Wednesday, March 7, 2012

lintah terbesar/Hirudinea

Sejak akhir2 beribu2 hit masuk dalam blog aku. Semua mencari lintah terbesar yang dsebarkan kat facebokk. Tapi sebenarnya menatang tu dipercayai ular guni burok. Sesetengah kata ikan linang. Tapi bagi aku itu adalah ular.

Dulu pernah masuk paper, seorang hamba Allah ni mendakwa terjumpa lintah paling besar kat Perlis.


PADANG BESAR - Penyelia tapak binaan, Mohd. Izman Ismail sudah lali bekerja dalam parit tetapi apa yang dialaminya di Semandong, dekat sini kelmarin pasti menjadikan dia lebih berhati-hati selepas ini.

Sewaktu turun ke dalam air bagi memeriksa kerja pemasangan parit tengah hari kelmarin, dia terdengar air berkocak dan terkejut besar apabila ternampak seekor lintah sebesar tapak tangan mengengsot ke arahnya.

"Saya ingatkan ikan, tapi lintah yang jauh lebih besar daripada lintah kerbau yang biasa saya lihat," katanya ketika ditemui di sini semalam.


Apa sebenarnya lintah ni? 

Lintah ialah haiwan anelid yang merangkumi subkelas Hirudinea. Terdapat pelbagai jenis lintah air tawar, air laut dan daratan. Seperti golongan Oligochaeta, lintah menampakkan anggota klitelum (bahagian kelenjar yang membengkak pada kulit anelid, misalnya cacing tanah, yang merembes kokun dan bahan nutrien untuk embrio.). Lintah merupakan haiwan hermafrodit (mempunyai kedua-dua organ jantan dan betina) seperti cacing.

Sesetengah jenis lintah mempunyai kegunaan dalam perubatan menghisap darah sejak ribuan tahun dahulu, tetapi kebanyakan lintah tidak menghisap darah. Lintah penghisap darah berhinggap pada perumahnya sehingga kenyang, selepas itu turun untuk menghadam makanan. Badan lintah terdiri daripada 34 segmen. Penghisap anterior (mulut) terbentuk pada enam segmen terhadapan badannya, yang digunakan untuk beraput pada perumah, sambil mengeluarkan bendalir bius agar perumah tidak merasa hinggapan lintah. Lintah mengeluarkan campuran mukus dan lekapan dari otot-otot sepusat di keenam-enam segmen tersebut agar terus berpaut dan merembeskan enzim pencegah pembekuan darah dalam sistem darah perumah.


p/s - copy paste sudah kat wikipedia..

antara lain kegunaan linta..weeehuuuu...

sebenarnya lintah paling besar wujud kat kampung daun je. nama dia katsuyu



besar rumah beb lintah ni..ni dah tahap lintah gergasi..bukan setakat lintah gergasi, katak terbesar ada ular terbesar ada..heh..

p/s - cis..nuffnang aku xberfungsi...eeeii shiuaaalll la..muhahaha..

Post sebenar pasal ular guni burok or ular karung guni tu kat sini.KLIK



Monday, March 5, 2012

:: Kampung Lindungan Matahari ::



Viganella adalah sebuah perkampungan kecil di Itali, ketika musim sejuk iaitu dari pertengahan bulan November hingga awal Februari, kampung ini akan jadi gelap gelita kerana cahaya matahari tidak sampai ke kampung mereka. Ini kerana kedudukannya yang terletak betul-betul di bawah sebuah lembah yang dikelilingi bukit bukau dan gunung ganang yang tinggi.


Pandangan atas kampung Viganella

Pantulan cermin

Google earth Kampung Viganella

Ini merupakan masalah utama penduduk kampung tersebut kerana hanya selepas waktu tersebut, barulah penduduknya akan menikmati cahaya matahari dan selalunya kehadiran sinaran itu akan disambut meriah, mereka akan berpesta!. Pening dengan masalah tersebut, pelbagai usaha dicari bagi mengatasi keadaan ini.


100 000 euro kos pembinaan alat ni.

Akhirnya datang seorang arkitek, Giacomo Bonzani ke kampung itu. Beliau mencadangkan satu idea yang pelik. Bonzani telah meletakkan sebuah cermin gergasi di satu sudut dekat pergunungan itu. Tujuannya bagi membolehkan cahaya matahari yang terkena pada cermin tersebut, memantul semula ke kampung berkenaan!





