Monday, January 3, 2011

::Khairul Fahmi @ Apek jadi Goalkeeper Man U?::


ok.. Piala Suzuki AFF dah abeh. dengan kemenangan berpihak kepada Malaysia agregat 4-2 bertemu Indonesia. Dah bape lama generasi baru cam aku ni tunggu nak tgk pasukan Harimau Malaya ni gah dalam arena bolasepak..... 2011 sukan sea pertahankan la Emas... yeaaahhh...

tu baru intro.. yg bes aku nk cite ni.. pasal apek ni.. sape apek? banyak ke dia juala sayur... malas gak aku nak cite... klu korang google kat blog.. melambak2 org buat entry pasal dia ni...

ok. td aku surf intenet(isnin 3/1/2011) belek2.. wow... khairul fahmi nak dilamar alex fergusan menggantikan van der sar jadi keeper man u.. bear tol? tak caya.. cuba tgk gamba yg aku print screen ni....klu rabun bole klik kasi besar..




bagus gak la aku rasa ngan pasukan harimau malaya. rata2 player berumur bawah 24 tahun.. peh..aku harap klu harimau malaya down pasni pon penyokong tak mencemuh cam dulu2.. bila menang diangkat hero.. bila kalah.. azab bai...
haa ni aku print screen dari utusan melayu lak..layan je la yok..


Khairul fahmi @ apek skang dah jadi cam satu fenomena... tetiba je.. org yg xminat bola dah mula2 syok bola.. huhuh..(cam orang tu).. kejor sebijik bola...hhaa

tapi kan.. klu dah jadi fenomena ni... macam2 la kluar... awek2 kawan2 suma nak mengaku.. hahaha.. tipikal la kan.. org dah tkenal..contoh paling bes..

"apek tu junior aku tu..."
"fahmi tu satu kampung ngan aku..."
" alaa.. dulu2 aku penah main bola ngan dia ni..."

hahaha.. cit podahhh... hiaq tuihhhh.... dah femes suma nak mengaku... lagi bes..peminat fanatik ni sanggup wat apa saja... cam yg aku print screen kat atas tu... sampaikan paper utusan melayu pon kena tipu... muhahahaha.... klu korang nak tau... website tu tipu je... mula2 aku pon tertipu.. tapi kalu korang pandai cari kesalahna.. cari ler kat mana yg salah tu... tajamkan mata korang ye... hohoh..

selamat mencari...ni link click...

p/s-setakat klab indon ada la nak amek player malaysia ni... org ckp.. klu kita dok kat atas... jgn nak hidung tinggi mendabik dada... nnt jatu malu... tgk la indon tu.. mula2 menang 5-1.. dah macam2... skali kalah ngan mesia.. amek ko...kita pon jgn ler over..beereh doh...

Saturday, January 1, 2011

:: teknik mengambil gambar yang betul::

Musim skang ni ramai yg dok gila DSLR. aku pong...hahaha....dah betaun da ni..

ok xpe walaupun aku xde DSLR bole je aku amek gamba pakai henpon. cun lg dari org yg amek pakai DSLR. apa yg penting. pandai cari angle, pandai edit.(nak sedapkan hati ni).


jom la layan gamba bes. ni la contoh2 teknik ntuk ambik gamba yg betul. baru la bole digelar photographer. klu xbole nak master teknik ni. jual je DSLR korang kat aku. murah2 je dah. hohoho







tongek-tongek

style la lu bro.





acewah...agogogo..

kekuda kena kuat beb

teknik tahan kencing

kung fu sholin hiahhhh jass..


p/s - eleee.. nak gelakkan org..korang pon sama laa...



Friday, December 17, 2010

:: Sempit ::



"jangan sempitkan pemikiran anda!"

-iklan ini ditaja

:: Kantoi ::

KANTOI





P/S - muhahaha

:: Gunting Rambut ::

Aku dah lama xpontong pendek. potong trim sket2 je. Aku ada terpikir nak botakkan kepala aku. bagi rambut baru yg fresh tumbuh. hohooh...sanggup ke? hahah..weh dulu pon aku botak pale hape. masa aku jadi kadet dulu. xde kesah pasal minyak rambut, syampu, sikat selama 3 tahun.

aku teringat time aku skolah dulu. rambut aku agak panjang la dulu. so satu hari ni, kami cabar satu sama lain( geng2 kelas yg xpenah berambut pendek) potong botak. time outing hari sabtu (xingat tarikh) aku botakkan kepala (no 1). hahah..ramai tkejut la. so hari ahad nak g kelas. aku jadi segan. peh. dah la perhimpunan. apa lagi aku pakai songkok la pi skolah. siot tol kena perli ngan cikgu..." ai zul tukar imej ke?"

setiap kali kelas aku dia gelak. sampai dia nak ngajar pon xleh sbb asyik gelakkan aku.. hareemmmm....

2-3 hari la pakai songkok. pastu bukak. biar botak baru seksi. muhahaha...

lepas peristiwa tu. aku dah xtakut botak lagi.. hehehe



p/s - ada bran ke?

