Tuesday, September 14, 2010

:: 109 ::

Parameswara

Jika Kerajaan Tanah Melayu Bertahan Cuma 109 Tahun..Adakah sejarah berulang kembali pada tahun 2066..Nobody know

Sedikit fakta dan myth disebalik hari ini dalam sejarah.

1. Kesultanan Melaka diasas oleh Parameswara seorang putera Srivijaya yg suatu hari telah melarikan diri dari negeri palembang apabila gerakan memburu dan destroy kerajaan Majapahit keatas kerajaan Palembang akibat perang untuk meluaskan tanah jajahan.

2. Akhirnya nasib menyebelahi sultan bila beliau selamat dari kena panah dan tombak pahlawan majapahit seterusnya dapat setup Melaka pada tahun 1402 dan tak lama sangat harapkan panas hingga kepetang rupanya hujan ditengahari tak disangka 109 tahun kemudian berakhirlah pada suatu petang pada 24 ogos 1511 apabila Viceroy Alfonso d'Albuquerque ( Portugis) attack menawan dan menakluk melaka sehinggalah 446 tahun kemudian barulah Tanah Melayu dapat dikembalikan kepada orang Melayu.

3. Dalam tempoh 109 tahun Melayu dapat membina sebuah tamadun berasaskan foundation nya tamadun Islam kerana 12 tahun membina Melaka Parameswara dah masuk islam pada 1414 bersama dengan rakyat dia sekali.

4. Dalam tempoh 109 tahun ni Melaka sangat kuat jugak bila 3 kali serangan large army dari Siam selamba pahlawan Melaka patahkan serangan mereka. Dari selatan kerajaan Majapahit (orang jawa) pulak menyerang tanpa belas kasihan selamba jugak pahlawan Melaka musnahkan mereka..Lebih memalukan bila pahlawan Majapahit yg terkuat Taming Sari berjaya Hang Tuah jinakkan dihadapan keraton Majapahit.

5. Kedatangan large fleet army diketuai Guang zhe ke Melaka membawa satu salam perdamaian dan juga menimbulkan ketakutan maksima pada musuh mereka bila puteri Hang Lipo kahwin dengan sultan Melaka waktu itu.

6. Begitulah hebatnya Tamadun Melayu selama 109 tahun dan ramai penulis dari pelusuk dunia, timur dan barat menulis tentang Empayar Melaka ini termasuklah Duart Barbarosa (portugis) who once wrote "He who is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice".

7. Apapun hari ini dalam sejarah tak bermakna apa2 untuk sesiapa yang reply "Ada aku kisah.."

p/s - aku xsuka sejarah. tapi aku suka sejarah<---gilos

Saturday, September 4, 2010

::Perbezaannya Antara Lelaki Dan Perempuan::


Perbezaannya Antara Lelaki Dan Perempuan

1. Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.

2. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.

3. Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.

4. Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.

5. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

6. Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.

7. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda.

8. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama;

9. Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehem...dan macam-macam lagi.

10. Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.

11. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.

Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal 2 pagi.

Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan digeselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli.Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta.Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang.

Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang.

Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang menyayangi.

Thursday, September 2, 2010

::baby tidur::

:: teknik baru nak tidurkan baby. ajaibnya kaedah ni dijumpai seorang bapa yg secara tak senggaja. anaknya yg asyik menagis tanpa henti2 meyebabkan si bapa tertekan. si bapa mula memicit2 pipi dan menarik mukaa baby . selang beberapa minit. babynya tertidur. muhahahaha,..... ada ka aptut...

Tuesday, August 31, 2010

::: reality & Merdeka::

Demmm....aku xleh nk tido...bongok tol. pejam mata xmau lena lak....pejam celik ejam celik da nak pukui 2...aaargggghhhh.....

eh lupa lak... "SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA"...... merdeka tang mana xtau.