Bagi menambahkan lagi keberkesanan cermin itu, ia dikawal dengan satu perisian. Perisian itu boleh mengesan matahari dan ‘memberi arahan’ kepada panel cermin itu agar sentiasa menghalakan cahayanya ke bawah kampung berkenaan.

Monday, February 27, 2012

Ular Guni Buruk atau Ular karung Guni atau ular Garib/magrib


Ular Guni Buruk atau Ular karung Guni.

aku xsure spesies apa ular ni dan aku xsure jugak apa nama lain bagi ular ni. Info xdketahui...tapi hasil temubual beberapa penduduk kota info2 adalah seperti dbawah..

1. Spesies ular air tawar. Bukan dok kat laut.

2. Makan ikan.

3. xde bisa. dan xmematuk sebab mata buta or xde mata.

4. tapi buleh menggigit










p/s - hati2 menggagau ikan..jgn tgagau kepala ular sudah..ular dalam seluar xpe...


update



Sungai Siput: Beberapa pekerja binaan yang sedang menggali longkang berhampiran kawasan perindustrian di Kampung Muhibbah, di sini, bertempiaran melarikan diri sejurus terserempak haiwan aneh seperti ‘lintah gergasi’, pagi semalam.

Haiwan bertubuh lembik seberat 25 kilogram dan panjang hampir dua meter itu menggerunkan penduduk berikutan turut mempunyai bentuk muka menyerupai anjing.


Pekerja yang enggan namanya disiarkan berkata, haiwan itu ditemui di dalam longkang yang digali mereka pada jam 10.15 pagi.

Menurutnya, dia yang terkejut dengan penemuan haiwan itu menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Sungai Siput untuk menangkap haiwan itu.


“Saya tidak pasti sama ada ia ular berikutan tubuhnya lembik seperti lintah. Malah, kulit haiwan itu agak kasar seperti kulit biawak.


“Ini kali pertama saya melihat haiwan pelik seumpama itu. Saya memang terkejut dan hairan bagaimana haiwan itu berada di dalam lubang yang digali,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Angkatan dan Latihan Operasi JPAM Leftenan A Balasubramaniam berkata, tiga anggotanya dihantar ke lokasi kejadian untuk menangkap haiwan aneh itu.


Menurutnya, petugas JPAM turut terkejut berikutan tidak pernah berjumpa haiwan seumpama itu sebelum menangkap dan membawanya pulang ke pejabat JPAM, di sini.

“Kami sendiri pelik dengan haiwan itu berikutan ia tidak agresif sebaliknya mempunyai tubuh lembik dan menggerutu.


“Namun, akhirnya kami dimaklumkan ia sejenis ular air dipanggil ular guni buruk atau ular karung guni yang dikategorikan sebagai ular air tawar,” katanya.


Tuesday, February 21, 2012

Alert panggilan palsu dari Bank Negara


Pengalaman dari aku sendiri -

Kalau terima panggilan dari nombor CALL 1 @ no number @ 0060321677722 memperkenalkan diri mereka sabagai pegawai bank (macam-macam bank cimb,maybank @ MBF malaysian borneo finance ) mereka akan sebut nama dan i/c kita dengan betul dan memberitahu mengenai permohonan kad kredit @ permohonan penambahan kredit limit kita dari 10k kepada 20k,

kata mereka macam ni " selamat pagi Encik, semalam pihak bank ada terima pangilan dari pihak encik untuk membuat permohonan penambahan kredit limit utk kad encik yang bernombor 54407400 bla..blaa...blaa..."

sedangkan kita tidak memiliki sebarang kad kredit atau tidak pernah membuat sebarang permohonan penambahan kredit limit di mana-mana bank.
(AWAS INI HANYA PERANGKAP!!!!) supaya kita panic!!!!! gabra sekejapp.

sudah tentu kita sudah terfikir yg maklumat kita telah dicuri utk permohonan kad kredit palsu !!!!
“habis laa aku, mesti org tu dah gunakan kad kredit tu kaw-kaw, beli macam-macam , betul tak?