Wednesday, December 8, 2010

:: Perihal Facebook ::

Maybe dah lewat nak cite pasal fb ni. yela tgh top skang. actually DULU aku pon sangat addictd ngan fb ni. pas bosan ngan friendster. macam jakun dowh hahaa...main2 game...pastu main sebat je add friend yg xkenal.. sebab nak tambah geng dalam game. tapi fb ni ada bnyak keburukkan.



Beberapa syntom yang boleh mencapai tahap bahaya Facebook :-
1. Pembaziran masa.Dengan teknologi sekarang selain komputer ,handphone dan sebagainya yang boleh mengakses internet,masa yang digunakan untuk berhadapan dengan Facebook akan berlarutan lama berjam-jam .Pengawalan dan perancangan masa penting untuk mengelak tahap bahaya Facebook ini.
2. Profil pengguna .

Sebaik-baiknya informasi diri tidak diperincikan sangat.Cukuplah setakat yang membolehkan rakan-rakan lama atau baru mengenali kita.Awas! satu keruntuhan rumahtangga telah dilaporkan akibat si isteri telah meletakkan statusnya sebagai "single".Si suami mungkin rasa tersinggung atau dikhianati.

3. Waspada gambar anda.Gambar-gambar yang dimuat naik mungkin akan menjadi bahan mainan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab dengan tujuan memalukan atau menghina.

4. Gangguan daripada orang yang tidak dikenali.Awas jangan mudah terpedaya atau lemas dengan ayat-ayat perangkap.Ini mungkin amat sedikit namun sebagai ingatan kepada remaja-remaja yang bersemangat mencari teman "online" .Anda berhak untuk menolak pelawaan atau ajakan orang yang hanya anda kenali melalui Facebook. Apa-apa sekalipun manafaatkan lah Facebook untuk kebaikan dan sikap berhati-hati perlu diamalkan demi kesejahteraan diri,keluarga dan komuniti dalam facebook itu sendiri.





ni aku amek kat page rozmey...aduiii..camni sngal pon ada ..hohoho

Monday, November 29, 2010

:: Andrenalin aku melimpah ::

29/11/2010-isnin.

Adrenalina (juga dikenali sebagai adrenalin) adalah hormon dan neurotransmitter . Ia meningkatkan denyutan jantung, kontrak pembuluh darah, melebarkan saluran udara dari sistem saraf simpatik . kimia, adrenalina adalah sebuah katekolamin, monoamina yang hanya dihasilkan oleh kelenjar adrenal dari asid amino fenilalanin dan tirosin.

tu maksud andrenalin yg aku cedok dari wikipedia. Senang cite perasaan teruja la. Teruja kat sini bagi aku teruja yg bahaya. muhahaha...(gelak jahat). Ok, meh aku cite time bila andrenalin aku melimpah2.

1. Bawak moto laju2 sampai habes throttle kat highway speed lane.
- pergh..mmg jadik igauan r.. bawak moto lane 3 ni...pulaih throttle sampai mneran moto pon xkesah..janji puas..hahaha...

2. Bawak moto laju2 selit2 time jem.
- haha...yg ni mmg berpeluh habes. paling syok time ulang alik selayang-bangi time keje kat ukm pakarunding dulu. terbaikkkk...pastu masuk highway zussss....

3. main game apetah kat genting highland.
- time kat atas tu dah rasa usus masuk perut...perut lak dah sampai trakea..tapi main lagi.

4. bawak keta laju2 memotong dalam hujan waktu malam jalan bengkang bengkok kat kawasan berbukit!
- jalan yg ni kat jalan tun saadon. jalan bukit baru nak ke balik pulau. selalu aku pegi balik pulau..memalam...kekadang hujan.. klu mendaki tu..besa la keta slowww je mndaki...aku yg darah mamalia ni (darah panas) mana tahan nak folo belakang je. pantang nampak peluang...mmg zap la...biar la kat koner pon...muhahha(gelak jahat). bila nak potong..tuka gear..tekan minyak..zap...mmg berenti darah..bila dah lepas mmg puas...penah tgk Initial D? yg pakai AE86 tu..haaa...camtu la aku lagak gayanya time tu...

tapi 26/11/2010-jumaat ritu. mmg buat aku terasa andrenalin aku kuar ikut hidung... sbb pe?
1. haritu aku terlupa yg aku pakai kelisa je. ( biasa aku pakai keta yg aku dah tau kemampuan kat bukit camna)
2. time tgh mendaki.
3. aku potong lori sayoq
4. xnampak kenderaan depan.

time tgh nak potong lori sayoq tu...jalan depan klear....pastu lupa aku bawak kelisa...cam siput la nk potong....TETIBA..lori hantu dtg dari depan...perghhh..xsempat nk break...nak tekan minyak dah xpegi dah...."ohhhh...aku bawak kelisa" aku himpit tgh2...antara lori sayoq ngan lori hantu...phhhhh.... sib bek muat....



camni la lebih kurang keadaan dia..hohoho....ngeri wo0o0....kering andrenalin wo0o0...

