



Smash Alarm Clock




























Tp kita masih boleh berbangga, kerana Malaysia menggunakan 100% khidmat pemain tempatan, termasuk coach ngan pengurusan, tidak seperti Indonesia, Singapura, Filipina dan beberapa negara seantero. Tidak hairanlah sekiranya kita melihat kekuatan filipina yang berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Piala AFF, kerana mereka menamakan hampir separuh pemain dr negara luar yang diberi hak kerakyatan. 8 orang dalam 1 pasukan Filipana, menjadikan negara itu digeruni, tidak seperti dahulu mereka hanya dianggap pasukan belasahan. tapi kena belasah gak..hohoho
Malaysia pernah menduduki tangga 73 dunia pada ogos 1993. Pencapaian terbaik dan lebih baik dari negara asean yang lain. Pencapaian yang terburuk dalam sejarah adalah pada april 2008 iaitu di tangga k-170 dunia..Menyamai pasukan-pasukan yang Malaysia pernah bantai suatu ketika dahulu.

Antara mesej yang disampaikan oleh pengguna Twitter adalah seperti: "Facebook bakal ditutup pada Mac 2011? Saya harap tidak."
"Khabar angin adalah Facebook akan ditutup. Tolong jangan beralih kepada Twitter dan jangan rosakkan pengalaman jaringan sosial saya," kata @jjelksboss melalui Twitternya.
Terdapat juga kumpulan yang dibentuk di laman Facebook yang meminta agar laman sosial itu tidak ditutup dengan mesej: "Facebook akan ditutup pada 15 Mac 2011. Adakah terdapat cara lain untuk menghalangnya?"
Pada bulan lepas Yahoo telah mengumumkan bahawa Yahoo Video akan ditutup pada tarikh sama tetapi ia tidak bermaksud semua jaringan di Internet akan turut terhenti.
Dalam perkembangan sama akhbar Weekly World News melaporkan bahawa pengasas laman sosial itu, Mark Zuckerberg, 27, sedang menghadapi tekanan untuk terus menguruskan laman sosial tersebut.
"Facebook sudah di luar kawalan saya dan tekanan menguruskan syarikat ini telah mengganggu hidup saya. Saya perlu hentikannya untuk mengelakkan tekanan ini," jelas Zuckerberg dalam satu sidang media di luar pejabatnya di Palo Alto baru-baru ini.
Dalam satu temu ramah menerusi telefon Zuckerberg memberitahu: "Saya secara peribadi tidak menganggap ia sebuah keputusan besar. Secara jujurnya saya fikir ia (menutup laman Facebook) adalah untuk kebaikan. Tanpa Facebook orang ramai akan keluar dan berjumpa dengan rakan-rakan, itu adalah lebih baik."
MARK ZUCKERBERG
"Saya tidak kisah mengenai wang. Saya hanya mahu kehidupan saya balik," kata Zuckerberg.
Akhbar itu melaporkan Naib Presiden Perhubungan Teknikal Facebook, Avrat Humarthi menjelaskan bahawa bermula 15 Mac ini pengguna tidak lagi akan dapat memasuki akaun Facebook dan meminta pengguna melakukan sesuatu agar semua gambar-gambar kesayangan tidak hilang.
"Seluruh laman web ini akan ditutup pada tarikh itu. Justeru, jika anda tidak mahu gambar-gambar di Facebook hilang, saya nasihatkan agar anda menyimpannya sebelum laman itu ditutup," jelas Humarthi.
Bagaimanapun, akhbar International Business Times melaporkan bahawa khabar angin itu hanya disebarkan melalui laman-laman blog dan tiada laporan daripada mana-mana akhbar arus perdana berhubung penutupan tersebut.
Menurut Lou Kerner dari firma Wedbush Securities, Facebook mempunyai lebih 600 juta pengguna di seluruh dunia dengan 300 pemegang saham. - Agensi





Full name : Mohd Safee Bin Mohd Sali
Famous name : Safee Sali
Date of birth : January 29, 1984 (1984-01-29) (age 26)
Place of birth : Selangor, Malaysia
Height : 1,72 m (5 ft 7 1?2 in)
Safee Sali Football information :
Playing position Striker
Current club Selangor FA
Number 10
Senior career
2003-2005 Kuala Lumpur FA
2005-2006 Sarawak FA
2006- Sarawak FA
National team
2004-2007 Malaysia Malaysia U-23
2007- Malaysia
Safee Sali Honour :
Selangor
* Malaysia Charity Shield: 2009, 2010
* Malaysia FA Cup: 2009
* Malaysia Super League: 2009, 2010
Malaysia
* Merdeka Tournament: 2007 (U-23)
* 2010 AFF Suzuki Cup Winners
* 2010 AFF Suzuki Cup Top Goal Scorer
p/s - kekeke... aku mintak maap la yok.. jangan dok saman aku lak... humor je ni..
Menara ini menjadi titik tumpu kepada bandar Teluk Intan. Uniknya condong seperti Menara Pisa di Itali. Dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Choong, setinggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga.
Ia merupakan takungan air sebelum adanya Tangki Air Changkat Jong. Bangunan ini 3 tingkat dilengkapi dengan jam besar dan mengikut seni bina menara-menara di China. Kini, menara ini tidak digunakan lagi. Di bahagian bawahnya telah dihiasi dengan lanskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga.
Pernah digunakan oleh Lembaga Perancang Keluarga Negara dan Persatuan Pengakap Teluk Intan.
Sebenarnya menara condong yang ada di Malaysia ni bukan lah hanya yang terdapat di teluk intan tersebut. Menara tertinggi kat malaysia ni pon condong sedikit. Berapa degree tak ingat..huhuh... Tapi ada lagi yang condong.. Bangunan buatan anak tempatan 100% dengan bajet yang murah. Bahan yang digunakan yang tidak berkualiti disamping tiada rekod laporan Geoteknikal juga mungkin penyebab bangunan itu senget.




Kucing Merah (bahasa Inggeris: Bay Cat) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia Nama sainsnya Felis badia.
Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara yang telah diiktiraf sebagai kepelbagaian raya "mega diversity" dari segi bilangan dan kepelbagaian flora dan fauna dengan 15,000 spesies pokok berbunga yang diketahui, 286 spesies mamalia, lebih 1,500 vertebratdarat, lebih 150,000 spesies invertebrat, lebih 1000 spesies rama-rama dan 12,000 spesies kupu-kupu, dan lebih 4,000 spesies ikan laut.
Taburan
Kucing Merah boleh didapati di Malaysia.
ciri - ciri
Kucing Merah adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrat), kelas Mamalia. Dalam aturan : , tergolong dalam keluarga : .Kucing Merah adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.
Jantung Kucing Merah terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.
Pembiakkan
Sebagai mamalia, Kucing Merah berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Kucing Merah akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari.
p/s - ceewahh tetiba post entry aku bersifat serius lak... muhahaha...