Kita pun cakap kat pegawai bank palsu tu “ saya TIDAK PERNAH ada kad kredit atau membuat sebarang permohonan”

dalam kepala otak aku terfikir “ aku black list dah hampir 10 tahun pun masih boleh buat kad kredit??? Bira betulll hehehehe
Nanti dia akan balas semula percakapan kita tadi dengan ayat

“ BETUL KE ENCIK TIADA SEBARANG KAD @ MEMBUAT SEBARANG PERMOHONAN ? TETAPI ENCIK, KAD ENCIK NI MASIH AKTIV DAN ADA MEMBUAT PEMBELIAN DAN PENGELUARAN WANG SEBANYAK RM 9,740.00 DI SENTOSA SINGAPURA CASINO PADA 11/2/12 DAN PIHAK KAMI ADA MENERIMA PERMOHONAN DARI ENCIK UTK MENAMBAHKAN KREDIT SEBANYAK 10K LAGI KE DALAM AKAUN MBF MASTER GOLD CARD ENCIK.


Termenung sekejappppp……..Lagi lerrrr haru biruuuuu kepala kita bila dengar CASINOOOOO!!!! RM 9 ribuuuuuuuuuu sudah keluar……kekekekeke
bila kita menafikan yg kita tidak pernah membuat permohonan atau mempunyai sebarang kad kredit , pihak sendikit terus MASUK JARUM dengan memberi nasihat yang amat dasyat kalah nasihat seorang ibu kepada anak nya

(take care sungguh ) tak pernah aku jumpa bank baik macam ni ) mengatakan yang maklumat kita telah dipalsukan . sendikit akan mencadangkan kita agar membuat aduan terus kepada BANK NEGARA MALAYSIA – KE PUSAT ADUAN KAD PALSU-

sendikit akan berkali-kali MENASIHATKAN KITA supaya cepat-menghubungi BANK NEGARA supaya bank Negara dapat MELAKUKAN SIASATAN ADA TAK PERMOHONAN KAD KREDIT UNTUK AKAUN BANK YANG LAIN . (ni lagi perangkap paling bahaya)

dan diakhir perbualan pihak sendikit akan bertanya “ Encik ada no BANK NEGARA MALAYSIA???? “
berapa kerat jer org awam akan simpan no tel BNM, betul tak??? kita pun cakap ” Tiada !!” dan sekali lagi jarum akan dicucuk pada kita.

Ok ENCIK… INI NO TELEFON BANK NEGARA MALAYSIA , ENCIK BOLEH TERUS MENGHUBUNGI PEGAWAI PENYIASAT DI UNIT PEMALSUAN KAD KREDIT DI NOMBOR – 03- 27884722 EXT 1109. (sebenarnya ini no sedikit dia org yang berada di KL )

Hehehe saper yang tengah panic sudah tentu ler lepas ni terus call no BANK NEGARA yang diberikan siap dengan ext lagi
tuuuu………….dan bila korang call akan ada sekor pegawai bank palsu akan angkat dan melakukan penyiasatan dan paling best sekali akan dia akan MEMINTA SEMUA NOMBOR AKAUN BANK YANG KITA ADA (MAYBANK,CIMB, BSN, MANGKUK BANK SEMUA LERRR BANK YG KITA ADA) DENGAN ALASAN UTK MELIHAT ADA ATAU TIDAK PERMOHONAN KAD KREDIT UTK AKAUN TERSEBUT, DAN YANG SEBENARNYA AKAN MENGAKIBATKAN DUIT KITA YG ADA DIDALAM AKAUN TU AKAN HILANG HABIS DISEDUTTTT OLEH SENDIKIT INI………..

Kalau korang dapat call dan jln cerita dia lebih kurang macam citer aku ni , aku nasihatkan korang call terus no bank Negara yang sebenar ni dulu untuk menyelamatkan korang kehilangan beribu-ribu duit dalam akaun,

nahhh ni no tel yang senenarnya BANK NEGARA MALAYSIA Telefon 60(3) 2698-8044 lepas tu korang cepat-cepat ler buat laporan polis , sbb sendikit tu dah ada maklumat diri kita nama penuh dan no i/c yang betul , bimbang nanti dia akan buat projek lain pulak. Jadi pengundi hantu kekekeke




pada mulanya aku hampir-hampir terrrr pedaya jugak lerr lya, bila dengar rm 9k sudah keluar kat casino, last-last aku terfikir pasal no bank yg dia beri tu, 03-27884722 ext 1109 ,
aku cuba call dan masukkan ext no lain 1104 hingga ler ker ext 1108 dan aku cuba tekan 0 utk operator, tetapi tak der. bila aku masuk ext 1109 terus jerrr masuk line . hehehehe sudah kantoiii bank negara mana ada satu saja ext no betul tak ?

