai astronomi, tapi kalah pada Sepanyol! Satu penjajah singgah terus lenyap dari muka bumi. Tapi Nusantara 4 penjajah datang. Melayu maseh wujud. Kenapa? Belanda, Portugis, british, sepanyol. Dorang bahagikan nusantara ni beberapa bahagian. Untuk melemahkan melayu ni. Nape dorang bersusah payah? Nape dorang xhapusan je macam yang dorang wat kat kaum Aztec & Kaum Maya, hapuskan terus. Monumen2 dimusnahkan(memusnahkan bukti peradaban bangsa lain lebih maju dari bangsa dorang) yang tinggal hanya piramid dan kalender Maya yang terkenal tu(tu pon sebab terpahat kat bongkah batu, klu tak xde dah). Rupanya nusantara ni ada satu RAHSIA!.
5. Sebenarnya aku pon xpasti. Ssh gak nak pecaya. Yela bila sekor cacing yang selalu berangan nak jadi naga tetiba dapat tau yang darah dia memang ada darah naga!. Tapi cacing tu pon xpasti betul ke tidak. Tapi bukti2 yang cacing tu jumpa menunjukkan yang dia mungkin keturunan naga.

6. Pelikkan bila bukti2 kewujudan bangsa melayu terpahat pada monumen2 bangsa2 lain, Tertulis dalam kitab agama, menjadi cerita rakyat kaitan sejarah yang bangsa melayu dulu kala sangat hebat.

7. Dulu seorang pengkaji mengatakan org melayu berasal dari Yunnan yang berhijrah. Mungkin betul. Kemudian seorang pengkaji lain membuat kajian DNA dan sangat mengejutkan dia mengatakan DNA org melayu sama 28% dengan DNA org Meditteranian. Makna nya org melayu bukan setakat berasal dari Yunnan saja. Malah lebih jauh lagi.

*ukiran seakan keris.

p/s - Bacalah ia sebagai mitos atau cerita lagenda yg diceritakan, yg kesahihan nya masih boleh dipertikaikan walau betapa tinggi classifcation rahsia seperti mana yg diwar-warkan.

- ASOBIYYAH yang sebenar ialah di negara-negara Arab.Rakyat Palestin kebuluran semasa serangan Gaza dan mengharapkan bekalan makanan dihantar melalui sempadan Mesir,tetapi Mesir bukan nak menghantar bekalan makanan malah menutup laluan bawah tanah yang selalu digunakan untuk menyalurkan bantuan.Mengapa nagara-negara Arab berpecah belah?Mereka Islam,jubah dan serban mereka lebih hebat dari orang Melayu TETAPI MEREKA TIDAK FAHAM ISLAM.Itu sahaja.

Katakan ini bukan asobiyyah,asobiyyah menjurus kepada perpecahan.INI MOTIVASI UNTUK MENAIKKAN SEMANGAT MELAYU.