Rakyat Malaysia da kena tipu bulat², bujuq²....kita mana penah kena jajah. haram btui bangsa Eropah ni. depa mai wat kacau. declare kita kena jajah. bakaq manuskrip pastu putaq belit sejarah. kita hat buta hurup ni pon angguk2 geleng ja. pastu sejarah2 melayu tu suma diolah dijadi kan teks ntuk dibrainwash dari kecik. gud jub*q.

tun sri lanang(sejarah melayu) & Abdullah Abdul Kadir Munsh. merupakan sasterawan melayu. tpi penulisan depa banyak bcampor ngan sumber2 inggeris yg da diputar belit. karya2 dorang dibawa balik ke eropah dulu baru diserahkan balik ke mesia(da photoshop r tu). nak tau lebih lanjut. kaji la sumber2 manuskrip yg maseh ada kat universiti oversea sana.


hehehe...gammba ni xde kena mengena ngan merdeka. ske hati aku la nak post natang pa pon. blog aku. banyak mulot lak. keterangan gamba: reality kehidupan. believe it!......

Sunday, August 29, 2010

:: lawak ujang::



kekke....yg atas2 tu da hilang la.. muhuhuhu....yg aku ingat bapak dia mintak anak dia amek "BAJU HUJAN" muhahahaa

:: tangga bergerak bergambar:::

::: Bebeapa iklan kreatif yg biasa kita jumpa kat pasaraya. hmmm...oversea..... malaysia. xde kot. rasanya. iklan kreatif ni pakai ekskelator(btui ke eja) @ tangga lift. jom usha.











p/s- hmm....malas dah nak nulis.. uhahaha

Tuesday, August 10, 2010

:: Selamat Berpuasa 2010 ::

Hari ni 10/08/2010
SELASA

Esok da nak berpuasa. Selamat berpuasa bagi muslimin & muslimat. Banyakkan beramal dalam bulan posa ni.

sekadar mengingat bagi yg terlupa.

Niat Puasa



Doa berbuka

p/s - buta kan mata, pekak kan telinga, bisukan lidah, kepada perkara2 yg disukai syaitan.

Monday, August 9, 2010

:: The Onn Legacy ::

Aku xmau tulis pape. nak post image je.


:: Red Indian adalah Penganut Islam ::

Persoalan???

kaum red indian di amerika penganut Islam?

jom selidik. btul ke apa yg aku jumpa ni???


Jika Anda berkunjung Washington DC, datanglah ke Perpustakaan Kongres (Library of Congress). Lantas, mintalah transkip perjanjian pemerintah Amerika Syarikat dengan suku Cherokee, salah satu suku Indian, tahun 1787. Di sana akan ditemukan tanda tangan Kepala Suku Cherokee saat itu, bernama AbdeKhak dan Muhammad Ibnu Abdullah.

Isi perjanjian itu antara lain adalah hak suku Cherokee untuk melangsungkan keberadaannya dalam perdagangan, perkapalan, dan bentuk pemerintahan suku cherokee yang saat itu berdasarkan hukum Islam. Lebih lanjut, akan ditemukan cara berpakaian suku Cherokee yang menutup aurat sedangkan kaum laki-lakinya memakai turban (surban) dan terusan hingga sebatas lutut.


Berbicara tentang suku Cherokee, tidak lari dari individu bernama Sequoyah. Ia adalah orang asli suku cherokee yang berpendidikan dan menghidupkan kembali Syllabary suku mereka pada 1821. Syllabary adalah semacam aksara. Jika kita sekarang mengenal abjad A sampai Z, maka suku Cherokee memiliki aksara sendiri.


Yang membuatnya sangat luar biasa adalah aksara yang dihidupkan kembali oleh Sequoyah ini mirip sekali dengan aksara Arab. Bahkan, beberapa tulisan masyarakat cherokee pada abad ke-7 yang ditemukan terpahat pada bebatuan di Nevada sangat mirip dengan perkataan ”Muhammad” didalam bahasa Arab.
Nama-nama suku Indian dan ketua sukunya yang berasal dari bahasa Arab tidak hanya ditemukan pada suku Cherokee (Shar-kee), tapi juga Anasazi, Apache, Arawak, Arikana, Chavin Cree, Makkah, Hohokam, Hupa, Hopi, Mahigan, Mohawk, Nazca, Zulu, dan Zuni. Bahkan, beberapa ketua puak suku Indian juga mengenakan tutp kepala khas orang Islam. Mereka adalah Kepala Suku Chippewa, Creek, Iowa, Kansas, Miami, Potawatomi, Sauk, Fox, Seminole, Shawnee, Sioux, Winnebago, dan Yuchi. Hal ini ditunjukkan pada foto-foto tahun 1835 dan 1870.