DAN LAGI SATU, bila aku call no bank palsu tu terus masuk mesin " SELAMAT DATANG KE BANK NEGARA MALAYSIA, SILA MASUKKAN NOMBOR SAMBUNGAN . itu jerrrrr.....kalau yg original akan cakap " selamat datang ke bank negara malaysia , sila masukkan no sambungan atau TEKAN 0 UNTUK BANTUAN OPERATOR.....
hehehe bank negara cakap ini sendikit dari PENDATANG TANAH BESAR CHINA dgn bantuan dan maklumat dari rakyat tempatan. meraka siap ada skrip lagi . kalau korang tanya lebih-lebih sure berbelit lidah china tu nak menjawab sebab diluar skrip heheheh

aku ada tanya pada sorang polis tu, kenapa x dapat cari no tel dengan alamat sekali, dia cakap sindikit ni x berdaftar dgn telekom, mereka mendaftar di syarikat lain dan no tel tu jenis wireles boleh dibawa kemana-mana. bukan talian kabel macam telekom tapi jenis mobil boleh pindah-pindah.

dan juga kalau dapat alamat pun bila serbu dalam rumah cuma ada set mesin menjawab talifon, dan talian sambungan 1109 tu akan disambung semula keluar negara. bagi mengelirukan pihak polis. dia org tidak beroperasi di dalam malaysia , hanya sewa primis kosong di KL dan letak server atau mesin auto divert. bijak kan?????

no tel BANK NEGARA MALAYSIA yg benar-benar asli 60(3) 2698-8044

p/s - copy 4 alert.

Thursday, February 16, 2012

replika rumah nabi Muhammad S.A.W

kesahihan gambar2 ni xpasti lak sumbernya. tapi dimaklumkan tinggalan runtuhan rumah tu dah dirobohkan oleh kerajaan arab saudi yg mengamalkan ajaran wahabi.

replika yg dibina semula.

Di atas ini adalah Gambar runtuhan tempat Sayyidah Fatimah as, puteri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan

Di atas ini adalah gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat.


Gambar di atas ini adalah runtuhan pintu masuk ke kamar Rasul Saw di rumah Sayyidah Khadijah as


Di atas ini gambar sisa runtuhan rumah Nabi Saw & Sayyidah Khadijah as yang dilihat lebih dekat.

Gambar di atas adalah sisa runtuhan kamar Rasul Saw dan Sayyidah Khadijah as.



Mohd Safee Mohd Sali aka safee sali

update 2012


selepas menjuarai piala AFF suzuki 2010 nama safee sali terus melonjak. Selangor adalah kelab terakhir beliau dalam kancah bola sepak negara sebelum berpindah ke ISL dan bermain untuk Pelita jaya. Tahniah sebab dah bergelar jutawan dalam arean bola sepak. gajinya dikhabarkan lebih kurang rm 100k sebulan..peh mak aih..main bole je kot. klu la ada gaji main facebook hari2 dapat gaji gak kan best huhu..



ni statistik mat safee ni..

yg terbaru cite pasal mamat ni





PENYERANG kebangsaan Mohd Safee Sali sentiasa bersedia untuk pulang ke pangkuan skuad Harimau Malaya jika khidmatnya masih diperlukan jurulatih K Rajagobal.

Biarpun kini sibuk memberi tumpuan bersama pasukan baru, Pelita Jaya FC yang bersaing dalam Liga Super Indonesia (ISL), Safee mengakui semangatnya tidak pernah luntur malah semakin memuncak untuk membantu skuad kebangsaan mengharungi pusingan pertama kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 Jun depan menentang Taiwan jika diberi peluang.

“Saya memang nak sangat mewakili skuad kebangsaan dan saya sentiasa bersedia jika dipanggil oleh jurulatih. Sebagai pemain Malaysia saya perlu memikul tanggung jawab itu apabila diperlukan,” katanya yang dihubungi Arena Metro semalam.

Bagaimanapun, Safee, 27, berkata dalam tempoh saingan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia itu nanti, kempen ISL sudah berakhir namun kemungkinan kelabnya masih menagih sentuhannya bagi mengharungi Piala Indonesia.