Saturday, November 13, 2010

:: komik lawak gila siput babi ::

:: Koleksi komik yg aku cedok dari blog org..huhuh...dah xingat lama dah aku cilok. cam bes gak komik2 lawak bodo piang ni. klu bosan2 layan bole gelak sorang2.

Hari ni hari sabtu 13/11/2010. aku kat kg. sepatutnya aku keje rini. hehe.. sori geng. kg aku baru pas banjir. so nak tolong2 parent aku apa yg patut. 2-3 hari lagi nak raya haji. ni kali kedua banjir besar. kali pertama masa aku baru lahir. 24 tahun yg lepas. tahun 1986- 2010.









p/s - syukur. maseh dapat bernafas lagi.

Friday, October 15, 2010

::: Seni Pensel :::

Siapa yang sangka, dari ketajaman mata pensel yang selalunya digunakan untuk melakarkan sebuah seni, boleh juga dijadikan sebuah seni terus hanya dari mata pensel itu sendiri.




















Sunday, October 10, 2010

::: 101010 :::

1. hari ni besday aku 10 oct 2010 yg ke-24.

2. hari ni aku kena flight ke miri.

3. aku sangat letih

4. xde celebrate pon besday.

5. aku xsuka celebrate besday sendri sbb aku xpenah pon & xdiajar pon celebrate.

6. hari ni aku marah. satu hari. dalam hati.

7. aku benci org celebrate besday aku! bg hadiah! cukup la bg hati aku senang. xperlu lebih2.

8. aku kena kerja esok. 24/7.

9. xde masa nk seronok2.

10. tapi org fikir aku dtg miri bole seronok2.

11. kenapa org masih xpercaya aku? kenapa org fikir jahat2 pasal aku? jahat ka aku?

12. mmg aku jahat terima kasih.

13. terima kasih kerna fikir aku jahat selamanya.

p/s - aku nk jadi jahat semula. as what u thought

Tuesday, September 14, 2010

:: 109 ::

Parameswara

Jika Kerajaan Tanah Melayu Bertahan Cuma 109 Tahun..Adakah sejarah berulang kembali pada tahun 2066..Nobody know

Sedikit fakta dan myth disebalik hari ini dalam sejarah.

1. Kesultanan Melaka diasas oleh Parameswara seorang putera Srivijaya yg suatu hari telah melarikan diri dari negeri palembang apabila gerakan memburu dan destroy kerajaan Majapahit keatas kerajaan Palembang akibat perang untuk meluaskan tanah jajahan.

2. Akhirnya nasib menyebelahi sultan bila beliau selamat dari kena panah dan tombak pahlawan majapahit seterusnya dapat setup Melaka pada tahun 1402 dan tak lama sangat harapkan panas hingga kepetang rupanya hujan ditengahari tak disangka 109 tahun kemudian berakhirlah pada suatu petang pada 24 ogos 1511 apabila Viceroy Alfonso d'Albuquerque ( Portugis) attack menawan dan menakluk melaka sehinggalah 446 tahun kemudian barulah Tanah Melayu dapat dikembalikan kepada orang Melayu.

3. Dalam tempoh 109 tahun Melayu dapat membina sebuah tamadun berasaskan foundation nya tamadun Islam kerana 12 tahun membina Melaka Parameswara dah masuk islam pada 1414 bersama dengan rakyat dia sekali.

4. Dalam tempoh 109 tahun ni Melaka sangat kuat jugak bila 3 kali serangan large army dari Siam selamba pahlawan Melaka patahkan serangan mereka. Dari selatan kerajaan Majapahit (orang jawa) pulak menyerang tanpa belas kasihan selamba jugak pahlawan Melaka musnahkan mereka..Lebih memalukan bila pahlawan Majapahit yg terkuat Taming Sari berjaya Hang Tuah jinakkan dihadapan keraton Majapahit.

5. Kedatangan large fleet army diketuai Guang zhe ke Melaka membawa satu salam perdamaian dan juga menimbulkan ketakutan maksima pada musuh mereka bila puteri Hang Lipo kahwin dengan sultan Melaka waktu itu.

6. Begitulah hebatnya Tamadun Melayu selama 109 tahun dan ramai penulis dari pelusuk dunia, timur dan barat menulis tentang Empayar Melaka ini termasuklah Duart Barbarosa (portugis) who once wrote "He who is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice".

7. Apapun hari ini dalam sejarah tak bermakna apa2 untuk sesiapa yang reply "Ada aku kisah.."

p/s - aku xsuka sejarah. tapi aku suka sejarah<---gilos

Saturday, September 4, 2010

::Perbezaannya Antara Lelaki Dan Perempuan::


Perbezaannya Antara Lelaki Dan Perempuan

1. Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.

2. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.

3. Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.

4. Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.

5. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

6. Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.

7. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda.

8. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama;

9. Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehem...dan macam-macam lagi.

10. Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.

11. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.

Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal 2 pagi.

Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan digeselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli.Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta.Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang.

Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang.

Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang menyayangi.