Secara umum, suku-suku Indian di Amerika juga percaya adanya Tuhan yang menguasai alam semesta. Tuhan itu tidak tercapai oleh panca indera. Mereka juga meyakini, tugas utama manusia yang diciptakan Tuhan adalah untuk memuja dan menyembah-Nya. Seperti penuturan seorang Ketua Suku Ohiyesa : ”In the life of the Indian, there was only inevitable duty-the duty of prayer-the daily recognition of the Unseen and the Eternal”. Bukankah Al-Qur’an juga memberitakan bahawa tujuan penciptaan manusia dan jin semata-mata untuk beribadah pada Allah.!

***************************************************************************************
Bagaimana ketua suku Indian Cheeroke itu seorang muslim?

Sejarahnya panjang,

Semangat orang-orang Islam dan Cina saat itu untuk mengenal lebih jauh planet (tentunya saat itu nama planet belum terdengar) tempat tinggalnya selain untuk melebarkan pengaruh, mencari jalur perdagangan baru dan tentu saja memperluas dakwah Islam mendorong beberapa di antara mereka untuk melintasi kawasan yang masih dianggap 'gelap' dalam peta-peta mereka pada ketika itu.

Beberapa nama tetap begitu tersohor sampai saat ini bahkan hampir semua orang pernah mendengarnya sebut saja Cheng Ho dan Ibnu Batutta, namun beberapa lagi hampir-hampir tidak terdengar dan hanya tercatat pada buku-buku akedemik.

Para ahli geografi dan intelektual dari kalangan muslim yang mencatat perjalanan ke benua Amerika itu adalah Abul-Hassan Ali Ibn Al Hussain Al Masudi (meninggal tahun 957), Al Idrisi (meninggal tahun 1166), Chihab Addin Abul Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300 – 1384) dan Ibn Battuta (meninggal tahun 1369).

Menurut catatan ahli sejarah dan ahli geografi muslim Al Masudi (871 – 957), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad seorang navigator muslim dari Cordoba di Andalusia, telah sampai ke benua Amerika pada tahun 889 Masehi. Dalam bukunya, ‘Muruj Adh-dhahab wa Maadin al-Jawhar’ (The Meadows of Gold and Quarries of Jewels), Al Masudi melaporkan bahwa semasa pemerintahan Khalifah Spanyol Abdullah Ibn Muhammad (888 – 912), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad berlayar dari Delba (Palos) pada tahun 889, menyeberangi Lautan Atlantik, hingga mencapai wilayah yang belum dikenal yang disebutnya Ard Majhoola, dan kemudian kembali dengan membawa berbagai harta yang menakjubkan.

Sesudah itu banyak pelayaran yang dilakukan mengunjungi daratan di seberang Lautan Atlantik, yang gelap dan berkabut itu. Al Masudi juga menulis buku ‘Akhbar Az Zaman’ yang memuat bahan-bahan sejarah dari pengembaraan para pedagang ke Afrika dan Asia.Dr. Youssef Mroueh juga menulis bahwa selama pemerintahan Khalifah Abdul Rahman III (tahun 929-961) dari dinasti Umayah, tercatat adanya orang-orang Islam dari Afrika yang berlayar juga dari pelabuhan Delba (Palos) di Sepanyol ke barat menuju ke lautan lepas yang gelap dan berkabut, (Lautan Atlantik). Mereka beroleh kembali dengan membawa barang-barang bernilai yang diperolehnya dari tanah yang asing.

Beliau juga menuliskan menurut catatan ahli sejarah Abu Bakr Ibn Umar Al-Gutiyya bahwa pada masa pemerintahan Khalifah Spanyol, Hisham II (976-1009) seorang navigator dari Granada bernama Ibn Farrukh tercatat meninggalkan pelabuhan Kadesh pada bulan Februari tahun 999 melintasi Lautan Atlantik dan mendarat di Gando (Kepulaun Canary).

Ibn Farrukh berkunjung kepada Raja Guanariga dan kemudian melanjutkan ke barat hingga melihat dua pulau dan menamakannya Capraria dan Pluitana. Ibn Farrukh kembali ke Sepanyol pada bulan Mei 999.