“Kalau ikut jadual liga sudah tamat 19 Jun tapi mungkin akan ada kejohanan lain. Kalau Pelita Jaya terbabit dalam perlawanan penting jadi kena ada perbincangan antara kedua-dua pihak (FAM dan Pelita Jaya) untuk membolehkan saya menyertai skuad kebangsaan,” jelasnya.

Malaysia akan berkunjung ke Taiwan pada perlawanan pertama pada 29 Jun ini sebelum beraksi di arena sendiri empat hari selepas itu manakala saingan kalah mati Piala Indonesia akan bermula pertengahan Mei depan dan final pada 30 Jun.
Safee mengakui, pernah dihubungi Rajagobal yang memberikan kata-kata semangat kepadanya sebelum perlawanan pertama menentang Sri Wijaya awal bulan lalu.
Pemain kelahiran Kajang itu antara tonggak utama skuad kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF Disember lalu dengan menghasilkan lima gol untuk muncul penjaring terbanyak kejohanan.
Kali terakhir Safee yang memiliki 27 caps di peringkat antarabangsa menyarung jersi kebangsaan ketika Malaysia menewaskan Hong Kong 2-0 pada perlawanan persahabatan 9 Februari lalu namun tidak dipanggil ketika seri 1-1 dengan kelab Liga Singapura, Etoile FC bulan lalu.
Dan setakat ini Safee berpuas hati dengan prestasinya bersama kelab baru yang berpangkalan di Karawang Jawa Barat itu apabila mengumpul empat gol dalam lima perlawanan.

“Prestasi saya bertambah baik dan amat gembira dapat menyumbang sesuatu kepada pasukan. Apa yang diharapkan agar pasukan ini dapat meneruskan rentak kemenangan,” katanya.

sumber berita harian 16/2/2012

Monday, February 13, 2012

solat sunat sebelum dan selepas nikah.


Solat sunat SEBELUM nikah ini dilakukan sebelum majlis akad nikah dan Solat sunat SELEPAS nikah ini boleh dikerjakan bagi pasangan yang baru selesai diakad nikahkan dan kedua-duanya disunatkan untuk mendirikan solat sunat ini, terutamanya lelaki. Bilangan rakaatnya ialah 2 rakaat, dan bolehlah diikuti dengan sujud syukur.

Cara untuk mengerjakannya ialah:(SEBELUM)
• berniat dengan lafaz niatnya:
- “Usolli sunnatal ‘ursi rak’ataini lillahi Ta’ala.AllahuAkbar”
• rakaat pertama:
- Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun
• rakaat kedua:
- Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas


Cara untuk mengerjakannya ialah:(SELEPAS)
• berniat dengan lafaz niatnya:
- “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”“
- sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”
• Rakaat pertama:
- Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun
• Rakaat kedua
- Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas

- membaca doa berikut selepas salam:
Contoh doa yang boleh disebut di dalam bahasa Melayu: “YA Allah,Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,segala puji-pujian bagi-Mu,seru sekalian alam.Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu,telah selesai pernikahanku ini,kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini.Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh.Ya Allah, Ya Rahman,Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan.Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami.Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai.Engkau mesrakanlah kami,bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad sae dan Siti Khadijah,Nabi Yusuf dengan Zulaikha,Nabi Adam dan Hawa.Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh.Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka.Engakau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagian rumahtangga kami”
“Ya Allah,Ya Rahman, Ya Rahim,Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik,lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram.Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa.Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, ister/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai.Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami.Engkau peliharalah kami,isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”
“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami,isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka.Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah,kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”
“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),
Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”


Sunday, February 5, 2012

malam yang sejuk

hari ahad jam 2:12 aku terjaga sambil tulis blog pakai iphone. pergh gilo ke hape xpernah terjadi lagi ni. usha luar jap, dgn lampu xtutup pintu terbuka tv terpasang. patut r bil tinggi je. hari ni maulidurrasul. cuti sampai selasa fuhh heaven tul. ok der sAmbung tudi balik.

Friday, January 20, 2012

::Testing Iphone::

Teknologi makin canggih

ni aku senaraikan applikasi Iphone

1 - Touch-chatting sesama Iphone tapi kena ada kawan la.