Perlayaran melintasi Lautan Atlantik dari Magribi dicatat juga oleh penjelajah laut Shaikh Zayn-eddin Ali bin Fadhel Al-Mazandarani. Kapalnya berlepas dari Tarfay di Magribi pada zaman Sultan Abu-Yacoub Sidi Youssef (1286 – 1307) raja keenam dalam dinasti Marinid. Kapalnya mendarat di pulau Green di Laut carebbean pada tahun 1291. Menurut Dr. Morueh, catatan perjalanan ini banyak dijadikan rujukan oleh ilmuwan Islam.

Sultan-sultan dari kerajaan Mali di Afrika barat yang beribukota di Timbuktu, ternyata juga melakukan perjalanan sendiri hingga ke benua Amerika. Sejarawan Chihab Addin Abul-Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300 – 1384) memerinci eksplorasi geografi ini dengan seksama. Timbuktu yang kini dilupakan orang, dahulunya merupakan pusat peradaban, perpustakaan dan keilmuan yang maju di Afrika. Ekpedisi perjalanan darat dan laut banyak dilakukan orang menuju Timbuktu atau bermula dari Timbuktu.


Sultan yang tercatat dalam sejarah hingga ke benua baru saat itu adalah Sultan Abu Bakari I (1285 – 1312), saudara dari Sultan Mansa Kankan Musa (1312 – 1337), yang telah melakukan dua kali ekspedisi melintas Lautan Atlantik hingga ke Amerika dan bahkan menyusuri sungai Mississippi.

Sultan Abu Bakari I melakukan eksplorasi di Amerika tengah dan utara dengan menyusuri sungai Mississippi antara tahun 1309-1312. Para penjelajah ini berbangsa Arab. Dua abad kemudian, penemuan benua Amerika diabadikan dalam peta berwarna Piri Re’isi yang dibuat tahun 1513, dan dipersembahkan kepada raja Ottoman Sultan Selim I tahun 1517. Peta ini menunjukkan belahan bumi bahagian barat, Amerika selatan dan bahkan benua Antartika, dengan penggambaran pesisiran Brasil secara cukup terperinci.
Columbus sendiri mengetahui bahwa orang-orang Carib (Caribbean) adalah pengikut Nabi Muhammad. Dia faham bahwa orang-orang Islam telah berada di sana terutama orang-orang dari Pantai Barat Afrika. Mereka mendiami Caribbean, Amerika Utara dan Selatan. Namun tidak seperti Columbus yang ingin menguasai dan memperbudak rakyat Amerika. Orang-Orang Islam datang untuk berdagang dan bahkan beberapa menikahi orang-orang pribumi.
Lebih lanjut Columbus mengakui pada 21 Oktober 1492 dalam pelayarannya antara Gibara dan Pantai Kuba melihat sebuah masjid (berdiri di atas bukit dengan indahnya menurut sumber tulisan lain). Sampai saat ini sisa-sisa reruntuhan masjid telah ditemukan di Kuba, Mexico, Texas dan Nevada.

Dan tahukah anda? 2 orang nahkoda kapal yang dipimpin oleh Columbus kapten kapal Pinta dan Nina adalah orang-orang muslim yaitu dua bersaudara Martin Alonso Pinzon dan Vicente Yanex Pinzon yang masih keluarga dari Sultan Magribi Abuzayan Muhammad III (1362). [THACHER,JOHN BOYD: Christopher Columbus, New York 1950]
Dan mengapa hanya Columbus saja yang sampai saat ini dikenal sebagai penemu benua amerika? Kerana saat terjadi pengusiran kaum yahudi dari sepanyol sebanyak 300000 orang yahudi oleh raja Ferdinand yang Kristian, kemudian orang-orang yahudi mencari dana untuk pelayaran Columbus dan berita ‘penemuan benua Amerika’ dikirim pertama kali oleh Christopher Columbus kepada kawan-kawannya orang Yahudi di Sepanyol.

Pelayaran Columbus ini nampaknya haus publikasi dan diperlukan untuk menciptakan legenda sesuai dengan ‘pesanan penaja’ Yahudi sang penyandang dana.Maka tampak ada ketidak-jujuran dalam menuliskan fakta sejarah tentang penemuan benua Amerika. Penyelewengan sejarah oleh orang-orang Yahudi yang terjadi sejak pertama kali mereka bersama-sama orang Eropah menjejakkan kaki ke benua Amerika.

p/s: sejarah malaysia pun patut kena kaji semula.

Friday, July 30, 2010

:: Baru & Lama ::

Dah lama xpost something kat blog ni. sekali skala je. Bz wo0o0. ok entry ni aku nak post pasal kreativiti makhluk menusia. Simple je. sesapa pon bole wat. jo layan bape contoh gabar yg kreatif.








p/s - tengah carik gamba2 lama yg wat cam ni.

Sunday, July 18, 2010

::: 18072010:::

18/07/2010
1258 pm

1st nk nak marah ni!. tengah panas2 ni klu maki pon sedap. cite dia camni.

" td time nak balik ke bayan lepas. lalu la jalan bawah jelutong expreswy tu. camna la bole terasa nak try jalan bawah tu. klu jalan expres xde la nk marah2 ni. bukan pe. td kt traffic lite ternampak la satu superbike kaler hijau ada tulis "kawasaki" dtg arah kiri. wow...kagum2...pastu lampu hijau. pergh..ada can nk folo ni. ssh nk nnmpak superbike kat penang. tup2 kete depan benti. eh..pesal????? rupenye superbike td benti tengah jalan. block lalulintas...ehhh...pesalll niiii??? pastu nmpak lagi banyak superbike dtg arah kiri...o0o0o0 nk konvoi ke? tp apsal yg block jalan tu bukan marshal??? ni yg panas ni. ko nak konvoi lantak ko la. tp kena ikut rules. memalukan biker tol cani. enjin dlm badan dah nak stat panas latu...

pastu dr jauh nmpak keta. o0o0o0 org nk kawennnn!!!!! lagi paanassss...ko nk kawen kawen jela...xyah nk soh org block jalan. depan traffic lite lak tu. bodo tol. dah la xde marshal. polis traffic ke... nasib bek xbenti mintak surat kebenaran konvoi...(takut gak kena katok ngan helmet)...pe lagi..honnnnnn laaa...tennn tennn tennnn...mamat biker tu ketepi... aku lallu tepi je... ngan kuasa kuda 2.5 nissan frontier (m) kaler putih aku tekan clucth...ramp sekuat hati...vreoomm vreoommmm vreeooommmmmm....... singa putih mengaum... bkepul singa putih kentut asap hitam kena mamat biker... HAMBEKKK KO... nk konvoi xtau rules....

hati dah panas.. buat sesuka hati je.

2nd. hari ni aku jadi pemandu pelncong xbertauliah.. hehehe...mai2 pekena pasemboq ngan char koew teow.. mai....

Thursday, June 3, 2010

:: Kuraku sakti di anak tirikan::

:: KESIAN::

blog ni dah tesadai hukhukhuk....nnt la ble aku ada masa aku update..actually ada je banyak mende nk post..tapi xde masa la..sejak aku ada blog baru ni..hehhe...jgn xtau aku da bukak kedai jual rayban. bole la lawat kat sini http://freedotstyled.blogspot.com/...murah beb. hehehe..

so pasni aku da senang lenang aku update lagi.

kesian kuraku nih..huhuh..

Saturday, May 22, 2010

:::Xcident ngeri::::

::: gamba kemalangan ni aku dpt dari satu sumber...bukan aku yg ambik...ngeri beb divider tu bole tembus kete viva tuh...org kat dlm tuh xpasti r camna...xde brita.




:::haaaa yg ni aku yg ambik...gamba xclear sebab aku tgh drive...xmo benti..apa yg aku nampak moto dok bawah lori tuh...org aku xnampak sbb xcident ni pagi2 lagi...so da kena angkut g spital kot. kesian kan...pepagi merepit nak g kejetetiba kabooommmm....

tempat kejadian kat selayang-rawang... jalan ni kat flyover susur keluar ke selayang...act jalan tu mmg bahaya sket. sbb bercerun sket...time aku balik keje ble sampai jalan tu aku free kaki...

yela tengah turun bukit...laju beb...sampai 100++km/j....


p/s - 3 gamba kat atas tu menunjukkan kualiti divider kat mesia ni mmg diiktiraf...kualiti kete?