2- Blogger - Aku baru install, posting ni trial yg pertama

3-Airasia-senang nak book tiket airasia

4-Agoda-senang nak book hotel

5 - GSC - nak book tiket waysng gsc walaupun aku jarang tgk natang ni

6-camera-hmmm macam2 jenis so senang xyah edit gamba dah

Wednesday, January 4, 2012

[full video]Ceramah Ustaz Azhar Idrus feat Zizan sempena Kempen Anti Zina (Ambang tahun Baru 2012)


Ceramah Ustaz Azhar Idrus feat Zizan sempena Kempen Anti Zina (Ambang tahun Baru 2012)

402827 280199825362367 100001170545864 782256 575460883 n [Video Penuh] Ceramah Ustaz Azhar Idrus feat Zizan di Ambang Tahun Baru 2012


Assalamualaikum. Saja nak share ceramah Uztaz Azhar dengan Zizan pada Sambutan Tahun Baru 2012 di Dataran Shah Alam.
Semoga kita sama-sama dapat manfaat dari ceramah yang telah diadakan.
Dikatakan hampir 70 ribu lebih hadirin yang hadir tidak kira latar belakang. Ramai anak muda tertarik dengan personaliti dan ceramah  yang disampaikan. Semoga Tahun 2012 ini membawa Umat Islam di Malaysia terutamanya kearah yang lebih baik.
nak yg ori sila dapatkan pada pengedar yg sah. yg ni xklear banyak org gelak2. wuushhhhh....


Saturday, December 3, 2011

Perbezaan antara iPhone 4, iPhone 4s dan Samsung Galaxy II

aku tengah2 survey ni nak cari apa perbezaan antara 2 jenama ni. Tapi aku xbleh bagi feedback, sebab org yg pakai je tau apa perbezaan..

huhu... sapa2 penah pakai boleh komen..muhehehe....

jap....iPhone dari apple guna OS iOS-(iPhone Operating System), Samsung Galaxy pulak dari Samsung guna OS android......

sekian...


p/s - posting pemalas.

Tuesday, November 15, 2011

:: Carian Paling Popular 2010 ::



Fastest Rising
proton inspira
ipad
benci bilang cinta
world cup 2010
justin bieber
fb
utusan online terkini
mudah.com.my selangor
didi games
fifa

Most Popular
facebook
malaysia
youtube
yahoo
login facebook
games
google
mail
yahoo mail
you

Fastest Rising People
maher zain
justin bieber
luna maya
din beramboi
lady gaga
hanis zalikha
lee min ho
adam lambert
siti nurhaliza
paul tan

Fastest Rising Cars
ford fiesta
inspira
proton emas
waja baru
hyundai sonata 2010
honda civic 2010
toyota vios 2011
waja lancer
honda freed
honda city 2010

Fastest Rising Mobile Phones
htc desire
htc legend
iphone 4
motorola milestone
n8
nokia 7230
nokia c3
nokia c5
nokia c6
nokia e5

Fastest Rising Sports
australian open 2010
commonwealth games 2010
world cup 2010
liga super 2010
asian games
piala malaysia 2010
thomas cup 2010
vancouver 2010
f1 2010
sukma 2010

Fastest Rising World Cup Players
david villa
lionel messi
ronaldhino
fernando torres
kaka
cristiano ronaldo
van persie
iker casillas
mesut ozil
fabregas

Fastest Rising Movies
dear john
endhiran
inception
resident evil afterlife
percy jackson
iron man 2
transformers 3
unstoppable
true legend
predators


Wednesday, October 12, 2011

::Berpijak Dibumi yg Nyata::




Golongan marhein macam aku ni, dah cukup terseksa ngan keadaan kewangan skang ni. Kat bawah ni contoh pengiraan aku. Figure maybe xberapa tepat sebab aku amek average. kekadang terlebih dan kekadang terkurang. Tapi hampir persis kepada fact la. Item2 tu mmg betul.


Gaji RM 2000 
--------------------
KWSP         - RM 200 (average)
Bil                - RM 200(average depend on usage)
Sewa Rumah- RM 150(average depend on bil air n bil api)
Bayar kereta - RM 500 (fix)
Petrol & tol  - RM 100 (average depend on usage)
Ptptn            - RM 200 (fix)
utiliti             - RM 100 (depend on situation)
Parent          - RM 400 (RM 200x 2)
Makan         - RM 300 (min-sehari RM 10x30day)
----------------------------------------
Total            - RM 2150
----------------------------------------
Balance       - RM -150


mustahil kan aku dapat negatif setiap bulan...Sebenarnya ada yg aku cut.

Gaji RM 2000
--------------------
KWSP         - RM 200 (average)
Bil                - RM 200(average depend on usage)
Sewa Rumah- RM 150(average depend on bil air n bil api)
Bayar kereta - RM 500 (fix)
Petrol & tol  - RM 100 (average depend on usage) RM 20
Ptptn            - RM 200 (fix)
utiliti             - RM 100 (depend on situation)
Parent          - RM 400 (RM 200x 2)
Makan         - RM 300 (min-sehari RM 10x30day) RM 150 (sehari sekali mkn @ mkn megi)
----------------------------------------
Total            - RM 2150 RM 1220
----------------------------------------
Balance       - RM -150  RM 780 (simpan ntok kawen +beli rumah)



p/s - Belanjawan 2012 yg baru dibentangkan bebaru ni xde effect pon ntok aku. Sebab aku staff swasta yg biasa. Kesian dowh golongan marhaen (bukan maher zain) cam aku ni. Tu kalu gaji 2000 klu kurang dari tu? yg ada nak bini bagai?.

Tuesday, October 11, 2011

:: Cimb Aviva or Scammer::

11/10/2011

Alhamdulillah..Kalau ikut kalender masehi..dengan tarikh yg cantik..10102011..Aku sambut ulangtahun kelahiran. Maka banyak la wish kat dlm Fb . Ok..

Post ni bukan nak cite pasal birthday. Tapi pasal telemarketing yg penipu.




1. Sebelum ni aku slalu dperbodohkan. skang pon maseh lagi..bodo piang la hang ni. sakai sungguh.

2. oke . mai aku bagi intro sket. tahun lepas, masa tu aku kat penang, aku dapat miscall dari 2 nombot ni, banyak kali. Tapi time tu aku xangkat. sbb phone xdak kat aku, bila tgk nombot tu, aku kata klu penting satg dia call lagi.

3. selang beberapa hari pas tu, ada lagi misscall. Tapi aku xangkat, sbb aku xdak kat phone.

4. Selang beberapa hari pastu, ada call dan aku ada kat phone. Aku kata ni nombot yg sama kot miscall aku dulu tu. Aku jawab, suara lelaki dihujung talian. lembut..penuh budi bicara dan adat ketimuran. Aku kagum hampir menitis air mata, maseh ada org yg penuh budi bicara (aku tipu je ayat ni). Katanya nak survey cara rakyat malaysia berbelanja. seingat aku. Seingat aku contoh soklan tu macam ni la. " en. kuraku keje sebagai apa?, keje kat mana?, gaji dalam range berapa?, gaji masuk bank mana?, bayar bill pakai apa? cash ka online banking ka, kredit kad ka?" camtu la lebih kurang.

5. Aku yg baik hati nak membantu mamat ni buat survey pon jawab la soklan tadi dengan jujur tanpa meniru jawapan dibelakang buku latihan. Dengan penuh penghargaan dan terima kasih mamat tu ucap kat aku umpama aku menang hadiah nobel.

6. Seminggu pas tu, ada lagi call, kali ni suara wanita dihujung talian. menanyakan soklan2 yg lebih kurang(aku xingat), pastu dia menyatakan hasrat mau menawarkan pakej insurance dari company man pon xingat(bank kot). Jawapan pantas dan jitu aku kepadanya" tak berminat! saya sibuk, tut tut tut(aku letak tepon". Hilang nilai2 ketimuran yg mak bapak aku terapkan sejak sekian lama.

7. Lepas tu(maybe seminggu kot), ada lagi call, juga suara wanita dihujung talian( berminat sungguh depa ni ngan aku). Kali ini tawaran wanita tersebut sangat2 menarik. Segala penjelasan dan penerangan wanita tersebut membuatkan aku tertarik lalu tertawan.

Soklan2 yg dia tanya banyak aku tanya dia semula.