Friday, May 21, 2010

::::Facebook:::

::: pengaruh facebook skang ni menjadi2....salah satunya application kat dlm tuh....macam2....dtg opis je update game dlm tu....setiap sejam update....kualiti keje menurun... aku men gak..tapi dulu2 je la...skang ni klu main pon klu sangat boooosannnn....ekceli game2 kat dlm tu boleh wat duet bagi sesapa yg xtau....contoh la mafia wars....klu wat quest dapat rare item....rare item ni sangat power...huhuhu...so bole tuka ngan USD per item...poker...jual chips....tapi halal ke? aku xpenah lak nk menjual...





p/s - yg aku men skang mafia wars-level444 muhahahaha.....

::::: posing style::::

::: style lelaki dan perempuan berposing...haaaa...ni berdasarkan kajian beb..bukan men taram je...

keputusan kajian mendapati lelaki kalau bergambar tangan dalam poket...60% lebeih kuraang la....kalau perrempuan lebih cenderung cekak pinggang....haaaaa...so klu posing begamba tu tgk r camna dia bposing...klu laki cekak pinggang ada something wrong r tu....



p/s - hmmmm klu aku lak style begamba xtgk kamera...muhahaha...pandang sana sini...peluk tubuh....xde la skema sangat...hehehe....

Wednesday, May 19, 2010

:::Wanted:::

::: Wanted::::


ini dah kes bengang gila nih...cantik je ayat...hahah...kelaka pon ye gak...sape ada tjumpa sila la pulang balik y....klu tak kena langga ngan monster truck...kkeke

Saturday, May 15, 2010

:::kambeng gurun:::

:::Nama biasa: Kambing Gurun (English: Serow)
Nama Spesies: Capriconis sumatraensis
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Subfilum: Vertebrata
Kelas: Mamalia
Order: Artiodactyla
Famili: Bovidae
Subfamili: Caprinae

Ketinggian kambing gurun boleh menjangkau sehingga 4 kaki (1.4 m hingga 1.5 m) pada paras bahu. Kambing jenis ini biasanya memiliki berbadan lebar dan gempal serta leher yang tebal. Kakinya pendek dan kepala serta telinganya besar. Purata berat seekor kambing gurun ialah dalam lingkungan 50 hingga 300 paun. Kedua-dua jantina kambing gurun, jantan dan betina memiliki sepasang tanduk yang tajam dan menghala ke belakang, biasanya digunakan untuk melindungi diri masing-masing daripada anjing pemburu dan pemangsa lain. Tanduk kambing gurun jantan boleh mencecah sehingga 28 cm panjang dan tanduk kambing gurun betina lebih pendek daripada yang jantan. Perbezaan kambing gurun dengan kambing-kambing yang lain terletak pada tanduknya di mana kambing gurun memiliki tanduk yang lebih panjang dan pada ekornya yang lebih pendek berbanding kambing-kambing lain. Selain itu, kambing gurun juga memiliki kantung air mata yang dapat diperhatikan dengan jelas di bawah matanya. Bahagian depan tengkoraknya agak rata dan hanya bahagian atas hidung sahaja yang terbonjol keluar. Warna bulu kambing gurun pula biasanya cerah pada bahagian belakangnya dan beransur gelap hingga ke bawah. Kakinya pula lazimnya berwarna kemerah-merahan.










p/s - aku xpenah lagi tgk kambing gurun ni depan2...cuma jumpak kesan je..taek bertingkat....

Thursday, May 13, 2010

:::ubat stepler::::

:::my world by ubat stepler...::::

aku da lupa mana aku cedok...tapi ni at saleh la yg wat...sampai masuk tv pekebenda....cet...kretif konon...klu aku tau la..dulu aku kecik2 dah glemer..sbb dulu aku slalu gak main ubat stepler ni..susun wat bangunan..pastu langgar ngan kete menan...huhuhu..bagi aku xde kretif pon...sbb aku dah wat dah 15 taun dulu...apa ada hal???






p/s - sapa kata melayu ni lembab...haih....mat saleh la cam seput...dah tua bangka pon wat keje bodot nih...