"en. kuraku keje sebagai pe?"
"perlu ke jawab soklan tu?"
"oke xpe, xperlu"
"gaji  en kuraku berapa"
"perlu ke jawab soklan tu?"
"ni untuk rekod kami en. kuraku"
"xpayah la.."
kekekeke..lebih kurang la..pas tu..dia offer....

pakej insurance dari bank ni trial selama 3 bulan, insurance ni cover semua la, sebagaimana  insurance2 yg sedia ada. kad insurance akan dipost ke alamat yg dberi. klu berminat bole teruskan, klu xberminat bole ignore je, tapi trial tu valid dlm 3 bulan tu.

sapa xmau wei..aku pon "oke bagi la..benda free kan.."

dengan syarat, bagi alamat yg nak dipostkan kad tu pastu bagitau no 16 digit belakang kad bank tu..

aku terpikir..klu dia nak tranfer duet dlm bank mana bole. password ngan id kat aku. aku dengan bangganya pon bg la.

*aku xtau dapat ke tak, sbb 3minggu pastu aku pindah bangi, alamat aku bagi penang.

8. Bila aku kat bangi pon ada lagi no asing misscall, banyak kali. hari ada misscall, esok ada misscall (Aku busy weiiii !!!!) Prof. John Cool dari harvard university penah berkata " Curiousity killed the cat ". so aku pon tanya la uncle google. mana la tau pegi website mana.

9. Resultnya, masuk ke forum2, blog2 yg claim nombot tu sebagai scammer yg sedut duet dalam diam. Then aku check call history. Yup no yg sama offer aku insurance tu. tetiba dunia gelap. wuukkkwuukk wuukkk....aku da terbagi detail aku buat pee.....

10. aku save no tu dengan nama scammer1, scammer2, scammer3,scammer4 (banyak tu scammer). bile tgk nama scammer tu naik aku xangkat dah. sampai skang.. klu  angkat aku nak maki je.
aku bagi kat cikgu ikin soh save..Yes..seminggu pastu no yg sama call.

11. last sekali, khamis lepas (6/11/2011) no lain muncul kat skrin henset sony buruk aku tu.
"ermmm bukan scammer"- aku angkat..
katanya, dia membuat pangilan telefon dari cimb aviva, tak amek masa yg lama dia nak amek masa sket nak terangkan pasal insuran cimb aviva ni. tetiba hati aku srh aku rekod perbualan tu..haha..aku pon rekod la dah hati suruh. mungkin terperasan aku rekod. dia pon tanya.
"en kuraku xpercaya saya ke? sy dengar en kuraku sedang rekod"
aku pon" mmg xpecaya.."
aku rekod ada la dlm 40 minit sampai bateri sony aku tu mampus. xdak bekalan letrik. bila aku google semula.........

modus operandi

1. minggu 1st call buat survey (dah dapat maklumat)

2. minggu 2 try2 cucuk beli insuran, bg telemarketing pompuan lak-xberjaya

3. minggu 3 guna taktik lain..tak berjaya...dia buat sampai berjaya.

detail
‎03-20366222
03-20366555



no ni org len yg bg kat aku..xtau la
03-20550700
03-20366888



ni no yg aku rekod perbualan.
0327813100
p/s - kepada telemarketing kat luar sana.

1. Tak salah nak cari rezeki, aku pon pernah melilau cari keje dulu, tapi jangan la bohong,kalau hang call dari cimb cakap la cimb, kalau call dari syarikat insurance ckp la dari syarikat insuran.

2. klu aku ckp xmau tu maksud nya apa???


3. STOP kacau aku..klu xmau kena maki..

4. hang pi cari keje lain. xkan selama2 nak keje menipu org?

Wednesday, July 27, 2011

::11 jenis cool kamera::

sama ada kamera ni dah ada dlm pasaran, ataupun hanya prototype, gadget ni memang cool habis..

1. MINOX spy camera
"kecik je kamera ni..klu gengam pon hilang"



2.iPhone 4 dgn DSLR lens
"special tripod dah attachkan dgn lens skali"

3.canon wonder kamera
" xtau la mende..tapi ada time world expo 2010"

4.pen kamera
" kat malaysia pon dah ada..sapa nak roger aku..serius"

5.kamera lutsinar
"nikon d80 dgn body lutsinar..banyak cahaya masuk ni"

6. kamera aksi HD
"ATC9K ada sensor ngan gps.."

7. kamera spek
"bole amek video,amek gamba sambey dengar mp3"

8. jam kamera
"built-in kamera..bole amek video"

9. fleksible kamera
"fleksible tiub ngan LCD monitor..bole skodeng ni."

10. pistol kamera
"made in japan only"

11.binocular kamera
" apa beza kalau pakai zoom lens?"


p/s-aku berjaya update kat opis..muhahaha